Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

ESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR



Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri  pada 25 Mac lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik. 

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE  bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di
sepanjang pantai timur Sabah. 

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira. 

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah
 terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

ends

Wednesday, 27 March 2013

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

Tuesday, 26 March 2013

Lahad Datu : Wartawan Amerika Dedah Campurtangan Luar

Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.


Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia,dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika. 

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.


Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali. 

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.



Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia...



Dalam link ini, Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..

Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia. 

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia.

Sumber:-daengselili-

Sunday, 24 March 2013

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAHNAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

Berita penuh klik mymassa

Friday, 22 March 2013

ESSCOM Perlu Kekal Di Sabah



ANCAMAN keselamatan yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas Kiram di Sabah telah membuka dimensi baharu dalam sejarah negara dan memerlukan pendekatan berbeza untuk menanganinya.


Langkah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) seperti yang diumumkan kerajaan pasti disambut baik oleh penduduk di kawasan terbabit serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Bekas Ketua Polis Negara, TAN SRI ABDUL RAHIM NOOR yakin rangkaian perisikan yang cekap oleh kesemua agensi di bawah ESSCOM berupaya mengekang serangan susulan oleh kumpulan pengganas itu.
Seperti yang dijelaskan beliau dalam wawancara khas bersama wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, NASIRRUDDIN YAZID di Damansara Utama, Petaling Jaya kelmarin, operasi risikan yang mantap dan tindakan susulan yang pantas adalah kunci utama kepada keberkesanan ESSCOM.
UTUSAN: Apa pandangan Tan Sri tentang ESSCOM dan perbezaannya dengan RASCOM?
ABDUL RAHIM: Saya amat bersetuju dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Ada pihak mengatakan ESSCOM harus menimba pengalaman atau mengambil contoh daripada wadah yang hampir serupa fungsinya iaitu Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) yang dilaksanakan kerajaan untuk membanteras ancaman pengganas komunis di Sarawak.

Pada pandangan saya, masalah keselamatan di timur Sabah adalah jauh berbeza dengan masalah ancaman komunis di Sarawak dahulu. Begitu juga dengan masalah ancaman pengganas yang pernah kita hadapi di Semenanjung Malaysia, berbeza jika dibandingkan dengan timur Sabah.

RASCOM bertujuan mematahkan perjuangan bersenjata oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) untuk merampas kuasa dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan berteraskan ideologi komunis.

Usaha kerajaan melumpuhkan ancaman komunis di Sarawak tidak membabitkan mana-mana negara luar walaupun boleh dikatakan PKKU, secara longgar, mendapat sokongan moral dari China dan sedikit sebanyak dari Indonesia semasa pemerintahan Presiden Sukarno. Sebaliknya, langkah menangani isu keselamatan di timur Sabah menyentuh hubungan luar dengan Filipina dan rumpun bangsa Sulu.

Sebahagian orang Sulu dari selatan Filipina telah berhijrah dan menetap di sekitar kawasan timur Sabah sejak sebelum penubuhan Malaysia, manakala sebahagian besar mereka kekal di selatan Filipina yang lokasinya amat dekat dengan timur Sabah.

Satu perkara lagi yang tidak kurang pentingnya ialah kaitan penubuhan ESSCOM dengan isu tuntutan orang Sulu di selatan Filipina yang menggelarkan diri mereka waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah. Kata mereka, Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu. Dua aspek inilah yang membezakan penubuhan ESSCOM dan RASCOM.

Perlukah ESSCOM dikekalkan selepas ancaman kumpulan pengganas Kiram berjaya dihapuskan?

ABDUL RAHIM: ESSCOM perlu dikekalkan untuk suatu tempoh lanjutan walaupun Operasi Daulat yang dilancarkan sekarang berjaya menghapuskan saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang sedang kita hadapi sekarang. Dari perspektif yang saya sebut tadi, tidak mudah untuk mengagak bilakah ancaman keselamatan di timur Sabah akan selesai.

