Friday 12 April 2013

Tarikh-Tarikh Penting PRU 13


PUTRAJAYA, 10 April 2013 – Mesyuarat Khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) telah diadakan di Ibu Pejabat SPR Putrajaya. Sebaik sahaja berakhirnya mesyuarat, kesemua Anggota Panel Suruhanjaya diketuai oleh Pengerusinya Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff telah hadir ke Sidang Media bertempat di Pusat Media PRU Ke-13 bagi mengumumkan keputusan mesyuarat.

pic1
Pengerusi SPR sedang mengumumkan tarikh-tarikh penting pilihan raya
Tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 telah ditetapkan seperti yang berikut:

Tarikh Keluar Writ : 11 APRIL 2013 (Khamis)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 12 APRIL 2013 ( Jumaat) 
Tarikh Penamaan Calon : 20 APRIL 2013 ( Sabtu) 
Tarikh Pengundian Awal : 30 APRIL 2013 ( Selasa) 
Tarikh Mengundi : 05 MEI 2013 (Ahad)

Dalam Sidang Media yang sama Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta arahan pasukan keselamatan bagi memastikan ketenteraman awam terjamin di sepanjang tempoh PRU Ke-13.

pic2
Suasana di Pusat Media PRU-13 semasa Sidang Media SPR
Sumber: SPR

No comments:

Post a Comment