Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

PRU-13: Hanya 30 hadir ceramah PKR, DAP pula 50 orang



HANYA beberapa penyokong pakatan pembangkang hadir mendengar ceramah politik anjuran Parti Keadilan Rakyat di Sungai Chenaam Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN

NIBONG TEBAL 23 April - Mungkin bosan dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang gemar menabur janji dan memburukkan orang lain berbanding bercerita tentang kebaikan yang boleh ditawarkan, menyebabkan ceramah anjuran parti itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Buktinya, dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Chenaam di sini malam tadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang.

Walaupun dengan kehadiran Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, ia masih belum cukup untuk menarik kehadiran orang ramai.

Sementara itu di Kampung Sri Penchala, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Selangor pula, DAP menghadapi masalah sama apabila ceramah calon Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hanya dihadiri kira-kira 50 orang penyokong tegar parti itu.

Lip Eng seolah-olah sudah kering modal untuk berceramah apabila sepanjang 45 minit ceramah tersebut dia hanya menghentam Barisan Nasional dan tidak ada satu perkara pun menyentuh tentang perjuangan parti untuk mensejahterakan rakyat. - UTUSAN ONLINE

Friday, 19 April 2013

PRU-13: Selepas 23 tahun, Pas baru nak bina rumah untuk rakyat Kelantan


KOTA BHARU 19 April - Selepas 23 tahun memerintah tanpa membina rumah rakyat terutama kepada penduduk miskin dan berpendapatan sederhana di Kota Bharu, Kerajaan Pas Kelantan malam tadi akhirnya 'mencipta sejarah' apabila menyatakan hasrat untuk membina sebanyak 420 unit rumah kos sederhana kepada penduduk daerah Kota Bharu.

Ironinya, pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan itu dibuat ketika berceramah di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab di sini yang menjadi tapak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat pada 15 Mac lalu.

Dalam usaha beliau untuk mengaburi mata penduduk Kota Bharu dan menagih sokongan politik, Takiyuddin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini berkata, rumah tersebut dibina di tebing Sungai Kelantan atas arahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, rumah yang akan dibina di kawasan seluas 2.2 hektar oleh Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (SCDC) itu menelan kos sebanyak RM160,000 seunit tetapi akan dijual pada harga RM70,000 sahaja kepada rakyat yang berkemampuan selepas Kerajaan Pas Kelantan menanggung subsidi sebanyak RM90,000.

"Saya nak cakap sebagai balasan kepada dia kata tok guru ni tak pandai memerintah, tak pandai buat pembangunan untuk rakyat terutamanya rakyat miskin pada hal dia tahu rakyat Kelantan tahu tok guru walaupun tiada duit cari juga, bagi belaka walaupun sikit.

"Dan hari ini saya nak umum satu benda yang akan dibuat dalam kawasan Parlimen Kota Bharu, benda sama juga mereka (Kerajaan Pusat) nak buat rumah, tapi cuba tengok sama ke tidak dengan yang dia itu.

"Kerajaan ada tanah seluas 2.2 hektar terletak di bandar Kota Bharu, iaitu kalau tuan pergi ke tebing sungai ada Tambatan D'Raja, ada pejabat Kastam di belakang itu ada padang pasir, itu tanah kerajaan.

"Apabila tanah kerajaan, kerajaan minta agensi kerajaan iaitu SCDC untuk bangunkan tanah itu oleh kerana tanah itu nampak hodoh sangat orang pergi tengok tak comel kerajaan arahkan SCDC cantikan tebing itu, kita panggil woterfront," katanya.

Sejak 30 Mac lalu, Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan beberapa projek pecah tanah di seluruh negeri yang mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa dilakukan semata-mata mahu memancing undi bagi meraih kemenangan pada PRU-13 ini.

Projek pecah tanah itu bermula di Bukit Merbau, Pasir Puteh apabila Nik Abdul Aziz melancarkan pembinaan sebuah stadium bertaraf olimpik membabitkan kos RM320 juta.

Selepas itu, pada 8 April lalu, Nik Abdul Aziz bersama barisan Exconya turut melancarkan satu lagi projek pecah tanah di Gua Musang iaitu pembinaan bangunan Majlis Daerah Kuala Krai dengan kos RM6 juta.

Tiga hari selepas itu, Timbalan beliau, Datuk Ahmad Yakob pula melancarkan sebuah projek mega iaitu pembinaan Bandar Chintawangsa di Kuala Krai yang turut melibatkan pembinaan apartmen yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam lawatan ke negeri ini bulan lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah yang akan dibina berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Pas Selangor umum calon


SHAH ALAM 19 April - Pakatan pembangkang di Selangor mengumumkan kesemua calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sempena majlis pelancaran manifesto mereka di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Bagaimanapun, kepincangan jelas terpancar apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara tidak diumumkan calonnya ekoran kerusi itu dijangka ditandingi oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi DUN Semenyih semakin pasti melibatkan pertandingan tiga penjuru apabila PKR meletakkan calonnya di situ sedangkan PSM menuntut kerusi DUN itu ditandingi oleh Setiausaha Agung parti itu, S. Arulchelvam.

Dalam majlis pada malam ini, Pas mengumumkan secara rasmi barisan calonnya selepas sebelum ini sekutunya telah berbuat demikian lebih awal.

