Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Muat Segera Turun Laporan GTP & ETP 2012!!!



Y.A.B Dato Sri Mohd Najib semalam (19/3/2013) telah membentangkan laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012. Untuk mengetahui laporan terperinci perlaksaan serta pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 dengan lebih lanjut, muat turun laporan di bawah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Laporan Tahunan Penuh Pemandu GTP
Muat turun : PDF / E-Book

Pemandu GTP Full Annual Report 2012
Muat turun: PDF / E-Book


Laporan Tahunan Penuh Pemandu PTE
Muat turun: PDF


Pemandu ETP Full Annual Report 2012
Muat turun: PDF


Tahun Depan Ada Lagi BR1M...

BR1M diteruskan-PM


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melihat buku laporan GTP selepas beliau membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi. - Utusan/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR 19 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat yang berkelayakan.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 yang mengandungi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam ini.

Sebelum itu dalam pembentangannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil keputusan melanjutkan program BR1M, selain memperluaskan skop program itu kepada individu bujang.

"Ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM2.34 bilion dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia," ujar Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 telah memberikan manfaat kepada 5.24 juta pelajar, melibatkan peruntukan RM524 juta.

"Bagi para pelajar yang sedang menuntut di universiti serta kolej, pemberian RM250 sebagai Baucar Buku 1Malaysia telah memanfaatkan lebih 390,000 penuntut dengan peruntukan lebih RM95.7 juta," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian yang mana sebanyak RM22.3 bilion untuk subsidi, RM873.5 juta (insentif) dan RM14.6 bilion (bantuan).



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 19 March 2013

ETP & GTP Membuahkan Hasil...


ETP & GTP berjaya pastikan rakyat rasai kemajuan



KUALA LUMPUR 19 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini membentangkan “kad laporan" yang amat baik hasil pelaksanaan Program Transformasi yang memberi manfaat kepada setiap lapisan rakyat Malaysia.

Beliau berkata Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) itu, yang juga menyokong Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri, menjadi asas utama, bukan semata-mata angka tunjuk ekonomi.

"Saya yakin bahawa rakyat bukan sekadar dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang telah berlaku, malah juga merasai kesannya," katanya ketika melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara.

"Saya suka melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua 
pihak, sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang telah dirancang berjaya dicapai," kata Najib. - BERNAMA

ArtikelPenuh: ©UtusanMelayu(M)Bhd