ESSCOM mesti terus berperanan sehingga satu tempoh apabila keselamatan di timur Sabah dapat dipulihkan buat selama-lamanya. Ini walaupun aset-aset yang ditumpukan di timur Sabah melibatkan kos yang tinggi.

Wajarkah kerajaan menghentikan pembayaran ufti tahunan kepada waris Kesultanan Sulu?
ABDUL RAHIM: Sudah tiba masanya kerajaan menghentikan bayaran tahunan ini yang telah dimulakan oleh Syarikat Borneo Utara British dan diteruskan selepas Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia. Difahamkan, kerajaan membuat pembayaran dengan patuh dan tidak pernah tertunggak.

Amalan pembayaran ufti yang berterusan sejak 1878 semacam memberi harapan tanpa batasan kepada pihak yang mendakwa mereka waris Kesultanan Sulu. Walaupun jumlah ufti sebanyak RM5,300 itu tidak sebesar mana, pihak yang dikatakan waris Kesultanan Sulu melihatnya sebagai pengakuan Malaysia terhadap kedaulatan mereka ke atas Sabah.

Ini boleh diputar-belit oleh mereka untuk memanaskan sesuatu keadaan, jika perlu. Ia juga boleh dipolitikkan untuk membakar semangat pengikut-pengikut mereka.

Contohnya, mereka beranggapan kerajaan Malaysia perlu membayar ufti yang lebih besar kepada mereka. Kononnya, semasa rundingan selama tiga minggu di Lahad Datu, Raja Muda Azzimudie menuntut bayaran lump sum sebanyak AS$24 bilion jika mahu mereka menggugurkan isu tuntutan ke atas Sabah. Ini pun hanya satu daripada beberapa tuntutan lain oleh kumpulan pengganas Kiram ini.

Saya juga dengar, ada di antara pengganas itu telah menjualkan sedikit harta mereka di selatan Filipina setelah termakan dengan janji akan upah yang sangat lumayan setelah misi mereka di Lahad Datu berjaya. Pendek kata, pembayaran tahunan ufti ini ibarat saham blue chip kepada para waris Kesultanan Sulu.

Kita juga mesti menghentikan pembayaran ufti atas sebab Malaysia ialah negara berdaulat. Penduduk Sabah sudah merdeka menerusi penyertaan negeri itu dalam Malaysia pada 1963. Kehendak rakyat Sabah ini telah dizahirkan menerusi pungutan suara Suruhanjaya Cobbold dan disahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Walaupun saya tidak pasti sama ada status wilayah Kesultanan Sulu terangkum dalam kerangka perlembagaan negara Filipina sekarang, kerajaan Filipina tidak lagi melantik Sultan Sulu selepas kemangkatan sultan terakhir, Sultan Mahakutta Mohamad Kiram, pada 1986. Jadi ertinya kerajaan Filipina sendiri tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, kenapa pula kita perlu meneruskan pembayaran ufti ini?

Pakar undang-undang Malaysia tentu boleh menentukan apakah ada klausa dalam perlembagaan Filipina yang memberi erti wilayah selatan Filipina sampai ke Sabah, yakni selari dengan apa yang dituntut oleh waris Kesultanan Sulu.

Bersandarkan tiga sebab itu, saya melihat pembayaran ufti ini, jika diteruskan, akan menimbulkan masalah terhadap keselamatan negara untuk jangka panjang. Ia menjadi duri dalam daging kepada kita. Janganlah kita lupa, perkara ini sangat berkait rapat dengan naluri, kelakuan dan sifat semula jadi orang Sulu. Mereka sangat teguh dengan semangat perjuangan terhadap sesuatu yang diperjuangkan mereka.

Boleh Tan Sri jelaskan lebih lanjut tentang kaitan antara naluri atau sikap orang Sulu dengan isu keselamatan di Sabah?

ABDUL RAHIM: Rata-rata suku kaum Sulu ini diketahui mempunyai sifat suka berdendam. Perasaan dendam itu membara jika mereka berasa hampa kerana gagal sesuatu yang dianggap sangat penting bagi mereka. Sifat semula jadi mereka suka memimpin daripada dipimpin.

