Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

PRU-13: Senarai Penuh Calon BN Pulau Pinang


GEORGETOWN 16 April - Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Pulau Pinang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

P.041 KEPALA BATAS - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican *
- N.01 PENAGA - Mohd. Zain Ahmad *
- N.02 BERTAM - Shariful Azhar Othman *
- N.03 PINANG TUNGGAL - Datuk Roslan Saidin (Penyandang)
P.042 TASEK GELUGOR - Shabudin Yahaya
- N.04. PERMATANG BERANGAN - Omar Abd. Hamid *
- N.05 SUNGAI DUA - Muhamad Yusoff Mohd. Noor *
- N.06 TELUK AIR TAWAR - Datuk Jahara Hamid (penyandang)
P.043 BAGAN - Chua Teik Siang*
- N.07 SUNGAI PUYU - Sum Yoo Keong *
- N.08 BAGAN JERMAL - Tan Chuan Hong *
- N.09 BAGAN DALAM - M. Karuppanan *
P.044 PERMATANG PAUH - Mazlan Ismail *
- N.10 SEBERANG JAYA - Datuk Mohammad Nasir Abdullah *
- N.11 PERMATANG PASIR - Anuar Faisal Yahaya*
- N.12 PENANTI - Ibrahim Ahmad *
P.045 BUKIT MERTAJAM - Gui Guat Lye*
- N.13 BERAPIT - Lau Chiek Tuan
- N.14 MACHANG BUBUK - Tan Lok Heah*
- N.15 PADANG LALANG - Tan Teik Cheng
P.046 BATU KAWAN - N. Gobalakrishnan*
- N.16 PERAI - L. Krishnan
- N.17 BUKIT TENGAH - Teng Chang Yeow
- N.18 BUKIT TAMBUN - Lai Chew Hock
P.047 NIBONG TEBAL - Datuk Zainal Abidin Osman
- N.19 JAWI - Tan Cheng Liang
- N.20 SUNGAI BAKAP - Mohd. Foad Mat Isa
- N.21 SUNGAI ACHEH - Datuk Mahmud Zakaria (Penyandang)
P.048 BUKIT BENDERA - Teh Leong Meng
- N.22 TANJUNG BUNGA - Datuk Seri Chia Kwang Chye
- N.23 AIR PUTIH - Tan Kek Heong*
- N.24 KEBUN BUNGA - H’ng Chee Wey*
- N.25 PULAU TIKUS - Rowena Yam*
P.049 TANJUNG - Ng Song Kheng*
- N.26 PADANG KOTA - Oh Tong Keong*
- N.27 PENGKALAN KOTA - Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye*
- N.28 KOMTAR - Loh Chye Teik*
P.050 JELUTONG - Ng Fook On*
- N.29 DATUK KERAMAT - Ong Thean Lye
- N.30 SUNGAI PINANG - Dr. Thor Teong Gee
- N.031 BATU LANCANG - Lee Boon Ten
P.051 BUKIT GELUGOR - Teh Beng Yeam*
- N.32 SERI DELIMA - Low Joo Hiap*
- N.33 AIR ITAM - Loo Jieh Sheng*
- N.34 PAYA TERUBONG - Koh Wan Leong*
P.052 BAYAN BARU - Tang Heap Seng*
- N.35 BATU UBAN - Goh Kheng Sneah
- N.36 PANTAI JEREJAK - Wong Mun Hoe
- N.37 BATU MAUNG - Mansor Musa
P.053 BALIK PULAU - Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya
- N.38 BAYAN LEPAS - Nordin Ahmad*
- N.39 PULAU BETONG - Muhamad Farid Saad (Penyandang)
- N.40 TELOK BAHANG - Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah*
- UTUSAN ONLINE

Sunday, 31 March 2013

CAP Pulau Pulau Pinang Ajar DAP Pulau Pinang

Inilah yang Kerajaan DAP di Pulau Pinang patut buat.


Tapi malangnya, Kerajaan DAP tetap nak teruskan projek terowong. Kenapa ek? Mungkin sebab buat benda kat atas ni tak dapat kutip TOL kot?

Berita Penuh Klik Sini


Tuesday, 26 March 2013

DAP tidak serius tarik pelabur ke Pulau Pinang


PULAU PINANG 26 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban, Goh Kheng Sneah berkata, perkara itu dikukuhkan lagi dengan pendekatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilihat lebih selesa berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri.

Malah jelas beliau, pihaknya juga kecewa Guan Eng sehingga kini masih tidak menjawab mengenai pembatalan kontrak pelaburan sebuah syarikat asing berjumlah RM2.2 bilion.
"Kita mahu Guan Eng memberitahu berapa nilai sebenar pelaburan asing ke negeri ini bagi 2010 sehingga 2012 dan apakah fokus kerajaan negeri bagi nilai pelaburan tahun ini dan dua tahun akan datang.

"Semua ini penting kerana ia melibatkan soal ekonomi negeri yang nyata akan memberi kesan kepada seluruh rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu, Kheng Sneah bersama Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye mendedahkan situasi semasa ekonomi negeri yang terus merudum selepas hanya mencatatkan jumlah pelaburan bernilai RM2.47 bilion tahun lalu berbanding RM9.11 bilion pada 2011 dan RM12.24 bilion (2010).

Beliau dalam pada itu menggesa Guan Eng dan seluruh kepimpinan negeri agar mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang dicanang-canang selama ini.

"Kalau benar mereka mengamal CAT, kita mahu Guan Eng secara jujur menjelaskan mengenai berapa jumlah kemasukan pelaburan asing ke negeri ini dan berapa jumlah pembatalan pelaburan asing yang direkodkan setakat ini.

"Kita tidak mahu kerajaan negeri hanya pandai mensensasikan kemasukan pelaburan asing yang belum pasti tetapi jumlah pelabur keluar disembunyikan," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga menyelar dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri berjaya membawa masuk sebuah syarikat asing ke negeri ini.

"Kenyataan itu jelas tidak benar kerana syarikat yang dimaksudkan itu mempunyai operasi di China dan bukannya di negara ASEAN seperti yang didakwa," jelas Kheng Sneah. - UTUSAN

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 19 March 2013

Terowong Bawah Laut Timbulkan Kontroversi


Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut


Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian. 

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP.

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera. 

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.

Sunday, 17 March 2013

Video Panas Pakatan Penipu Rakyat


Sampai bila kita mahu ditipu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab ini??? Cukup-cukuplah dengan apa yang telah terjadi di Selangor dan Pulau Pinang. Janji manis yang ditaburkan hanyalah retorik semata-mata yang lebih mementingkan kepentingan diri dari kepentingan rakyat.

Sedarlah wahai  rakyat Malaysia, jadikan iktibar daripada kes-kes yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat hari ini bukan bodoh dan mampu menilai kebaikan dan keburukan. Renung-renungkan dan selamat bertindak!!!