Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pembangkang. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Beza Pemimpin Barisan Nasional Dengan Pembangkang

Pemimpin BN mendokong rakyat yang sakit ke hospital, naik kereta sendiri.


Pemimpin PAS kena dokong rakyat sebab nak pegang jawatan sampai mati.


*Fikir-fikirkan.

Sumber: MyMassa

Usah lupa apa pembangkang telah lakukan...


SEMUA pengundi sudah dimaklumkan siapa lawan siapa dalam merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing. Selepas penamaan calon sebelah pagi Sabtu lalu, maka bermula secara rasmi kempen parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perang kempen calon berlarutan selama 15 hari dengan penamatnya pada 5 Mei ini. Pelbagai strategi dan pendekatan perang akan digunakan untuk memenangi hati pengundi.

Namun perkara yang paling dibimbangi ialah penggunaan strategi halus dan taktik kotor untuk memperdaya fikiran dan keputusan pengundi. Watak dan sikap itu boleh dilihat apabila calon-calon yang sebelum ini mengetuai tunjuk perasaan dan mendakwa serangan di Lahad Datu, Sabah awal Mac lalu sebagai konspirasi UMNO, mahukan kempen berjalan dengan bersih.

Calon, penyokong dan jentera pilihan raya parti-parti politik akan memancing undi dengan apa cara pun. Kalau taktik itu boleh meyakinkan pengundi dan menolak calon lawan, maka cara itulah akan digunakan.

Antaranya kata seorang rakan yang juga Timbalan Presiden Kelab Belia Nusantara, Abu Bakar Jalal, dalam ceramah-ceramah pakatan selepas penamaan calon baru-baru ini, mereka dilihat terus memainkan isu-isu pendidikan dengan mengatakan dasar pendidikan negara kerap berubah-ubah.

“Tindakan Menteri Pelajaran itu berdasarkan maklum balas orang ramai yang telah dijalankan melalui road show Pelan Pembangunan Pendidikan Negara di seluruh negara tahun lepas serta penerimaan memorandum beberapa NGO dan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Bukannya tindakan sesuka hati atau melulu.

“Ramai tokoh pembangkang yang terpelajar dan daripada kalangan profesional berkelulusan dari universiti dalam mahupun luar negara juga adalah bukti keberkesanan dasar pendidikan negara sejak merdeka," kata Abu Bakar yang juga penganalisis hubungan antarabangsa dan sejarah itu.

Selain daripada isu pendidikan, parti pembangkang juga berusaha mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan BN. Menjelang hari pengundian, cuba tanya pengundi, siapa yang tidak menerima risalah dan surat cinta daripada Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ramai yang sudah menerima kiriman surat mengandungi propaganda bahan kempen PKR dan Pas yang dipos ke rumah- rumah.

Dengan tema “Siapa sebenarnya pemimpin rakyat?" antara Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak, risalah itu cuba mengetengah kehebatan diri Anwar - baik tentang latar belakang mereka berdua, dasar ekonomi, rasuah dan hubungan antarabangsa. Apa yang dijanjikan dan dilaksanakan oleh Najib kepada rakyat Malaysia langsung dinafikan, yang didedahkan hanya fitnah.

Memang pilihan yang lebih baik untuk rakyat sudah jelas iaitu bukan Anwar.

Begitu juga dengan surat yang ditandatangani oleh Nik Aziz. Kepada pengundi, mesej ayat-ayat merayu oleh Tok Guru itu dan dakwaan kerajaan BN yang dipimpin Najib semua tak betul. Tindak-tanduk yang kerajaan ambil menzalimi rakyat. Itu sahaja gambaran yang diberi supaya pengundi percaya.

Tanpa rasa malu Nik Aziz mengajak pengundi melihat Kelantan yang sudah 23 tahun di bawah Pas. Entah dari mana pengiktirafan diterima yang mengatakan Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang negeri yang berprestasi cemerlang.

Di atas fakta mana Nik Aziz mengatakan hak rakyat dirampas, keselamatan rakyat terancam angkara jenayah yang menular, tekanan hidup yang memuncak dan pemberian hak kerakyatan secara berleluasa. Memang senang buat tuduhan dan fitnah kerana mahu orang percaya pada kata-katanya.

Dengan slogan “Ini kalilah" Nik Aziz minta pengundi menyumbang kepada misi Pas untuk melakukan perubahan di Putrajaya. Entah berapa banyak “Ini kalilah" Pas Kelantan hendak pengundi menyokongnya setelah lebih dua dekad memerintah negeri itu. Kalau ada perubahan di negeri yang dipimpin Nik Aziz itu pun bukan usaha Pas tetapi bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Catatan pada kain-kain rentang kempen pilihan raya pembangkang pun menggunakan taktik memujuk yang menyeru pengundi mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberi oleh BN tetapi undi beri kepada mereka.