Orang Sulu rata-rata tidak suka sekadar menjadi pengikut sahaja. Pergolakan politik di selatan Filipina sejak penubuhan negara moden Filipina sangat jelas mencerminkan keadaan ini, selain adanya faktor-faktor lain yang turut menyebabkan pergolakan itu. Maka, kita juga perlu memahami dan memberi perhatian terhadap naluri atau sifat-sifat semula jadi orang Sulu ini dalam merangka dasar-dasar pelaksanaan ESSCOM.

Hakikat bahawa mereka adalah kumpulan etnik beragama Islam yang besar di Sabah tidak boleh dipandang remeh. Orang Sulu yang menetap di Sabah menjadi warganegara selepas Malaysia ditubuhkan. Semasa pentadbiran Sabah di bawah Tun Datu Mustapha Datu Harun, yang juga berdarah Sulu, sebagai Ketua Menteri, penghijrahan orang Sulu ke Sabah berterusan secara mendadak.

Ini pokoknya, disebabkan dasar-dasar kerajaan Filipina di bawah Presiden Ferdinand Marcos. Mencurah-curah orang Sulu mencari perlindungan di Sabah ekoran tekanan-tekanan ketenteraan oleh kerajaan Filipina ke wilayah selatan negaranya ketika itu.
Ini menyentuh gerakan bersenjata yang dilancarkan oleh penduduk Islam selatan Filipina di bawah kesatuan bangsa Moro untuk berpisah daripada Filipina. Etnik Sulu terangkum di bawah erti bangsa Moro.

Nama Nur Misuari, salah seorang pemimpin mereka memang tidak asing bagi orang Malaysia. Kampung Seri Jaya, Simunul di Semporna, yang menyaksikan pertempuran antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan pengganas Kiram baru-baru ini, sebetulnya ialah salah satu tempat perlindungan pendatang dari selatan Filipina waktu itu. Nama Simunul itu sendiri ialah bersempena nama Simuni di Pulau Tawi-Tawi.

PBB mengiktiraf Kg. Seri Jaya Semunul sebagai tempat penempatan sementara pelarian dari selatan Filipina. Kerajaan membantu mereka atas dasar kemanusiaan selain faktor hubungan darah dan sejarah antara orang Sulu yang sedia menjadi warganegara kita di Sabah dan mereka yang melarikan diri dari ‘bahang’ di selatan Filipina.

Apakah yang mungkin berlaku jika kerajaan Malaysia tidak lagi membayar ufti kepada waris Kesultanan Sulu?

ABDUL RAHIM: Pada pendapat saya, memang boleh timbul kesan terhadap keselamatan negara jika kerajaan menghentikan pembayaran ufti. Maksud saya begini, jika dalam keadaan di mana kerajaan Malaysia patuh membayar ufti pun mereka telah menimbulkan keadaan huru-hara, inikan pula bila bayaran itu dihentikan. Sudah tentu mereka naik darah. Semangat penentangan, seperti yang telah ditunjukkan terhadap kerajaan pusat mereka, pasti akan dihadapkan terhadap pihak berkuasa kita.

Tetapi, sebagai sebuah negara berdaulat, kerajaan kita mesti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Kerajaan jangan gentar. Adalah menjadi tugas pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi ancaman keselamatan yang dijangka timbul.

Itulah sebabnya ESSCOM, seperti yang dikatakan tadi, tidak boleh dibubarkan selepas ancaman kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah ini ditumpaskan.

Pelbagai kemungkinan lain juga boleh timbul. Waris Kesultanan Sulu mungkin meneruskan tuntutan itu menerusi kaedah diplomatik. Tidak semestinya dengan kekerasan sahaja. Misalnya, mereka boleh mengadu kepada PBB untuk mencabar keputusan kerajaan Malaysia.

Yang cukup saya bimbang, mereka akan bersikap seperti sore losers (tidak menerima kekalahan secara baik) dan menyimpan dendam kesumat untuk jangka masa panjang. Dalam reaksi spontan, mereka mungkin bertindak balas dengan menimbulkan suasana huru-hara di dalam negara kita khususnya di Sabah.

