Showing posts with label i files. Show all posts
Showing posts with label i files. Show all posts

Friday, 15 March 2013

Perihal novel The "I" Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah


Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.

Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.

Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.

Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik “I".

Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya “I" itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.

Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The “I" Files atau Fail-Fail “I", ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.

Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.

Jika kita membaca The “I" Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.

The “I" Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, 
Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.
I" Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.

Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.
Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba ‘menguasai’ Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.

Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.

Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.

Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.

The “I" Files dalam video YouTube?

Namun apa yang menarik mengenai novel The “I" Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.

Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.

Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.

Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The “I" Files tulisan Jonathan Smith itu.

Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.

Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.

Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.