Tanpa rasa muka tebal, apa sahaja pemberian atas nama 1Malaysia mahu dikautnya tetapi janji-janji pembangkang sendiri kepada pengundi tidak pula dipedulikan sama ada hendak ditunaikan ataupun tidak.

Hakikatnya pengundi tahun 2008 dengan pengundi 2013 adalah orang yang sama ditipu oleh pembangkang dan ditambah pengundi baharu. Apa pun, pengundi lama telah menerima pengajaran dan pengundi baharu dapat melihat sendiri corak pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang.

Pengundi sudah celik. Mereka boleh melihat dan berfikir dengan sebijak-bijaknya tentang kebenaran berdasarkan fakta.

Jadi tunggulah 5 Mei ini.

Monday, 15 April 2013

Gempur kubu kuat pembangkang


Hari ini, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kali ini pengumuman calon BN dibuat lebih awal berbanding amalan dalam PRU yang lalu. BN mungkin mempunyai alasan berbuat demikian. Pembangkang pula menamakan calon mereka oleh pemimpin parti itu dalam perhimpunan yang mereka anjurkan. Selepas mereka umumkan calon, terdengar suara daripada parti lain dalam pakatan pembangkang menyatakan tidak puas hati mereka terhadap calon dipilih. Jika ada calon parti pembangkang berlawan sesama sendiri dalam PRU kali ini, ia menggambarkan betapa celaru mereka.

Kriteria 'boleh menang' 
Calon BN dipilih daripada kalangan mereka yang ditakrif sebagai ‘boleh menang’. Kriteria yang ditetapkan oleh parti, bukan diri sendiri. Sebenarnya, dalam BN ramai calon yang boleh menang. Tetapi ada antaranya memilih untuk tidak mahu dicalonkan, tidak mahu bertanding lagi atas alasan tertentu, mahu memberi peluang kepada orang lain dan sebagainya. Namun, tidak dinafikan juga ada antara pemimpin BN yang tetap mahu bertanding walaupun tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh parti. Itulah sebabnya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa membuat kenyataan untuk memberi gambaran bahawa tidak semua mereka yang berminat menjadi calon akan dipilih. Jika tidak dipilih, tidak ada sebab perlu kecewa. Mereka yang dipilih sama ada bertanding di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah calon yang diputuskan oleh parti. Mereka adalah pasukan BN yang dipimpin oleh Najib. Ramai calon BN sudah pun menarik diri daripada pertandingan termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Begitu juga beberapa pemimpin kerajaan dan parti mengambil keputusan untuk berundur. Banyak lagi kejutan yang akan diketahui esok apabila Pengarah Pilihan Raya negeri yang kebanyakannya Pengerusi BN negeri membuat pengumuman calon Parlimen dan DUN di negeri masing-masing. Yang pasti, BN akan diwakili ramai muka baru berikutan penyandang Ahli Parlimen dan DUN, tidak bertanding. Berbeza dengan pemimpin tertinggi pembangkang yang boleh dikatakan semua mereka masih tidak mahu berundur selagi hayat dikandung badan. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang masih tidak mahu berganjak. Jika tidak selesa di tempat lama, mereka mencari kawasan baru. Jika sebelum ini mereka lantang mendesak pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri yang lalu meletak jawatan, hakikatnya mereka masih kekal menjadi calon. UMNO sudah mempunyai enam Presiden tetapi DAP masih diterajui orang yang sama. 

BN akan diwakili ramai muka baru berikutan penyandang Ahli Parlimen dan DUN, tidak bertanding. Berbeza dengan pemimpin tertinggi pembangkang yang boleh dikatakan semua mereka masih tidak mahu berundur selagi hayat dikandung badan.

Dalam PRU-13 ini, ramai berpendapat gelombang untuk BN bangkit sebagai sebuah kerajaan yang kuat, begitu dirasakan. Jika pemimpin pembangkang menggembar-gemburkan kononnya mereka yakin untuk mengalahkan BN, malah adalah mengatakan boleh menang 215 daripada 222 kerusi Parlimen, itu adalah semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong mereka. Jika mahu menerapkan psikologi untuk menang di kalangan pengikut, janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang mengarut. Keadaan sebaliknya, mungkin pula berlaku.

