Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

Info Buat Peminat Instagram


Tag Paling Popular Untuk Foto di Instagram


Pengguna iPhone dan Android pasti sudah tak asing dengan aplikasi yang satu ini. Instagram, tempat di mana mereka bisa berbagi foto ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.

Yang unik dari gambar Instagram adalah, kita bisa memotong foto berbentuk persegi, seperti hasil kamera Kodak Instamatic dan Polaroid. Warna, gelap terangnya pun bisa diubah sesuai selera.

Dan satu lagi yang khas dari Instagram adalah tag dengan tanda tagar, yang sebenarnya adalah cara mudah untuk mengelompokkan foto ke dalam satu kategori. Namun ternyata tag ini tidak dipakai sesuai fungsinya.

Setiap pengguna Instagram yang mengunggah foto mereka, kerap membubuhkan beberapa tag. Berikut ini adalah 10 tag dengan jumlah foto paling banyak.


#love | 112.012.817 Foto


Tag paling populer dalam Instagram ternyata adalah sebuah kata yang terdiri dari empat huruf, yang merupakan perasaan paling mendasar yang dimiliki setiap manusia.

Para pengguna Instagram memakai tag ini untuk menunjukkan kecintaan dan kepedulian mereka pada lingkungan sekitar, seperti kekasih, orangtua, bintang idola, binatang, dan sebagainya.


#instagood | 80.336.968 Foto



Tag ini biasanya dipakai para pengguna Instagram untuk menandai foto yang menurut mereka layak dipamerkan, agar menambah jumlah like dan komen di sana.


#me | 63.079.547 Foto



Isi dari tag ini kebanyakan adalah foto diri dari para pengguna Instagram. Selain itu juga menonjolkan apapun yang berkaitan dengan mereka, misalnya pakaian, make up, dan sebagainya.


#cute | 59.296.178 Foto



Segala hal yang cantik, lucu, imut, atau menggemaskan bisa masuk di sini. Mulai dari foto beragam model nail art, boneka beruang, sampai Justin Bieber, ada dalam tag ini.


#tbt | 58.097.426 Foto



Dari beberapa tag yang lain, #tbt mungkin adalah yang paling menyenangkan. Ini merupakan singkatan dari dua kalimat Throwback Thursday, dan Truth Be Told.

Saat menelusuri foto dengan tag ini, Anda bisa melihat beberapa foto dari masa lalu seseorang. Atau Anda akan mendapati para pengguna yang memberi tahu sesuatu pada followers-nya.


#photooftheday | 57.679.795 Foto



Tag ini pertama kali dibuat oleh Luca Anania, seorang ahli strategi media dan pengguna Instagram yang populer, dengan lebih dari 7,000 followers.


Foto-foto yang ada dalam tag ini biasanya berisi tentang kegiatan sehari-hari para pengguna Instagram yang diunggah langsung, sesaat setelah foto itu diambil.


#instamood | 52.595.038 Foto



Pada awalnya, tag ini adalah nama akun Instagram dari salah seorang pengguna jejaring sosial ini, Aziz. Akun @instamood tersebut dibuat pada akhir tahun 2011.


Tag ini kemudian kerap disertakan saat mengunggah berbagai foto. Disadari atau tidak, terkadang kita mengunggah foto yang sesuai dengan emosi dan suasana hati.


#picoftheday | 43.702.840 Foto



Para pengguna Instagram yang membubuhkan tag ini dalam fotonya kebanyakan punya harapan bahwa gambar yang diunggahnya itu adalah yang terbaik di antara berjuta-juta pengguna lain.


#beautiful | 43.406.811 Foto



Sangat simpel dan to the point. Tag ini berisikan foto-foto cantik yang diunggah para pengguna Instagram, seperti wajah, bunga, pemandangan, dan sebagainya.


#iphonesia | 43.252.837 Foto



Tag ini pada umumnya dipakai oleh para pengguna Instagram di Asia yang memakai iPhone untuk mengunggah foto mereka. Meski kebanyakan dipakai di Asia, namun jumlah foto dalam tag ini termasuk banyak.

Sumber: mforum

Tuesday, 2 April 2013

CEO Apple minta maaf kepada pengguna China


BEIJING: Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook meminta maaf kepada pengguna China berhubung polisi jaminan syarikat selepas ia digesa berbuat demikian oleh badan pemantau pasaran perdagangan China. 

"Bagi sebarang salah faham yang menyebabkan pengguna China bertanggapan bahawa sikap Apple itu sebagai 'angkuh, tidak peduli atau tidak menghargai maklum balas pengguna China', kami meminta maaf di atas perkara ini," kata Cook dalam satu kenyataan maaf yang diposkan di laman web Apple China. 

Menurut kenyataan itu, Apple menerima maklum balas berhubung polisi jaminannya di China dalam tempoh dua minggu lalu, dan ia sudah menilai semua aduan itu. 

Menurut kenyataan itu lagi, untuk menambah baik perkhidmatan syarikat, empat pelarasan utama sedang dilaksanakan, termasuk menambah baik polisi jaminan bagi iPhone 4 dan iPhone 4S untuk menyediakan hala tuju jelas mengenai penyelenggaraan dan polisi jaminan, meningkatkan penyeliaan dan latihan bagi penyedia perkhidmatan sah dan memastikan pengguna dapat menyediakan maklum balas segera bagi isu-isu berkaitan perkhidmatan. 

Terdahulu, badan pemantau pasaran perdagangan China, Persatuan Pengguna China (CCA), menggesa Apple meminta maaf berhubung polisi jaminannya, apabila pengguna China mengadu pengeluar iPhone itu mengguna pakai polisi berbeza bagi perkhidmatan pembaikan dan pengembalian di China. 

CCA juga menggesa Apple menyamakan tempoh jaminan di China dengan negara-negara lain. 

Agensi berita negara, Xinhua melaporkan China Central Television (CCTV) menyiarkan satu program khas pada 15 Mac, 2013 dan mendedahkan Apple menawarkan tempoh jaminan lebih singkat di China berbanding negara-negara lain dan menggunakan bahagian-bahagian membaik pulih bagi pembaikan dan mengelakkan obligasi selepas jualan. 
Bagaimanapun, Apple menekankan dalam kenyataan itu bahawa "hampir 90 peratus pengguna berpuas hati dengan polisi jaminan kami". 

Dilaporkan bahawa Apple hanya memperoleh 7.7 peratus bahagian pasaran telefon pintar di belakang Samsung pada 22.5 peratus, Lenovo 10.7 peratus dan tiga jenama domestik lain. 

- BERNAMA

Saturday, 23 March 2013

iPhone Sudah Ketinggalan - CEO Blackberry Bikin Panas!!!





TORONTO – iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry.Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS).

Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia.Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.

Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10.

“Ia sama saja” kata Heins merujuk kepada iPhone.Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email. 

Sumber: AP