Berikut adalah barisan calon Pas yang akan bertanding di Selangor:

N. 01- DUN Sungai Air Tawar: Wahid Rais

N. 02 - DUN Sabak: Sallehen Mukhyi

P. 093 - Parlimen Sungai Besar: Mohamed Salleh Husin

N.03 - DUN Sungai Panjang: Mohd. Fadzlin Taslimin

N.05 - DUN Hulu Bernam: Muhamad Idris Ahmad

P.095 Parlimen Tanjong Karang: Mohamad Rashdi Deraman

N. 08 DUN Sungai Burung: Mohamad Judi Sarjo

P. 096 Parlimen Kuala Selangor: Dr. Dzulkefly Ahmad (penyandang)

N12 DUN Jeram: Muhmmad Rashid Muhdmad Kassim

N. 15 Taman Templer: Zaidy Abdul Talib

N. 17 Gombak Setia: Hasbullah Mohd. Ridzwan

N.18 DUN Hulu Kelang: Saari Sungib (penyandang)

N.20 DUN Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz (penyandang)

N.21 DUN Cempaka: Iskandar Abdul Samad (penyandang)

P. 101 Hulu Langat: Che Rosli Che Mat (penyandang)

N23 DUN Dusun Tua: Razaly Hassan

N26 DUN Bangi: Mohd. Shafie Ngah

N29 Seri Serdang: Noor Hanim Ismail

N.38 DUN Paya Jaras: Mohd. Khairuddin Othman

P.108 Parlimen Shah Alam: Khalid Abdul Samad (penyandang)

N42 DUN Meru: Dr. Abdul Rani Osman (penyandang)

N.45 Selat Kelang: Dr. Halimah Ali (penyandang)

P. 111 Kota Raja: Dr. Siti Mariah Mahmud (penyandang)

N. 51 Sijangkang: Dr. Ahmad Yunus Hairi (penyandang)

N. 53 Morib: Hasnul Baharuddin

P113 Parlimen Sepang: Mohamed Hanipa Maidin

N54 Tanjong Sepat: Mohd. Haslin Hassan:

- UTUSAN ONLINE

PRU-13: Pas, PKR dan DAP parti anak beranak


KOTA BHARU 19 April - Pas kini sudah sebaris dengan sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP iaitu parti 'anak-beranak' yang mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme terutamanya dalam soal pemilihan calon pilihan raya.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, perkara ini terbukti dengan keputusan Pas Kelantan yang mencalonkan anak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau mendakwa, semua orang tahu Nik Abdul Aziz sudah lanjut usia dan entah berapa lama lagi akan mampu bertahan, justeru itu, beliau awal-awal lagi mempertaruhkan anaknya demi memastikan ada keturunan mereka kekal dalam jawatan politik.

Katanya, budaya kronisme dan nepotisme yang mula diamalkan Pas itu membuktikan mereka kini sudah tidak ada beza lagi dengan PKR dan DAP yang sedia maklum sudah sekian lama mengamalkannya.

"Kalau kita lihat DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen, anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti. Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat.

"PKR pula, penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen manakala Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus kekal menjadi presiden parti. Ini parti anak beranak bukan parti rakyat. Nama sahaja Parti Keadilan Rakyat, tetapi sebenarnya parti anak beranak. Ini bukti yang patut rakyat nilai, termasuk di Kelantan sendiri," katanya pada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Mohd. Fatmi diminta mengulas mengenai pengumuman calon Pas dan PKR untuk menghadapi PRU-13 yang dilakukan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di Machang semalam.

Kombinasi kedua-dua parti itu dalam PRU-13 ini menampilkan 16 muka baharu dan yang paling mendapat tumpuan adalah pencalonan Nik Abduh anak kepada Menteri Besar dan Musyidul Am Pas.

Tambah Mohd. Fatmi yang juga merupakan calon BN Parlimen Kota Bharu, budaya begini tidak pernah berlaku pada BN yang apabila pemimpin masih berjawatan mempertaruhkan anak mereka untuk bertanding pada pilihan raya.

"Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mereka memegang jawatan itu tidak ada seorang pun anak mereka menjadi wakil rakyat.

"Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah mempertaruhkan anak untuk bertanding pada pilihan raya. Ini bezanya BN dan Pakatan Pembangkang," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 14 April 2013

Pas perlu bertindak mencari kebenaran


SELAMA ini Pas dikatakan terpaksa menanggung pelbagai tekanan akibat tingkah laku rakan-rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tetapi sejak beberapa hari ini, Pas berhadapan dengan cabaran cukup besar apabila tersebarnya video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanannya.

Seperti biasa, semua itu dianggap fitnah, tohmahan dan konspirasi, manakala UMNO pula dipersalahkan.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas seharusnya bertindak adil dan bersedia menjalankan siasatan.

Pas hakikatnya sebuah parti yang jauh lebih bermaruah. Pas ditubuhkan bukan atas dasar kebencian atau membalas dendam tetapi demi melaksanakan perjuangan Islam, biar pun kini sudah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

Oleh itu adalah lebih baik, jika isu rakaman video seks ini ditangani Pas dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya melihat ia sebagai satu serangan politik semata-mata.

Dalam soal ini, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai peranan cukup penting untuk mendengar keluhan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahukan siasatan rapi dijalankan.

Siasatan bukan bertujuan memalukan atau menyalahkan pemimpin berkenaan tetapi bagi mencari kebenaran kerana sejak isu itu tercetus imej Pas telah dipersendakan.

Hakikatnya, tiada apa yang perlu Pas bimbang jika mereka yakin bahawa individu dalam rakaman video itu bukan pemimpin mereka.

Kita memahami Pas berkawan rapat dengan PKR tetapi janganlah terikut-ikut dengan amalan politik penafian parti tersebut.

Adalah lebih baik jika Pas menunjukkan ketegasan dengan merehatkan pemimpin yang dikaitkan buat seketika, ia bukanlah satu hukuman atau mengatakan ia menunjukkan beliau bersalah tetapi demi memberi keadilan kepada pemimpin itu dan Pas.