Dalam PRU kali ini BN tidak tidak mengambil sikap endah tak endah atau sambil lewa. Bagi BN, ini adalah ‘ibu kepada segala pilihan raya’ untuk membuktikan bahawa BN amat serius untuk memastikan pentadbiran kerajaan tidak terlepas kepada pembangkang. Malah, dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini pun, BN berlawan bersungguh-sungguh, inikan pula PRU.

Di kawasan yang dikatakan kubu kuat pembangkang, BN akan bertarung untuk menang, walaupun dengan kelebihan satu undi. BN tidak perlu memikirkan untuk menang dengan undi selesa di kawasan hitam. Apa pun, segala jentera mesti digerakkan dan semangat untuk menang, walaupun dengan satu undi di kubu kuat pembangkang, mesti ditingkatkan. Di kubu kuat pembangkang, menang dengan satu undi pun, adalah kemenangan yang besar.

Kebangkitan rakyat 
Bukanlah mustahil ada kerusi di kubu kuat pembangkang akan tumpas berikutan kebangkitan rakyat yang meluat melihat gelagat mereka kebelakangan ini. Di kerusi tradisi, BN boleh meningkatkan majoriti undi manakala di kubu pembang-kang, BN akan menggempur untuk memastikan kemenangan. Mereka mengundi BN untuk kesinambungan kerana percaya kemampuan kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Bagi rakyat pula, mereka jemu dengan wajah dan karakter pemimpin pembangkang yang sama bertanding dalam setiap pilihan raya. Setiap kali pilihan raya, orang yang sama berkempen mengatakan negara ini akan hancur jika BN terus memerintah, tetapi terbukti lebih lama BN menerajui negara, Malaysia menjadi bertambah makmur. Rakyat hairan mengapa kempen yang sama diulang setiap kali pilihan raya. Pembangkang kononnya mengajak rakyat untuk mengubah kerajaan. Hakikatnya, kerajaan sudah pun banyak berubah tetapi sikap pembangkang masih belum berubah. Menjadi pembangkang tidak susah kerana kerja mereka hanyalah membangkang apa saja. Pembangkang boleh bercakap dan mengkritik apa saja kerana mereka tidak menanggung bebannya. Kerajaan pula terpaksa memikirkan cara mana mahu membangunkan negara selain menghadapi cabaran dunia.

Sumber: Berita Harian

Sunday, 14 April 2013

Sejauh Mana CIA Berjaya Bantu Pembangkang?


AIDCNews – Pada 22 Mac 1967, akhbar The New York Times mendedahkan CIA (Central Intelligence Agency) merupakan dalang sebenar di sebalik sebuah yayasan bernama ‘The Asia Foundation’ (TAF).
“Pada tahun 1967 telah terbongkar bahawa badan itu (TAF) menerima dana daripada CIA. Victor Marchetti, Timbalan Pengarah CIA, membuat kenyataan kurang bijak dengan berkata bahawa TAF telah ditubuhkan oleh CIA dan sehingga tahun 1967 telah banyak subsidi daripadanya.
“Pada hari ini, model NED (the National Endowment for Democracy) dilihat sebagai kaedah lama CIA, berisiko, jadi pada tahun 1984, satu akta TAF telah digubal bagi membolehkan badan itu menerima dana daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS),” lapor sourcewatch.org.
Nile Bowie dalam tulisan bertajuk “Understanding US Funding to Malaysian Civil Society” mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan NED di mana beliau turut bergambar dalam Majlis Anugerah Demokrasi NED pada tahun 2007 bersama-sama Presiden IRI (Institute Republican Institute), Lorne Craner, Presiden NED, Carl Gershman, Presiden NDI (National Democracy Institute), Ken Wollack, dan lain-lain.
Namun, operasi NED sudah diketahui umum sebagai operasi CIA, maka sourcewatch.org melaporkan badan perisikan AS kini mula menumpukan perhatian terhadap TAF.
Surin Pitsuwan adalah salah seorang Ahli Pemegang Amanah TAF dan beliau juga sering dijemput Anwar menghadiri beberapa program di Malaysia termasuk menjadi salah seorang penceramah dalam program IKD (Institut Kajian Dasar).
Di Indonesia, TAF merupakan penaja utama kebangkitan Islam Liberal dan Pluralisme agama yang berselindung di sebalik NGO hak asasi dan masyarakat sivil.
Salah satunya adalah NGO bernama Jaringan Islam Liberal (JIL).
“Dengan bantuan dari agensi-agensi pembiayaan seperti The Asia Foundation, JIL dapat menyuarakan fahaman liberal, aspirasi dan tafsiran Islam secara toleran di Indonesia,” lapor wikipedia JIL.
Portal Indonesia, voa-islam.com mendedahkan sekurang-kurang 44 NGO di negara itu telah ditaja TAF.
“Kemudian di antara pendokong-pendokongnya ada yang menghalalkan homoseks seperti Musdah Mulia, dan membela aliran sesat Ahmadiyah seperti Azyumardi Azra, ” lapor voa-islam.com.
Sumber: AIDC

