Showing posts with label kiram. Show all posts
Showing posts with label kiram. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

Thursday, 14 March 2013

Wikileaks Dedahkan Penglibatan Anwar

Wikileaks Dedahkan Penglibatan Anwar Ibrahim Dengan Misuari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgufS7ddHA8Eu3W3OoUt3Ir6FewYJr5uGrP1-Aj2B6_boq_Lm_99WqSK3Vb5p_StnZ0EMLVYaXYUBFAXiFGbEIk0YPn6_zG8hh5MQR4zvlV_mP5mf4x0T2kzcoP074uzT9y-n31OUilqE_G/s1600/556936_304610323001316_296169258_n.jpg

             

RM6 juta adalah sebahagian kos yang dibelanjakan oleh SUARAM untuk membiayai pengganas Kiram yang menceroboh Sabah dan membunuh enam orang anggota keselamatan negara. 


Tanpa bantuan kewangan pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana harganya yang sangat mahal. 


Siapa yang pernah berkhidmat di SUARAM?



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW9KJRCRHFI17rpV7vZ6m7D1V9mdLFEg8A0vrZa6yI7wSbBoLVWYwyMYWjwfkSB7k4OKhVxQCUp_LUK7kiwY1pkxDT6LDa2dAqHBIF7zQDkQWO6Layq-WatPdPNmUG8TB-Y3yAcHC6CH7y/s1600/Untitled.jpg


Dua orang yang bergaris merah di atas adalah antara mereka yang berada dalam organisasi SUARAM (baca sini). Mereka turut berada di Manila pada 7 - 9 Februari 2013. Apakah mereka terlibat sama dengan apa yang berlaku di Lahad Datu?

Petikan dari Mynewshub:


"Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.

M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini.


"Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
"Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).," lapor laman itu lagi. 
Sebelum ini telah terdedah beberapa bukti penglibatan Anwar dalam kes di Lahad Datu. Ianya bukan tuduhan rambang tetapi berasaskan laporan perisikan dan olahan daripada media asing (baca sini).

Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari makin terdedah, penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin. Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.

Terkini Wikileaks mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007. Setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj65fIxL2XeYShT9CRmeyn8kXpYaJJ6u5AHajjUkcYxihDN52qN5SccrDgx_Um12kW0E30_RgxeEe7iC43AFOjcYXrFTlhnN_tn4qZhMRT5LlwTHeLFXekonEeMXOBsU5NGsJVKwXdbGiLW/s1600/nur+misuari+++sultan+Jamalul+kiram+III.jpg

Maklumat yang didedahkan oleh juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari. Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC-NgoTh2pgzspv6lyK_WtSQtv6FmorOAhqiTEAzz-JsPoRyrxdXl612j4dcpTNkIb6e9W6MrtdwdgM2tjbz6eMhf113JL2N91PFtid2N0Kl7oO9CfO8zHwQacptlihz4afaisD6ysp6HA/s1600/mole-lahad-datu-ANWAR-IBRAHIM.relatedimage.jpg

Mengapa Sabah begitu penting ?

Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11 trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru di jumpai di perairannya. 
Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. Kekayaan Sabah ini mampu menarik sesiapa sahaja untuk cuba mendapatkan Sabah. Patutlah Anwar menyanyi dan sebut "Sabah Nak Hilang"?