Sudah cukup selama ini Pas dilihat semakin hilang keberaniannya apabila sehingga ke hari ini tidak mampu menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, justeru takkanlah dalam isu rakaman video ini juga Pas terus mahu mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.

Pas perlu faham rakyat kini sudah bijak, mereka sudah tahu yang mana satu fitnah, yang mana satu realiti, dan yang mana satu perangkap oleh musuh dalaman sendiri.

Begitu juga dalam isu ini, tidak perlulah Pas hendak menuding jari menyalahkan UMNO, UMNO mempunyai banyak kerja lain daripada hendak mengintip setiap pergerakan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Tambahan pula, pemimpin yang dikaitkan bukanlah berjawatan penting sangat atau mempunyai kuasa seperti Presiden parti, oleh itu tidak ada kepentingan bagi UMNO hendak menjatuhkan beliau.

Dan selama ini, belum pernah terbukti UMNO menggunakan politik kotor seperti itu untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Satu perkara yang perlu diingat, dalam kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang memerangkap mereka bukannya UMNO tetapi orang yang rapat dengan pemimpin tersebut.

Kita faham Pas begitu teruja mahu ke Putrajaya dan semakin kemaruk kuasa untuk memerintah bersama-sama DAP dan PKR tetapi janganlah cuba menafikan kebenaran.

Justeru adalah wajar jika Majlis Syura Ulama Pas mendengar suara akar umbi yang mahu sesuatu dilakukan.

Percayalah, kalau Pas tidak bertindak dalam isu ini secara adil, maruah Pas akan semakin tercalar dan mereka akan menerima akibat yang amat buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti. - UTUSAN ONLINE

Bagaimana nak perintah negara, pembahagian kerusi pun gagal


KERAPUHAN pakatan pembangkang antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang hanya diwujudkan atas dasar semata-mata mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) semakin jelas apabila sehingga ke hari ini, mereka masih gagal memuktamadkan pembahagian kerusi.

Walaupun pakatan itu sering kali mendabik dada bahawa kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan BN mentadbir negara, kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat.

Ini kerana dalam ujian pembahagian kerusi pun pembangkang sudah gagal mencari penyelesaian terbaik sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri, apa akan terjadi jika ditakdirkan menang pilihan raya kelak, berlaku pula perebutan jawatan Perdana Menteri di antara mereka.

Kemungkinan itu tidak mustahil kerana Pas sudah memberi isyarat awal bahawa tidak semestinya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya, walaupun tindakan itu jelas tidak disenangi PKR dan DAP.

Dalam isu pembahagian kerusi, mengapa kemelut itu timbul dan gagal diselesaikan walaupun mereka sudah melancarkan manifesto sejak dua bulan lalu mudah difahami kerana ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang mempunyai idealogi politik berbeza.

Perkara itu diburukkan lagi dengan sikap bongkak Anwar dan Timbalannya, Azmin Ali yang bertindak ala diktator dalam menentukan kawasan mana yang mahu ditandingi PKR, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada rakan komponen sehingga berlaku pertelagahan di 15 kerusi Parlimen.

Terbaharu, Anwar mengakui isu pertelagahan kerusi turut berlaku di Sarawak dipercayai ada kaitan dengan ketidakpuasan hati DAP ekoran percubaan PKR mahu bertanding lebih banyak kerusi, sedangkan prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu jauh lebih cemerlang.

Bagaimanapun dalam sidang akhbarnya Anwar cuba memberi gambaran bahawa pertelagahan itu hanya melibatkan Pas dan DAP sahaja dan bukan PKR apabila berkata: "“Ada beberapa kawasan yang masih terlibat dalam pertindihan tuntutan antara DAP dan Pas".

Apa yang berlaku di Sarawak adalah susulan kepada siri pertelagahan yang dimulakan dengan perebutan kerusi Parlimen Galang Patah antara PKR dan DAP - akhirnya ia menjadi milik Lim Kit Siang menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng merajuk seketika.

Rentetan isu perebutan kerusi juga menyebabkan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; timbalannya, Norman Fernandez dan Setiausaha, Tan Chen Choon meletak jawatan ekoran pertelagahan kerusi Parlimen Segamat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya.

Selain Parlimen Gelang Patah yang menyaksikan 'perang terbuka' antara PKR dan DAP, perebutan kerusi juga berlaku di Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang apabila komponen parti dalam pakatan pembangkang masing-masing mendakwa calon mereka lebih layak bertanding.

Di Pahang misalnya perebutan kerusi Parlimen Bentong serta DUN Ketari dan Tanah Rata terjadi apabila PKR dipercayai tidak akan melepaskan kerusi Bentong jika DAP enggan bertolak ansur untuk menyerahkan kedua-dua kerusi DUN tersebut kepada parti itu.

Berbeza BN yang mana ikatan kerjasama itu diwujudkan demi memperjuangkan kemerdekaan negara menerusi amalan perkongsian kuasa secara adil sejak lebih 50 tahun lalu, tiada sebarang pertindihan kerusi berlaku walaupun dianggotai 14 buah parti komponen.

Pelayaran BN kali ini dilihat cukup lancar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak selaku nakhoda tenang menyusun strategi sebelum memuktamadkan senarai calon yang dijangka diumumkan Isnin ini. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 13 April 2013

Mustafa Ali nafi pembabitan dalam video seks






DUNGUN 13 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali malam ini menafikan dakwaan pembabitan beliau dalam video seks yang kini tersebar luas dalam laman-laman blog.