Lebih parah lagi, saya juga khuatir pihak lain yang mempunyai hubungan dengan gerakan militan di selatan Filipina, seperti Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), masuk campur dalam isu ini. Akan timbullah keadaan di mana pihak berkuasa keselamatan kita kena berdepan dengan native cunningness kaum Sulu ini yang bakal terserlah dalam taktik-taktik perjuangan politik dan militan mereka.

Tidakkah pemimpin MNLF, Nur Misuari telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa pihaknya akan menghantar lebih ramai orang Sulu sekiranya pasukan keselamatan Malaysia membunuh pengganas-pengganas Kiram? Terkini dia kata Malaysia mendalangi kegiatan MILF untuk kekal ‘menjajah Sabah’.

Bagi saya ini jelas satu native cunningness yang termaksud tadi. MNLF telah pun menyatukan dirinya dan perjuangannya dengan perjuangan waris Kesultanan Sulu. Individu-individu tertentu di Malaysia, yang satu masa dulu pernah rapat dengannya, sudah tentu tersentak, terpegun atau sekurang-kurangnya tertelan air liur gara-gara perang saraf Nur Misuari itu.

Dalam perspektif ini, mereka mungkin menyasarkan lokasi-lokasi strategik seperti kawasan tumpuan orang ramai di Sabah seperti pasar, perhentian bas dan sebagainya. Bukan susah untuk buat bom zaman sekarang. Sesiapa sahaja boleh cari di Internet tentang cara menghasilkan bom buatan sendiri.

Pengganas yang dihantar mungkin membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dilatih sebagai pengebom, termasuk pengebom berani mati di lokasi-lokasi tertentu itu. Orang awam yang tidak berdosa akan terkorban. Kita dapat melihat taktik serupa ini berleluasa di selatan Thailand, Iraq, Afghanistan dan Palestin sekarang. Ancaman keselamatan angkara kumpulan pengganas skala ini sangat berbeza dengan pengalaman keganasan PKM dahulu.

Janganlah kita alpa, pelantar-pelantar minyak di Sabah juga akan terdedah kepada serangan pengebom berani mati. Kita jangan ketepikan kemungkinan ini. Sekarang ini, serangan berani mati atas alasan perjuangan politik atau bersifat patriotisme semacam satu perkara lumrah.

Bukan niat saya hendak menakut-nakutkan orang ramai, tetapi kemungkinan-kemungkinan seperti ini patut diberi perhatian serius. Bab dan bidang risikan dalam kerangka ESSCOM harus mengawasi kemungkinan ini.

Apakah cadangan Tan Sri tentang aspek mencegah ancaman pengganas oleh ESSCOM?

ABDUL RAHIM: Tidakkah orang berkata, dalam apa situasi sekali pun, aspek pencegahan adalah lebih berkesan daripada mengubati? Pencegahan boleh dilihat daripada pelbagai aspek.

Pertama, operasi perisikan mestilah cekap dan meluas ke akar umbi. Pakar strategi China kuno, Sun Tzu dalam bukunya Seni Peperangan menekankan, jeneral-jeneral tentera sepatutnya mengkaji maklumat risikan sebelum memasuki medan perang.

Selain itu, Sun Tzu juga berkata: “Semasa berperang, usahakan perdamaian. Semasa aman, buatlah persiapan menghadapi keadaan berperang". Dalam bahasa Inggeris berbunyi “In time of war, make peace. In time of peace, prepare for war." Pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan perisikan, pasti tahu maksud Sun Tzu itu.

Perisikan yang hebat mesti boleh beritahu kita apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku. Kumpulan pengganas Kiram itu bukan hanya dianggotai orang yang baru datang dari selatan Filipina sahaja. Pasti ada musuh dalam selimut. Dalam kalangan orang Sulu yang kini sudah bergelar penduduk Sabah, tentu ada segelintir ‘musang berbulu ayam’, ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api di dalam sekam’.

