Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Misteri Charlie Chaplin




Misteri Asal-Usul Charlie Chaplin.

Para perisik Britain berjaya menggagalkan rancangan dan merungkai kod Nazi tetapi mereka gagal menyelesaikan misteri asal usul pelawak lagenda, Charlie Chaplin.

Walaupun penghibur itu dikatakan sebagai salah seorang anak kelahiran London namun fail-fail baharu yang didedahkan oleh perisikan Britain, MI5, mendapati tiada rekod yang mendakwa Chaplin dilahirkan di sini pada 16 April 1889.

Fail-fail rahsia yang terdahulu dan didedahkan semalam oleh Arkib Nasional Britain menunjukkan penyiasatan agensi perisikan Britain, MI5 terhadap bintang filem bisu pada tahun 1950-an itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang sudah lama mengesyaki dia merupakan orang yang bersimpati dengan fahaman komunis.


Tiada Rekod Kelahiran Charlie Chaplin.

Para pengintip terkejut kerana tiada rekod kelahiran penghibur tersebut.

“Ia nampaknya seperti Charlie Chaplin adalah tidak lahir di negara ini atau namanya ketika lahir adalah lain daripada yang disebutkan,” kata MI5 yang membuat kesimpulan.

Kehidupan Charlie Chaplin seperti kisah dalam buku Charles Dickens yang bermula daripada miskin dan kemudian menjadi kaya.

Dibesarkan di London dalam keluarga penghibur, dia berpindah ke AS pada tahun 1910 dan menjadi antara kumpulan bintang Hollywood mega yang pertama dengan identiti pakaian selekeh dan memakai topi.


Filem Charlie Chaplin Pecah Panggung.

Dia juga merupakan pelakon pecah panggung dalam beberapa filem seperti The Gold Rush, City Lights dan The Kid tetapi aktiviti dan ahli sayap kiri yang dikaitkan dengannnya menyebabkan agensi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menyiasat pelakon itu pada awal tahun 1920-an.

Pada tahun 1952, akibat kebimbangan penyusupan pengaruh Soviet secara meluas di AS, pihak berkuasa AS meminta MI5 menyiasat hubungan politik Charlie Chaplin dan maklumat peribadinya termasuk khabar angin mengenai namanya itu satu penyamaran kerana nama sebenarnya ialah Israel Thornstein. Chaplin mati pada 25 Disimber 1977 semasa berumur 88 tahun .

Monday, 18 March 2013

Berani Lepak Di Tepi Sungai Gangga, India


Pemandangan Yang Kurang Menyenangkan Di Sungai Gangga India


Apa yang kita dengar tentang sungai gangga adalah bahawa sungai tersebut adalah sungai suci, dan itulah yang selalu di opinikan oleh kerajaan India kepada dunia. Di sungai ini penduduk setempat menyandarkan hidupnya. Mereka melakukan banyak hal di sungai ini mula mencuci pinggan sampai dengan mandi untuk membersihkan badan.

Namun tahukah anda, bahawa disungai ini sebenarnya juga merupakan tempat pembuangan mayat bagi keluarga-keluarga miskin yang tidak mempunyai bayaran untuk mengkremasi anggota keluarganya yang telah meninggal. Mayat di buang di sungai ini sebagai tempat pengebumian mereka.

Sering di temui mayat di tempat ini dalam keadaan yang sudah membusuk dan sangat mengerikan, bahkan ada kalanya mayat-mayat tersebut di makan oleh binatang seperti burung dan anjing. Sungguh tempat yang sangat seram dan menakutkan.

Betapapun mayat adalah manusia yang sudah tidak bernyawa, sebenarnya mereka juga harus dihormati dan di mulyakan. Namun mungkin memang begitulah penduduk setempat menghormati dan memulyakan mayat-mayat tersebut.

Gambar-Gambar di bawah ini akan membawa anda kepada sebuah cerita yang sebanarnya tentang sungai gangga yang selalu disebut-sebut sebagai sungai suci.