TORONTO – iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry.Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS).
Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia.Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.
Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10.
“Ia sama saja” kata Heins merujuk kepada iPhone.Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email.
Sumber: AP
No comments:
Post a Comment