Saya percaya, selain polis dan tentera, agensi-agensi lain seperti Jabatan Perdana Menteri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mempunyai unit menjalankan kegiatan mengumpul maklumat risikan khusus menyentuh timur Sabah dan selatan Filipina. Risikan yang dikumpul boleh dibahas secara bersepadu menerusi ESSCOM untuk panduan dalam merangka dasar-dasar atau langkah-langkah menghadapi pergolakan di Sabah.

Demikian juga, aspek pembangunan sosioekonomi di timur Sabah perlu juga diambil kira. Pendekatan Kesban (keselamatan dan pembangunan masyarakat), yang pernah dilaksanakan dahulu, terbukti berkesan semasa negara berhadapan ancaman pengganas komunis.

Pembangunan pesat di timur Sabah akan membuka banyak peluang pekerjaan, seterusnya membantu meningkatkan kualiti kehidupan penduduk setempat. Masyarakat Sulu di kawasan itu akan menikmati kepuasan sebagai penduduk Sabah dan perasaan patriotik terhadap negara Malaysia akan menyerap kukuh ke dalam sanubari mereka.

Di samping itu, kewujudan wilayah autonomi Bangsamoro, walaupun masih belum lengkap pelaksanaannya, boleh menyumbang ke arah kestabilan di selatan Filipina yang merangkumi kawasan-kawasan di bawah wilayah Kesultanan Sulu.

Di bawah kerangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Wilayah Autonomi Bangsamoro diberi banyak kuasa untuk memakmurkan wilayah itu. Kita hanya boleh mengharapkan kerajaan pusat Filipina akan terus berpegang kepada perjanjian itu walau siapa pun memerintah Filipina.

Kerajaan Malaysia, yang turut memainkan peranan dalam rundingan damai itu boleh membantu dengan membawa masuk pelaburan untuk pembangunan wilayah Bangsamoro. Mudah-mudahan nasib penduduk di selatan Filipina akan berubah setelah sekian lama terbiar. Kemakmuran mereka secara langsung akan memberi kesan positif kepada keadaan keselamatan di timur Sabah.

Bagaimanakah pihak berkuasa boleh melaksanakan langkah-langkah mencegah ancaman secara berkesan?

ABDUL RAHIM: Bila mula tercetus pencerobohan bersenjata di Lahad Datu ini, saya sangat terkejut sambil berkata dalam hati: adakah ini petanda awal ancaman luar gara-gara pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)? Dahulu kita boleh menggunakan ISA untuk mengekang dengan pantas anasir-anasir subversif yang disyaki boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

ISA telah digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sedikit sebanyak kuasa-kuasa pencegahan yang termaktub dalam ISA, dikekalkan dalam SOSMA. Pihak berkuasa harus menggembleng tenaga dan kepakaran di bawah peruntukan undang-undang ini dengan serapi-rapinya dan secekap-cekapnya.

Misalnya, kita mesti siasat pembabitan unsur-unsur dalaman yang menjadi penggalak atau tali barut kepada kumpulan pengganas Sulu dari selatan Filipina. Mereka harus dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira sama ada ahli atau pemimpin politik atau orang Sulu di Sabah. Pendedahan meluas tentang penglibatan mereka juga harus dibuat.

Apakah kaedah terbaik untuk menjelaskan kepada rakyat tentang insiden pencerobohan Kumpulan Pengganas Kiram di Sabah?

ABDUL RAHIM: Dalam wawancara bersama TV9 baru-baru ini, saya telah mencadangkan agar kerajaan menyediakan Kertas Putih (White Paper) mengenai insiden pencerobohan pengganas Sulu ini. Kaedah ini relevan bukan saja untuk memaklumkan rakyat tentang peristiwa itu, perkara ini juga ada unsur kepentingan awam atau public interest yang tinggi. Bila ia dibentangkan di Dewan Rakyat, ia boleh dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen dengan meluasnya.

Kertas Putih semestinya mengandungi maklumat yang dikumpulkan oleh semua agensi kerajaan terbabit, termasuk unit risikan pasukan keselamatan. Di dalam Dewan Rakyat, kerajaan boleh menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Pendedahan-pendedahan tentang pembabitan ahli-ahli politik tempatan, jika ada, secara langsung atau tidak langsung, atau pembabitan individu tertentu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), boleh disentuh oleh Kertas Putih itu.

