Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Uqasha Senrose Mengaku Rapat Dengan Pekin (Slash)


Uqasha dan keluarga bersama Pekin di Phuket. Foto diambil daripada Instagram milik Pekin.
PETALING JAYA: Pelakon Uqasha mengakui sedang berkawan rapat dengan aktor kacak Pekin Ibrahim sejak penggambaran membintangi bersama filem Paku Pontianak terbitan Metrowealth Pictures.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berkata, bagaimanapun dia dan Pekin masih lagi mengenal hati budi masing-masing dan belum memikirkan perhubungan yang lebih serius.
"Benar kami berkawan dan sedang mengenal hati budi masing-masing.
"Sehingga kini dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya, tambahan pula dia juga banyak mengajar teknik-teknik lakonan kepada saya," katanya yang dihubungi mStar Online.
Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram milik Pekin, dia sering memuat naik beberapa foto-foto Uqasha serta foto bersama.
Selain itu, Nellydia dan Qi Razali turut menyertai percutian di Phuket.
Malah Pekin turut memuat naik foto dia, Qi Razali serta keluarga adik beradik itu yang bercuti di Phuket, Thailand pada minggu lalu.
Foto-foto tersebut menunjukkan kedua-dua mereka seperti mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain.
Bagaimanapun, ditanya mengenai percutian tersebut, Uqasha enggan memberi komen lanjut namun mengaku bahawa mereka bersama dengan keluarga bercuti ke negara itu.
Sementara itu, Pekin yang dihubungi pada Ahad enggan mengulas tentang perhubungan itu namun mengaku kedua-dua mereka sedang berkawan.
"Maafkan saya kerana tidak mahu memberi komen apa-apa. Kami memang berkawan tetapi saya tidak suka hal (percintaan) seperti ini keluar di media," katanya.
Dalam perkembangan lain mengenai Uqasha, dia kini sudah meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tambang murah Air Asia kerana ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.
Sumber:mStar

Friday, 22 March 2013

Keputusan SPM Pelakon & Artis Malaysia


Semua pun sedia maklum yang hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah pun keluar.Jadi apa lagi ramailah yang sibuk bertanyakan tentang keputusan masing-masing.

Barisan selebriti juga tidak terkecuali daripada menjadi bahan pertanyaan seperti Nur Afiqah Malek (adik Erin Malek) dan juga Najwa Latif.

Bagi adik Erin Malek, dia telah pun mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 9A. Perkara itu disampaikan sendiri oleh Erin menerusi akaun Twitternya.

Manakala Najwa Latif memperoleh 4A daripada 10 subjek yang diduduki dalam SPM 2012. Hebat juga.

Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya tetapi diambil oleh akak beliau iaitu Syafikah. Syafiqah datang seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mengambil slip keputusan tersebut.


Tuesday, 19 March 2013

PSY Akan Berhenti Menyanyikan Lagu Gangnam Style



Setelah membuat 40 persembahan pentas di 14 negara seluruh dunia sejak sembilan bulan lalu, penyanyi PSY memberitahu selepas ini beliau tidak akan menyanyikan lagi lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan. Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu. "Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua. "Saya juga dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang terakhir di sini, di Kuala Lumpur!

 "Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan kepada anda semua single terbaru saya yang akan di release pada 13 April ini", kata PSY kepada penonton sebelum meneruskan persembahannya dengan lagu itu. Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump. Konsert yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai lagi. Ini adalah kali kedua PSY berkunjung ke Malaysia tetapi merupakan kali pertama beliau di Kuala Lumpur. Sebelum ini, pemilik nama sebenar Park Jae Sang ini pernah hadir dan membuat persembahan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Pulau Pinang, pada Februari lalu.



"Setiap kali saya membuat persembahan Gangnam Style, semua orang akan sibuk ambil gambar dan video. Okay, malam ini saya mahu anda semua bergembira. Saya akan menyanyi Gangnam Style sebanyak dua kali. "Kali pertama anda boleh ambil gambar dan video. Kali kedua, lupakan kamera anda, mari sama-sama kita semua menari dan bergembira, okay?!", katanya dan kemudian dibalas dengan sorakan dan tepukan penonton. PSY mencipta fenomena meneusi lagu Gangnam Style gara-gara aksi 'tarian kudanya' ketika menyanyikan lagu tersebut. Impak fenomena yang dicetus, PSY kini bergelar penghibur bertaraf dunia. Selain menjadi tumpuan jutaan penonton, mencatat sebanyak 1.39 billion penonton di YouTube termasuklah lagu itu juga telah meraih sebanyak 19 anugerah berprestij di peringkat antarabangsa. -MD


Sumber: Kilk Sini