Pembangkang 'mabuk' dengan retorik angka


AGAKNYA sudah jadi tabiat pembangkang dengan meletakkan gambar hadirin yang datang dalam setiap ceramah mereka di laman sosial mahupun blog sebagai tindakan terdesak, kononnya mereka kini semakin popular berbanding Barisan Nasional (BN).

Tetapi, jangan tertipu dengan jumlah angka yang dinyatakan itu kerana ia bukan menunjukkan sokongan sebenar pengundi kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, kerana lebih ramai yang tidak hadir dan senang duduk di rumah sebenarnya sudah bersedia untuk mengundi BN.

Mereka mahu tulis apa pun boleh, termasuk menyatakan orang Melayu di Melang dekat sini sudah menyokong mereka melalui apa juga slogan, motto dan visi yang hendak disampaikan tetapi hakikatnya perlu diketahui yang datang itu juga sekadar mahu berhibur mendengar caci-maki dan tohmahan yang dilontarkan oleh pemimpin pembangkang itu terhadap UMNO dan BN.

Percayalah, ada orang yang datang itu mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin pembangkang yang hadir itu berhubung penyebaran video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanan Pas.

Malah ada juga yang datang itu mahu mendengar penjelasan mengenai isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang kini berhadapan tindakan tegas pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), begitu juga isu moral dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malangnya semua itu tidak diceritakan oleh pemimpin pembangkang yang berceramah di Melang, dekat Kuala Pilah malam tadi, sebaliknya pengunjung dibawa bertepuk tangan dan berseronok apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercerita kisah lama yang tak pernah berubah antaranya rasuah, 'lembu', kroni, tindas rakyat yang mana kesemuanya itu diletakkan di bahu UMNO dan BN.

Maka apa hendak dikisahkan sangat kalau pun mereka menyebut yang datang itu 100,000 orang atau satu juta orang kerana pengundi tegar BN yang sedang berehat di rumah adalah lebih ramai daripada angka yang ditulis mereka, sehingga membuatkan pemimpin pembangkang merasa boleh tidur nyenyak.

Persepsi angka ini adalah elemen kegemaran parti pembangkang lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin DAP, yang seronok memaparkan jumlah kehadiran seolah-olah 'dunia ini mereka yang punya' sedangkan penjadualan undi dalam pemilihan CEC parti sendiri pun mereka boleh silap.

Hakikat sebenar, pembangkang hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya tidak mampu untuk memperdaya rakyat 100 peratus untuk mempercayai mereka.

Rakyat hari ini tahu dan selesa betapa BN sudah banyak berjasa kepada mereka dan hanya segelintir yang terlalu taksub dan percaya dengan pemimpin pembangkang akan tetap membuat tohmahan, kecaman dan kejian terhadap keihklasan BN mensejahterakan hidup rakyat.

Oleh itu, nampak gayanya persepsi angka ini sudah menjadi sebahagian 'tasbih' pembangkang dan esok atau lusa, mereka akan menunjukkan pula angka yang lebih besar dengan peta Malaysia ini diwarnakan dengan warna mengikut 'roket' yang sedang menuju ke bulan, sementara 'mata' terbeliak memerhatikannya.

Biarpun pelbagai angka yang ditulis pemimpin pembangkang dalam blog dan laman sosial lain untuk menyatakan kehadiran penyokong yang ramai itu, hakikatnya jumlah sebenar gagal mereka bentangkan kerana tida sebarang rekod kedatangan diambil daripada penyokong.

Malahan, tidak diketahui juga adakah yang hadir itu semuanya datang dari Kuala Pilah atau lebih ramai penyokong yang datang berduyun-duyun melalui jalan baharu Bukit Putus dengan jambatan kedua tertinggi di Malaysia (48 meter), satu projek kerajaan BN.

Sepatutnya Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain datang ke Kuala Pilah tahu berterima kasih dengan kerajaan BN kerana adanya jambatan itu yang membolehkan penyokongnya turut serta dalam ceramah di Melang, malam tadi.