Dedahkan semuanya kepada rakyat agar insiden yang berlaku di timur Sabah menjadi pengajaran berguna kepada kita semua. Malah, apa salahnya Kertas Putih itu menyorotkan juga soal memberhentikan bayaran tahunan ufti untuk dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat.



Thursday, 21 March 2013

OPERASI DAULAT MENGGUNAKAN STRATEGI LAUTAN BIRU


OPERASI DAULAT GABUNG ASET TIGA CABANG ATM



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya, udara, laut dan darat dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.




F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-bakipengganas.




Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi. ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.



Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.

Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.




Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada ‘power projection’ atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.

“Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti ‘Eksesais Halilintar’ yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebih kurang 10,000 tentera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo. Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.




“ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri,” katanya.

Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya

Sumber: Daily Mail

Tuesday, 19 March 2013

Majlis Fatwa Mainan PAS

PAS Perlekeh Majlis Fatwa



Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.


Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.


POSTER HANGAT UNTUK DISEBAR!!


Sumber: Klik Sini

Monday, 18 March 2013

Lahad Datu agenda politik UMNO...


Muslihat pembangkang


Beberapa rakan yang mencari kepastian bertanyakan soalan: “Betulkah peristiwa di Lahad Datu, Sabah itu agenda politik UMNO?” Soalan ini hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Ia mudah dijawab. Yang penting ialah huraian mengenai jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ itu boleh diterima atau sebaliknya. Untuk mewujudkan keraguan politik, sebenarnya jawapan adalah tidak penting. Jika matlamat pembangkang untuk mewujudkan keraguan politik, mereka berjaya mengelirukan rakyat. Mereka menggunakan kesempatan yang datang tepat pada waktunya. Jika kerajaan lewat bertindak balas, mereka akan dapat membentuk keraguan di pemikiran rakyat dengan mudah. Kesannya, rakyat lebih berminat mengetahui apakah sebenarnya agenda UMNO daripada mengetahui keadaan sebenarnya dan perkembangan di Lahad Datu. Dengan adanya soalan seperti itu menunjukkan memang sudah wujud keraguan di kalangan rakyat. Mujur, mereka bertanya untuk mendapatkan kepastian terlebih dulu daripada terus mempercayainya.

Sejak berlaku pencerobohan pengganas pada 12 Februari lalu di Lahad Datu, Sabah, ada pemimpin pembangkang yang menuduh bahawa kejadian itu adalah agenda UMNO. Gambaran yang cuba diberikan ialah peristiwa itu sengaja diada-adakan UMNO kononnya atas pelbagai tujuan politik. Dengan berbuat demikian, mereka cuba membentuk pendapat politik kononnya UMNO goyah hingga terpaksa mengada-adakan isu dengan tujuan mencari sokongan dan menyatukan rakyat khasnya di Sabah yang dianggap sebagai negeri ‘cagaran tetap’. Pembangkang juga beranggapan dengan membuat tuduhan itu, mereka dapat melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah bagi membolehkan mereka meraih sokongan di negeri itu.

Pembangkang kian tersepit

“Jika kerajaan lewat bertindak balas kesannya, rakyat lebih berminat mengetahui apakah sebenarnya agenda UMNO daripada mengetahui keadaan sebenarnya dan perkembangan di Lahad Datu.”

Mengapa mereka mengaitkan UMNO, mudah difahami. Umumnya, negara ini akan menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja. Mereka melihat kerajaan BN mempunyai kelebihan untuk menang besar. Jika pembangkang tidak melakukan sesuatu yang drastik, harapan untuk menang adalah tipis. Selain rakyat mula hilang kepercayaan terhadap pembangkang, pelbagai program BN mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada rakyat. Pendekatan ‘Rakyat Didahulukan’, ‘Janji Ditepati’ dan beberapa program yang dilaksanakan kerajaan berjaya memenangi hati rakyat.