Katanya, beliau menyerahkan kepada para peguamnya berhubung pendedahan dan pembikinan video seks itu untuk tindakan lanjut.

Mustafa ditemui selepas berucap sempena majlis perasmian Markas Pemuda Pas Cawangan DUN Paka dekat sini malam tadi.

"Sudah-sudahlah saya dah bagi tahu, saya tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

"Not worth commenting (tidak berbaloi saya komen)," katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.

Mustafa dijadual menyampaikan ceramah di Markas Pas di Kampung Molek di sini.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya turut membangkitkan perkara itu dengan menyalahkan UMNO yang didakwanya bertanggungjawab membuat fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa, UMNO telah menggunakan media arus perdana untuk melakukan pembohongan.

Mustafa seterusnya menegaskan, beliau telah menyerahkan perkara tersebut kepada para peguamnya termasuk Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co. - UTUSAN ONLINE

Friday, 12 April 2013

Pas terus cuba mempertahankan Khairul Fahmi

KOTA BHARU 12 April - Walaupun jutaan rakyat di negara ini kesal dengan tindakan Penolong Setiausaha 1, Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som berkaitan kenyataan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW melalui akaun Twitternya, namun Pas dengan egonya terus berusaha mempertahankannya.

Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi semasa menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Pejabat Pas Berek 12 di sini malam tadi cuba memusing cerita apabila berkata, kenyataan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW sebaliknya kepada UMNO.

"Baru-baru ini hangat pasal Khairul Fahmi di dalam intenet isu dia (Khairul) tulis perkataan kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan.

"Kalau kita faham ayat tadi, Khairul Fahmi hendak hina UMNO atau Nabi Muhammad SAW. Khairul Fahmi bukan hina Rasulullah, dia hina UMNO. UMNO ini kata lain dia faham lain," katanya.

Selain, Nor Azariza, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi semasa menyampaikan ceramah pada Program Pentas Anak Muda di Sungai Isap Jaya, Pahang 2 April lalu turut mempertahankan tindakan biadab Khairul Fahmi itu.

Nasarudin berkata, kenyataan Khairul Fahmi itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sering menabur fitnah.

Pada 27 Mac lalu Khairul Fahmi didakwa telah bertindak biadab dengan membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi akaun Twitternya.

Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi itu, pemimpin Dewan Pemuda Pas tersebut menulis: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO".

Sebenarnya, yang Pas tidak faham ialah umat Islam marah kepada Khairul Fahmi kerana mentakwilkan benda buruk dengan Rasulullah.

Ekoran kenyataan itu, Penasihat Agama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot mengingatkan semua pihak terutama pemimpin politik agar tidak mengheret dan menyentuh keperibadian Rasulullah SAW demi kepentingan peribadi serta politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memperjuangkan agama Islam dan perbuatan itu patut dikecam. - UTUSAN ONLINE

Setiausaha Agong PAS Terlibat Dengan Skandal Seks











Ringkasan Kes.

Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan: 

1) MO: Suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali.
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustaffa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.

Sumber: HaprakNews

Sunday, 7 April 2013

PAS Pening Hadapi PRU 13


Kecelaruan Pas menghadapi pilihan raya

PILIHAN Raya Umum Ke-13 ternyata semakin memaparkan kecelaruan, kekeliruan dan ketaksuban Pas berpolitik dalam usaha meraih kuasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Kesediaan Pas untuk membenarkan calon-calon DAP menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya umum tersebut sudah membuktikan bukan kata prinsip yang sanggup digadaikan, malahan lambang pun akan dipertaruhkan oleh Pas asalkan boleh ke Putrajaya.

Jika sesiapa juga yang mengkaji Perlembagaan Pas terutamanya Fasal 3, 4, 5 dan sebahagian Fasal 6 serta memikirkan kembali tindak-tanduk pemimpin-pemimpin DAP terhadap perjuangan Islam Pas, mereka pasti akan menganggap betapa terdesaknya Pas memburu kuasa politik.

Ia memandangkan, semua orang tahu bagaimana berani dan tegasnya, DAP menolak perjuangan Islam Pas. Malahan berikutan ketegasan DAP ini dan disokong oleh PKR, Pas akhirnya terpaksa mengorbankan perjuangan negara Islamnya.

Sedangkan tindakan itu bertentangan dengan Fasal 3 Perlembagaan Pas yang menyatakan, Dasar Pas adalah Islam dan Fasal 4 pula menyebut, seruan Pas adalah Allahuakbar.

Turut menarik perhatian ialah Fasal 5 perlembagaan tersebut yang menyatakan tujuan Pas ialah, memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Begitu juga apa akan jadi dengan Fasal 6 (2) yang menyatakan usaha-usaha Pas ialah; memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Apabila Pas bersedia membenarkan DAP menggunakan lambangnya, maka Pas juga perlu bersedia meminda kesemua fasal-fasal di atas kerana ia tidak relevan lagi dengan perjuangan Pas kini.

Pas perlu berbuat demikian dan bukannya terus bersikap hipokrit semata-mata demi kepentingan politik kerana DAP sama sekali tidak pernah dan tidak akan mempersetujui kesemua Perlembagaan Pas itu sebab itulah mereka menolak perjuangan Islam Pas sejak dulu, kini dan selamanya.

Tetapi kita tidak boleh salahkan DAP, sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas yang bersalah kerana terlalu mengikut rentak politik sekutunya. Kalau benar Pas masih mempertahankan dasar Islamnya kenapakah tiada lagi perjuangan penubuhan negara Islam sebaliknya hanya wujud negara berkebajikan? Kenapakah Pas tidak menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam?

