Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Malaysia Ke-10 Kekuatan Ketenteraan Terbesar Dunia

World's ten largest militaries

In an increasingly unstable and polarized world, the importance of a nation's security cannot be highlighted enough. Here's where the soldier steps in, chest jutting out and head held high, as he marches in step with his country's strategic and military needs.


And as armies around the world prepare themselves for any eventuality, we take a look at the 10 largest and 10 smallest armies in the world.


1. People's Republic of China:



With the largest active military in the world, (2,285,000 personnel) People's Republic of China is the biggest military power in Asia. A major nuclear power, China spends the most on its military after the United States of America. Its military budget for the year 2013 was $114.2 billion.



2.The United States of America


With 1,458,219 military personnel, is the second largest active military in the world behind China. But in comparison to $114.2 billion military budget of the Asian superpower, the US' military spending amounts to a whopping USD 700 billion. The US army, which draws its manpower from a large pool of paid volunteers, is under civilian control. The US army plays a major role in various strategic affairs across the globe.



3.India: 



Headed by the President of India, the Indian military boasts of about 1,325,000 active military personnel. It is the third largest military in the world considering active military strength. On an average, India annually spends about 2.7 % of its GDP on its military. In 2013, India announced its military spending to USD 37 billion; a five percent increase over its previous year's spending.



4.North Korea:



The North Korean military, also known as the Korean People's Army, is the largest military organisation in the world considering a combination of active, reserve and paramilitary forces which amounts to 9,495,000 but ranks fourth considering just the active military strength with approximately 1,106,000 personnel. The Supreme leader of North Korea is the Supreme Commander of the Korean army. Due to many worldwide economic sanctions, North Korea, of late, has developed many eccentric warfare techniques that include cyber warfare, electronic warfare.



5.Russia:



The Russian army, also known as the Armed Forces of the Russian Federation, is headed by the President of Russia. With 1,040,000 active military personnel, Russian military ranks fifth in the world. With a budget of USD 53 billion announced for 2013, Russia annually spends about 4 % of its GDP on its military.



6.South Korea:



With 687,000 active military personnel, the South Korean army - also known as The Republic of Korea Armed Forces - is the sixth largest military power of the world. South Korea spends about USD 30 billion annually on its military.



7.Pakistan:



In terms of the active troops, Pakistan military ranks seventh in the world. Around 617, 000 personnel are a part of the Pakistan's active military. Pakistan annually spends about USD 5 billion on military expenditures.



8.Iran:



With active military personnel over 500, 000, Iran is the eighth largest military power in the world. Iran's defence budget annually amounts to 2.7 % of its GDP while its expenditure is believed to be close to USD 10 billion for 2013.



9.Turkey:



Turkey spends around 2.4 % of its GDP annually on military expenditure. The number of Turkey's active military personnel is approximately equal to 510,600. It ranks ninth in the world in terms of active military personnel




10.Malaysia:

Malaysia ranks tenth in the world with the number of active military personnel approximately equaling to 509,000. It spends about 2 % annually of its GDP on military expenses.

Sumber klik sini

Sunday, 17 March 2013

Review Samsung Galaxy S4

Samsung GALAXY S IV (4) Memang Gempak!!!



Pada majlis pelancaran rasmi Samsung Galaxy S4 di New York pada hari Khamis (14/3/2013) , Ketua Samsung Mobile, JK Shin menyebut telefon ini akan melanda rak kedai pada akhir bulan April, tetapi tidak berkata apa-apa tentang harga.

Walaupun banyak ciri-ciri telah telah bocor dan heboh diperkatakn di-minggu yang membawa kepada acara pelancarannya, di sini kita akan melihat ciri-ciri baru telefon Samsung Galaxy S4 dan menggariskan spesifikasi utamanya.



Skrin BESAR


Samsung Galaxy S4 yang baru ini mempunyai skrin yang lebih besar daripada Samsung Galaxy S3. Ia juga merupakan skrin HD, dengan 1080 x 1920 pixel dan ketajaman yang lebih baik. Menurut dalam kajian mendalam oleh TechRadar, "kepadatan pixel 441ppi tidak sepadan dengan HTC One, tetapi lebih daripada cukup baik untuk pengguna biasa."

Ciri-ciri

S4 beroperasi menghunakan Android 4.2.2.2. Jellybean yang terbaru. Pengulas produk hab CNET kagum dengan fungsi-fungsi tertentu telefon ini, termasuk mod pelbagai pandangan yang membolehkan pengguna untuk berpecah skrin antara dua aplikasi - apabila anda cuba untuk mencari sebuah restoran dan menyemak peta di bawah.


Terdapat juga "optical character recognition" yang boleh menukarkan kad perniagaan ke dalam bentuk teks. Voice Drive untuk mengakses ciri-ciri seperti navigasi semasa memandu, dan pengiraan kalori untuk kesihatan dan mementingkan kecergasan.

S Health GUI

Seperti yang dijangka, Dropbox turut dimuatkan di dalam S4, kerana ia juga terdapat pada S3. 

Satu ciri pengesanan pandangan pengguna adalah merupakan teknologi terbaru Samsung Galaxy S4. Dipanggil "Smart Pause" yang dapat memantau pandangan anda apabila anda menonton kandungan video dan "Pause" video apabila anda mengalih padangan daripada skrin telefon. Satu lagi ciri membolehkan anda untuk "scroll" kandungan dengan menyengetkan telefon ke arah atas atau ke bawah.

Smart Pause GUI


Mengambil beberapa isyarat daripada Galaxy Note, Air View telah ditambah untuk S4 tetapi tanpa menggunakan stylus. Berlegar jari anda di sekitar 2cm dari skrin dan anda akan mendapat pratonton e-mel atau video.

Kamera

S4 ini mempunyai 13 Megapixel untuk kamera belakang. Salah satu ciri-ciri yang lebih menarik ialah keupayaan fkamera telefon yang membolehkan pengguna memilih untuk memasukkan dirinya ke dalam gambar yang diambil dalam tetingkap kecil dalam bingkai. Jadi tiada lagi yang ketinggalan dalam mengambil gambar.

Dual Camera Image


Group Play adalah satu lagi ciri yang telah dimuatkan ke dalam telefon. Ia membolehkan anda untuk menyambung sehingga lapan telefon S4 lain untuk bermain game atau mendengar lagu.

Kuasa Pemproses

S4 adalah telefon pintar hebat dan pantas daripada Smartphone lain dan ia adalah telefon pintar yang pertama menggunakan cip 8-Core, kata Chris Martin Penasihat PC. Ia terdiri daripada empat Cortex-A15 Core yang mencatatkan pada 1.6GHz untuk prestasi manakala baki empat Cortex-A7s mencatatkan pada 1.2GHz dan ini akan digunakan untuk tugas-tugas kurang diperlukan. Dari segi kuasa memori, jumlah RAM telah dua kali ganda kepada 2 Gigabait. Enjin yang akan datang dalam bentuk 16, 32 dan 64 Gigabit penyimpanan pilihan anda...

Untuk maklumat lanjut pada Samsung Galaxy S4 dan melihat ciri-cirinya dengan lebih lanjut sila klik.

Friday, 15 March 2013

Anwar Ibrahim Terima Anugerah Pelakon Terbaik Malaysia...


Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.


Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan. 

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.


Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.



Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti? 

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya. 

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.