Pembangkang sebenarnya kian tersepit. DAP, PAS dan PKR tidak mempunyai kekuatan lagi. Mereka hanya mengharapkan undi kaum Cina. Mereka lupa kebanyakan undi kaum Cina adalah untuk DAP. Orang Cina tidak akan menyokong PAS, tidak seperti pilihan raya lalu. Sebahagian besar orang Melayu, khasnya yang menyokong PAS pula tidak lagi yakin dengan pemimpin parti itu. Mereka melihat PAS gagal memperjuangkan dan meningkatkan syiar Islam. Jika isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam pun mereka tidak dapat selesaikan dengan baik, inikan pula untuk menegakkan hukum dan negara Islam. Ramai ahli PAS mempersoalkan kebijaksanaan pemimpin PAS yang mereka anggap tunduk kepada tindak tanduk dan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Pemimpin pembangkang beranggapan, dengan menuduh UMNO di belakang tabir peristiwa Lahad Datu, rakyat Sabah akan marah kerana UMNO yang dianggap mencetus kekecohan di negeri itu. Jangkaan pembangkang meleset kerana kerajaan bertindak menyelesaikan kejadian itu secara berhemah. Selepas sekian lama berunding dan meminta pengganas keluar dari kampung dicerobohi, gagal mencapai persetujuan pengganas, barulah anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bertindak. Berikutan kematian yang dihadapi pengganas dan gugurnya beberapa wira negara, pembangkang tidak berani lagi mendakwa peristiwa itu sebagai tindak tanduk UMNO. Mereka juga melihat peristiwa di Lahad Datu sebagai peristiwa serius kerana ia membabitkan soal maruah bangsa dan negara. Tidak hairanlah ada pemimpin pembangkang yang menafikan mereka menuduh UMNO sebagai pencetus kepada peristiwa itu. Jalan mudah ialah menafikan apa yang mereka katakan dan menuduh media melakukan kesalahan. Cuma, media yang dipersalahkan adalah milik mereka sendiri.

Ibarat Nujum Pak Belalang

Apa logiknya UMNO dan kerajaan terbabit dalam isu itu? Melihat kepada pelbagai program diumumkan dari semasa ke semasa, kerajaan merancang begitu banyak program untuk rakyat dan negara. Sebaliknya, rakyat boleh bertanya dan melihat sendiri apakah program yang diatur pembangkang? Sebenarnya, pembangkanglah yang mempunyai masa lumayan untuk mengatur strategi dan agenda menjatuhkan kerajaan. Mereka tiada kerja lain kerana segala-galanya yang wujud hari ini ditentukan dan diusahakan kerajaan. Itulah sebabnya mereka akan bercakap apa saja mengenai kerajaan kerana tidak ada kerja lain lebih berfaedah. Sekarang timbul pula andaian bahawa ‘tangan hitam’ pemimpin pembangkanglah yang sebenarnya berada di belakang kejadian itu. Berasaskan laporan asing, Kerajaan Filipina dikatakan mendapat beberapa bukti berhubung pembabitan tokoh pembangkang Malaysia membiayai keluarga pemimpin kumpulan ganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Dalam politik, bagi mengelakkan orang menuduh mereka, lebih baik mereka bentuk pemikiran rakyat dengan menuduh pihak lain terlebih dulu yang bertanggungjawab. Seorang pencuri terlebih dulu menuduh orang lain mencuri bagi mengelak dirinya disyaki sebagai pencuri sebenar. Ini antara muslihat sering digunakan pembangkang. Kerajaan merancang membina negara dan memastikan rakyat hidup sejahtera tetapi pembangkang merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan apa cara sekali pun. Tidak ada kerajaan yang sanggup merancang supaya negaranya diceroboh. Ini bukan cerita dongeng Ali Baba dengan 40 penyamun yang mana orang kaya meminta rumahnya dirompak untuk melarikan diri daripada hutang. Jika hendak menggulingkan kerajaan, ia datangnya daripada pembangkang. Ini ibarat dalam cerita Nujum Pak Belalang apabila penyamun berpakat dengan Raja Pasai untuk menyerang kerajaan Beringin Rindang.

Sumber Klik Sini