Jika Pas masih lagi mahu berpolitik dan menganggap tidak salah calon-calon DAP menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya kononnya atas nama kerjasama terbuktilah Pas kini adalah sebuah parti yang semakin tiada maruahnya.

Perlu diingat, sikap DAP dalam soal berkaitan orang Melayu, Islam dan perjuangan Pas bukan perkara baru, sebelum ini pemimpin-pemimpin DAP pernah melakukan pelbagai tindakan yang mengguris perasaan umat Islam di negara ini tetapi Pas hanya mendiamkan diri.

Lupakah pemimpin dan penyokong Pas betapa konsistennya pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam, malahan mereka menyatakan ia bukan polisi pakatan pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, Karpal Singh pula mahu Pas patuh kepada persetujuan bersama yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Jika benar Pas mahu menjaga kesucian Islam seperti mana termaktub dalam Fasal 5 Perlembagaannya, kenapakah Pas tidak bertegas dalam soal penggunaan kalimah Allah? Kenapakah Pas tidak menegur apabila ada pemimpin-pemimpin DAP dan PKR menterjemah ayat-ayat al-Quran sesuka hati?

Pas khususnya Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Nik Mat sering memperlekehkan usaha memartabatkan Islam yang dibuat oleh UMNO malah terbaru menganggap solat orang UMNO tidak dapat pahala kerana tidak mengamalkan dasar Islam.

Tetapi kenapakah Pas tidak bertegas dengan sekutunya dalam soal-soal berkaitan Islam? Kenapa perlu bersikap double standard dalam soal ini?

Hakikatnya, Pas akan terus menjadi ‘pak turut’ dan akan diperalatkan habis-habisan oleh PKR dan DAP untuk meraih sokongan orang Melayu selagi mereka tidak menjadi dominan dalam pakatan pembangkang.

Walaupun Pas sudah mengumumkan akan bertanding 76 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, ia bukan bermaksud Pas boleh menjadi tonggak apatah lagi tulang belakang kepada kerjasama berkenaan. Kalau menang kesemua kerusi itu sekali pun Pas tidak akan mampu melaksanakan apa juga dasar-dasarnya.

Sebaliknya apa juga yang Pas hendak laksanakan perlu mendapat persetujuan PKR dan DAP. Apatah lagi kedua-dua parti itu turut akan mendapat sokongan padu golongan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas atau kelompok yang dipanggil Anwarinas.

Penulis diberitahu, kelompok Anwarinas ini memang berhajat melihat Pas dan pembangkang menang besar dalam pilihan raya umum nanti kerana ia akan membantu mereka dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Sementara isu penggunaan lambang, pertembungan antara golongan ulama dan Anwarinas terus diperkatakan, pemimpin-pemimpin Pas juga ternyata semakin tidak bermaya untuk menghalang sikap mulut celupar Nik Abdul Aziz.

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang dihubungi oleh penulis, keceluparan Nik Abdul Aziz kini bukanlah lagi dilihat senjata terbaik bagi menentang UMNO sebaliknya boleh membawa ‘mala petaka’ kepada parti itu.

Dalam kalangan Pas mereka sudah bosan dengan sikap lepas mulut Nik Abdul Aziz yang banyak menjejaskan imej Pas, semua itu berlaku kerana Nik Abdul Aziz melihat segala-galanya dari segi politik.

Sebab itulah sudah ada dalam kalangan pemimpin Pas ketika ditanya apakah wajar sebagai seorang ulama, Menteri Besar Kelantan tersebut bersikap demikian, mereka tidak teragak-agak menyatakan, pemikiran beliau semakin bercelaru kerana faktor usia dan kepentingan politik.

Malahan penulis difahamkan, dalam kalangan orang kanan Nik Abdul Aziz pun mereka semakin bimbang dengan sikap lepas mulut Mursyidul Am Pas itu kerana hujah beliau akan dibandingkan dengan ajaran Islam sebenar.

Tidak kiralah apapun hujahnya, apa yang pasti Pas akan menghadapi pilihan raya umum kali ini dalam keadaan yang cukup bercelaru termasuklah dari segi mempertahankan dasar Islamnya.

Berdasarkan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin dan corak perjalanan politik Pas, jelaslah dasar Islam yang tertulis dalam perlembagaan parti itu hanyalah sekadar hiasan. Pas kini sudah sah bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam tetapi sebuah parti yang semakin terdesak memperalatkan Islam sebagai modal untuk meraih sokongan politik.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, 6 April 2013

Rahsia Ahli PAS Kini Terbongkar

Sudah jelas PAS bukan lagi memperjuangkan Islam seperti mana yang di bangga-banggakan mereka setelah menggugurkan Perjuangan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam dalam dasar parti.

DAP = BURUNG ENGGANG... PAS = BURUNG PUNGGUK... PKR = BURUNG APA???

DAP sudah menggunakan maskot burung enggang/kenyalang sejak dari PRU Sarawak 2 tahun lalu. PAS mungkin paling sesuai dengan burung pungguk jika mahu dijadikan maskot mereka... Tapi kenapa burung punai paling sesuai untuk PKR?? Kenapa?? Kenapa??


Sumber:reformasin

Wednesday, 3 April 2013

Adakah Pembangkang Mengamalkan Politik Ekstrimis???


Politik Ekstrimis...

(Benarkah pembangkang menghormati agama Hindu dan mengamalkan toleransi agama? Perobohan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 10.10.2012)



Salam 2 all.

Adakah benar pembangkang DAP-PKR-PAS menghormati semua agama termasuk Hindu? Cuba lihat dan nilai sendiri fakta dibawah:

1. sebuah kuil hindu persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor  dirobohkan pada 10.10.2012;

2. Kuil Devasthanam Sri Mariamman, Seafield, USJ, Selangor yang berusia lebih 124 tahun sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu merayu tetapi tidak dipedulikan;

3. Kuil Sivan, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor juga sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu perayu tetapi tidak dipedulikan;

4. Kuil Sera, Kulim HiTech, Kedah juga sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu merayu tetapi tidak dipedulikan;

5. Kuil Besar Batu Caves pernah ditembak dan cuba dimusnahkan pada tahun 1999 oleh Kumpulan Al-Ma'unah yang kebanyakannya adalah ahli PAS;

6. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub membuat kenyataan pada 19.06.2012 menyamakan perarakan perayaan Taipusam sama saperti demonstrasi jalanan;

Apakah fakta-fakta diatas menggambarkan pembangkang ini adalah kumpulan yang mengamalkan toleransi agama dan menghormati agama termasuk Hindu?

Jawapannya cukup jelas. TIDAK!

Dalam konteks itulah saya merujuk kepada dakwaan kononnya saya telah membuat satu ucapan yang didakwa menghina penganut agama Hindu. Ucapan itu didakwa terkandung dalam satu videoklip yang dimuat-turun dilaman-laman web terutama yang pro-pembangkang.

Saya percaya mana-mana orang yang melihat videoklip itu akan mendapat gambaran seolah-olah ucapan itu dibuat oleh saya baru-baru ini dalam kapasiti saya sebagai pemimpin Perkasa.


Pada saya ini adalah politik kotor, jijik dan mala fide serta berniat jahat kerana cuba memberi gambaran Perkasa dan Barisan Nasional terlibat dengan meletakkan lambang Perkasa dan BN dalam videoklip tersebut.

Langsung tidak disebut itu adalah program anjuran PAS beberapa tahun lepas dihadapan ahli PAS di venue PAS dan saya pada masa itu adalah pemimpin PAS dan peguam Anwar Ibrahim.

Malah videoklip itu adalah bersumberkan daripada unit media ahli dan penyokong PAS!!!

Pada masa itu saya adalah Yang DiPertua PAS Kawasan BTR/WP dan AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan. Saya juga pada masa itu adalah peguam Anwar Ibrahim; dan program itu dibuat dihadapan ahli dan penyokong PAS/pembangkang di venue PAS pada masa saya waktu itu adalah seorang pemimpin PAS dan juga peguam Anwar Ibrahim.

Saya percaya ada pihak yang telah mengolah dan menyunting semula rakaman program tersebut dengan niat jahat bertujuan untuk memburukkan dan memfitnah Perkasa dan Barisan Nasional.

Ini adalah taktik kotor dan jijik permainan pembangkang yang sudah ketandusan modal setelah melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin merudum. Tambahan pula sokongan terhadap Perkasa makin meningkat yang terbukti dengan kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program Perkasa di Kota Setar, Bagan Serai dan Pasir Mas baru-baru ini.

Saya juga percaya ini adalah taktik kotor dan desperado pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai isu yang sedang mereka hadapi saperti videoklip ChinaDoll, videoklip Raja Goyang, dan terbaru videoklip PapaHomo.

Ini ditambah dengan isu pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengikut Kiram lll yang didedahkan oleh media Filipina sebagai didalangi oleh pimpinan pembangkang Malaysia.

Keceluparan mereka memfitnah pencerobohan, serangan dan pembunuhan itu sebagai sandiwara UMNO menyebakan kebencian rakyat kepada mereka semakin bertambah.

Diwaktu yang sama, pembangkang menghadapi isu konflik dalaman yang serius termasuk isu kalimah ALLAH dan penolakan terbuka terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon PM oleh ahli akar umbi pembangkang khususnya PAS.

Kekecohan merebut kerusi sebagai calon PRU 13 menambah keparahan masalah pembangkang, sehingga ada yang merajuk melarikan diri, sehingga pemimpin sendiri di sorak dan di boo penyokong sendiri!

Sebab itu saya yakin pembangkang berusaha mengalihkan isu dengan dengan mereka-cipta dan mengolah rakaman program tersebut dengan mengaitkan Perkasa; seolah-olah Perkasa sebuah pertubuhan ekstremis, cauvinis, pelampau dan jumud.

Dan saya tidak akan terkejut kalau ada lagi cubaan demi cubaan selepas daripada ini untuk mereka-cipta dan merekayarsa video dan gambar untuk memburukkan, memfitnah dan menyerang peribadi saya dan Pertubuhan Perkasa oleh kumpulan desperado dan terdesak ini.

Walhal mereka sebenarnya cuba menyembunyikan fakta bahawa program itu dibuat semasa saya adalah pemimpin PAS dan peguam Anwar Ibrahim dihadapan ahli dan penyokong PAS di venue PAS!

Ini adalah kerana mereka mahu menyembunyikan hakikat bahawa sebenarnya merekalah, iaitu DAP-PKR-PAS yang mengamalkan dan mengajar ahli dan penyokongnya politik cauvinis, ekstremis, rasis, pelampau, jumud dan segala bentuk politik negatif yang merosakkan!

Daripada isu 13 Mei, kalimah ALLAH, Amanat Hadi, kafir-mengkafir, fahaman pluralisma, menggigit dan memukol polis, sehingga yang terbaru pendedahan oleh ahli seumur hidup PAS iaitu CN Al-Afghan yang mengejutkan negara apabila membongkarkan komplot mahu membunuh YABhg Tun Mahathir akibat fahaman politik sempit, ekstremis, cauvinis dan pelampau yang menjadi amalan pembangkang.

Mari kita lihat sejarah dan fakta politik cauvinis, ekstrim, pelampau, jumud amalan pembangkang kstrim PKR PAS DAP sejak dulu, kini dan selamanya!

01. Amanat Hadi Awang 1981 yang menyebabkan berlaku perpecahan umat Melayu Islam;

02. Pendedahan oleh ahli seumur hidup PAS CN Al-Afghan tentang peristiwa Kafir Mengkafir akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga beliau sanggup mengkafirkan Allahyarham ayahandanya sendiri;

03. Peristiwa Memali pada 19.11.1985 akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang sehingga kumpulan fanatik dan taksub PAS diketuai oleh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya membunuh empat anggota polis;

04. Pendedahan oleh CN Al-Afghan bagaimana ujud komplot dan rancangan untuk membunuh Tun Dr. Mahathir akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang;

05. Kenyataan seorang pemimpin PAS pada 07.08.1987 mendakwa Malaysia akan menjadi Negara Kristian selewat-lewatnya tahun 2000;

06. Demonstrasi besar-besaran Himpunan Anti Kristian oleh PAS pada  29.10.1987 di Sitiawan Perak;

07. Anwar Ibrahim diberi gelaran Al-Juburi dan Penjaga Stor Kunyit oleh PAS akibat pendedahan oleh Karpal Singh pada 22.10.1997 bahawa Anwar seorang peliwat;

08. Peristiwa Al-Maunah, yang kebanyakannya adalah ahli PAS yang cuba melakukan pemberontakan bersenjata dalam tahun 1999 sehingga membunuh pasukan keselamatan di Bukit Jenalik, Sauk;

09. Kenyataan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada 19.06.2012 yang mendakwa perarakan sambutan Taipusam yang mana ada antara pengikutnya didakwa berarak separuh sedar dan sama saperti demonstrasi jalanan;

10. Datuk Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam Selangor dipecat pada 08.01.2012 antaranya kerana isu dakyah dan cubaan memurtadkan orang Islam oleh Damansara Utama Methodist Church;

11. Hadi Awang bersama Kitsiang dan Anwar mengumumkan persetujuan bersama pada 08.01.2013 membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH;

12. 28.03.2008 Nik Aziz menyatakan tidak perlu sambut Maulidurrosul kerana kelahiran Nabi Muhammad pada Tahun Gajah sama taraf saperti Mat-Mat Kampung;

13. Ahad 27.01.2013 Nik Aziz pula menyambut ulangtahun kelahiran dia ke 81 di rumah Karpal Singh dihari Taipusam;

14. YB Gobalakrishnan membuat kenyataan beliau dipanggil pariah oleh Timbalan Presiden PKR;

15. Anwar Ibrahim menyatakan pada 18.10.2010 bahawa semua agama adalah sama dalam ucapan di London School of Economics;

16. Ogos 2006, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa adalah hak Azlina Jailani untuk murtad dan menukar agama daripada Islam ke kristian kepada nama Lina Joy;

17. Naib Presiden PKR Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim menyatakan pada 03.11.2012 di Gereja Full Gospel Tabernacle bahawa hak menukar agama tidak sepatutnya hanya diberi kepada bukan Melayu, membawa makna sebaliknya orang Melayu juga patut diberi kebebasan menukar agama dan murtad daripada Islam kepada agama lain;

18. Pembangkang memberi Anwar Ibrahim selempang gelaran Hugoan Siaou, Pemimpin Agong Kadazan yang hanya layak diberi kepada pemimpin berbangsa Kadazan sahaja;

19. Wan Azizah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'manusia anugerah Tuhan';

20. Sebuah NGO pro-pembangkang memberikan anugerah Saidatina Khadijah, iaitu sempena nama isteri Rasulullah saw Saidatina Khadijah ra kepada Wan Azizah;

21. PKR menyatakan pendedahan videoseks ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo melibatkan Anwar Ibrahim sama saperti Nabi Yusuf as dan isteri Nabi saw Saidatina 'Aishah ra;

22. cauvinis Cina termasuk pimpinan DAP melaungkan slogan Malai-Si (Mampos Melayu) yang membawa kepada peristiwa berdarah 13.05.1969;

23. Saudara Razali Abdul Rahman, seorang tokoh aktivis senior DAP mendedahkan Upacara Sumpah Mendirikan Negara Kristian berlaku pada 05.052011 dalam satu majlis anjuran DAP yang dihadiri para pastor dalam dan luarnegara yang membantu DAP dalam PRN Sarawak 2011;

24. Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam mesej krismas 25.12.2012;

25. Lim Guan Eng memfitnah Jemaah Islah Malaysia @ JIM sebagai sebuah pertubuhan pengganas walaupun tidak benar dan enggan meminta maaf sehingga kini;

26. Seorang pemimpin Pemuda PAS mendakwa UMNO akan menyiarkan videoseks Nabi saw jika ada;

27. PBT dibawah Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor memusnahkan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang pada 10.10.2012;

28. Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang didalam proses merobohkan Kuil Devasthanam Sri Mariaman, Seafiled, USJ, Selangor yang dikatakan berusia leboh 124 tahun;

29. Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang didalam proses merobohkan Kuil Sivan, Bukit Gasing, Selangor;

30. Kerajaan PAS-PKR-DAP Kedah sedang didalam proses merobohkan Kuil Sera di Taman Kulim Hi-Tech, Kulim Kedah;

Jelas daripada fakta diatas bahawa pembangkang DAP-PKR-PAS mengamalkan politik anti agama, cauvinis, ekstremis, pelampau, jumud dan tidak menghormati sensiviti agama dan kaum dinegara ini sejak dulu, kini dan selamanya!

Malahan tindakan desperado pembangkang mengitar semula videoklip lama tetapi di olah dan di edit sebegitu rupa membuktikan betapa pembangkang masih cuba memainkan isu keagamaan dan perkauman untuk mengapi-apikan dan melaga-lagakan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum!

Saya akui bahawa walaupun saya adalah seorang peguam bertauliah lulusan Ijazah Undang-Undang daripada Victoria University of Wellington, New Zealand, namun akibat terpengaruh dengan amalan dan fahaman politik cauvinis, ekstremis dan sempit pembangkang, saya berubah menjadi seorang pelampau dan ekstrim.

Tetapi alhamdulillah fahaman dan amalan politik pelampau pembangkang ini telah saya tinggalkan sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas. Hanya setelah tidak bersama pembangkang baru saya dapat melihat dan menilai sesuatu perkara dengan objektif, waras, rasional dan hati terbuka!

Malah saya telah, sebaik menjadi Ahli Parlimen Bebas, membuat ucapan didalam Dewan Rakyat mengakui saya telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan selama bersama pembangkang. Banyak perkara yang telah saya atau pembangkang perkatakan atau lakukan selama ini yang sebenarnya boleh memudaratkan agama, bangsa dan negara serta rakyat Malaysia.

Islam mengajar saya supaya bersedia mengakui kesilapan dan tidak malu memohon kemaafan. Kata pujangga, manusia yang hebat ialah mereka yang bukan sahaja bersedia mengakui kesilapan, malah berani memohon maaf secara terbuka!

Saya bukan jenis manusia yang dayus dan pengecut saperti sesetengah orang, yang walapun dah terbukti jelas melakukan kesalahan dan kesilapan, tetapi tanpa sedikit pun rasa malu segera menuding jari menyalahkan orang lain.

Dan saya telah mengambil contoh terbaik daripada YAB Dato' Sri Najib sendiri yang bersedia  memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas sebarang kesilapan dan kesalahan  yang pernah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum daripada itu.

Atas sebab itu, saya telah didalam Dewan Rakyat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan akibat terpengaruh dengan politik cauvinis, ekstremis, dan pelampau pembangkang.

Malah baru baru ini, saya telah secara terbuka dihadapan lebih 20,000 rakyat Kelantan yang menghadiri Perhimpunan Perkasa di Pasir Mas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada YABhg Tun M yang menjadi bahan makihamun dan caci nista pembangkang selama ini.

Oleh itu, kepada rakan-rakan penganut agama Hindu khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah berniat untuk menghina agama Hindu, dan saya dengan ini secara terbuka, dan tanpa sebarang syarat menyusun jari sepuloh memohon kemaafan atas sebarang  kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan yang boleh, dan telah mengguris dan menyinggung perasaan mereka.

Saya berharap dan berdoa semoga tuan puan bersedia memaafkan saya.

Marilah kita 'move forward', memandang kehadapan bersama dengan YAB Dato' Sri Najib untuk mebina sebuah negara dan bangsa yang aman, damai, harmoni, dan saling hormat menghormati antara pelbagai agama dan kaum dibawah Gagasan 1 Malaysia.

Dan saya menyeru semua rakan penganut agama Hindu khasnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya menolak amalan politik cauvinis, rasis, ekstremis, jumud dan pelampau pembangkang dengan menolak mereka sepenuhnya didalam PRU 13 nanti.

Saya juga mengambil kesempatan ini mendesak kepimpinan PKR-DAP-PAS supaya:

01. menghentikan proses merobohkan Kuil Sri Devasthanam Mariaman Seafield, Kuil Sivan Bukit Gasing, Kuil Sera Kulim HiTech;

02. dan memohon maaf kepada penganut Hindu kerana merobohkan kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan membinanya semula dengan kos ditanggung sepenuhnya;

03. memohon maaf secara terbuka kerana memanggil YB Gobalakrishnan pariah;

04. memohon maaf kepada penganut Hindu kerana melabelkan Taipusam sebagai demonstrasi jalanan;

05. memohon maaf kepada umat Islam kerana mendesak mahu guna kalimah ALLAH;

06. memohon maaf kepada kaum Kadazan kerana menghina dan menyalahgunakan gelaran Huogan Siou;

07. memohon maaf kepada umat Melayu-Islam kerana melaungkan slogan Malai Si - Mampos Melayu;

08. memohon maaf kepada umat Melayu Islam kerana mahu Melayu dibenarkan murtad;

09. memohon maaf kerana mengadakan komplot mahu membunuh Tun Dr. Mahathir;

10. memohon maaf kerana mengkafirkan orang Melayu;

11. memohon maaf kerana memanggil Anwar Al-Juburi dan Penyimpan Stor Kunyit;

12. memohon maaf kerana mengatakan UMNO akan siarkan videoseks Nabi jika ada;

13. memohon maaf kerana memfitnah kelahiran Nabi Muhammad saw sama saperti Mat Kampung; dan banyak lagi perkara yang mereka pembangkang DAP-PKR-PAS telah lakukan selama ini yang mengguris dan menyinggung perasaan dan sensitiviti pelbagai agama dan kaum di negara ini!

Ingatlah satu undi untuk pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna anda bersetuju dengan amalan politik cauvinis, rasis, ekstremis, jumud dan pelampau pembangkang.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan saya sendiri dan yang burok semuanya adalah daripada pembangkang DAP-PKR-PAS!. Semoga ALLAH mengampunkan kita dan memberi kita petunjuk dan hidayah.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
22 Jamadil Awal 1434
03 April 2013