Justeru, janganlah terlalu 'mabuk angka' kerana ia tidak menunjukkan langsung sokongan rakyat negara ini terhadap pembangkang dan eloklah dihentikan permainan retorik dan menumpukan kepada manifesto yang dijanji pada tahun 2008 sebelum berlagak untuk bercakap soal manifesto pembangkang pada PRU-13 ini. - UTUSAN ONLINE

Friday, 12 April 2013

Pembangkang tandus isu raih simpati rakyat Melaka


SEJAK khabar angin mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan Jun tahun lalu, pakatan pembangkang tidak duduk diam dan bercita-cita tinggi ingin menawan Melaka.

Seperti mana kejayaan pembangkang merampas tampuk pemerintahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak sekadar 11 bulan pada pilihan raya umum 2008, begitulah hajat menggunung mereka ingin merampas Melaka kali ini.

Berdasarkan rekod lalu, hanya DAP sahaja yang sering memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pas pula sering berputih mata biarpun mereka adalah parti yang paling banyak bertanding di peringkat DUN.

Bagi DAP pula mereka mengharapkan Pas untuk meraih banyak kerusi DUN bagi melengkapkan dua pertiga kemenangan iaitu sekurang-kurangnya 18 kerusi untuk memerintah Melaka.

Tetapi hakikatnya sejak merdeka hingga kini walapun tsunami politik melanda pada 2008, Pas dilihat sukar menembusi benteng kuat orang Melayu yang setia pada UMNO hingga gagal memenangi sebarang kerusi.

Pun begitu, pada PRU-13 ini, Pas akan bertanding di 13 kerusi DUN, PKR tujuh dan DAP pula lapan kerusi. Itulah yang sering diumumkan dalam setiap ceramah mereka.

Bagaimanapun, pakatan pembangkang di negeri ini masih bercelaru untuk memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding.

Jika melihat kehadiran penyokong pada setiap kali ceramah-ceramah yang diadakan di setiap pelosok Melaka, hakikatnya Pas ataupun PKR dilihat sukar menembusi benteng ampuh UMNO.

Bagi DAP pula, mereka hanya bertanding di kawasan yang majoritinya berbangsa Cina terutama melibatkan calon-calon BN dari MCA, Gerakan dan PPP.

Justeru, bagi pembangkang cara terbaik untuk memenangi hati rakyat di Melaka ialah melalui ceramah-ceramah dengan menabur fitnah selain menafikan pencapaian Melaka di bawah pentabdiran BN.

Mengikuti setiap ceramah pembangkang, mereka sekadar melaungkan cakap-cakap kosong dan cuba memperbodohkan rakyat Melaka yang hidup selesa dengan segala kemudahan serta limpahan ekonomi terutama dalam sektor pelancongan.

Boleh dikatakan ceramah mereka sangat-sangat membosankan hingga ia menggambarkan pembangkang sudah ketandusan isu untuk memenangi hati rakyat.

Setiap ceramah pembangkang sama ada Pas, PKR atau DAP, lirik dan melodinya sama sejak Jun tahun lalu hingga sekarang. Ini kerana apa yang didendangkan di pentas ceramah berkisar perkara yang sama.

Isu-isu lapuk yang sering didendangkan pembangkang berkaitan apa sahaja produk pelancongan yang dibawa Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, pastinya mereka mengatakan ia tidak menguntungkan selain ada projek dilabelkan sebagai 'gajah putih'.

Para pemimpin pembangkang di negeri ini nyata mahu menyembunyikan fakta betapa Melaka menjadi tumpuan pelancong setiap cuti hujung minggu dan cuti umum.

Golongan peniaga, pengusaha hotel, pemandu teksi, penarik beca, penjual cenderamata, restoran, kedai makan dan sebagainya tersenyum lebar dengan limpahan rezeki yang mereka nikmati ekoran limpahan pelancong dari dalam serta luar negara yang berkunjung ke Melaka.

Pembangkang lupa, rakyat bukan buta hati dan mata hingga ingin sanggup menelan apa sahaja tohmahan yang mereka lemparkan terhadap BN yang berjaya membangunkan Melaka. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, 9 April 2013

Betul Ke Manifesto BN Tiru Mnifesto Pembangkang?


Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat – #manifestoBN


najibrazak540px_14
Oleh Ab Jalil Backer Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihatwww.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.  Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:
Dakwaan 1
Harga kereta
Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

 Fakta: 
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2
 Dasar Perumahan
Manifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?
 Dakwaan 3
Keretapi laju
Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
FAKTA
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4

Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

FAKTA:

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)

Dakwaan 5
Royalti Petroleum
 Manifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Fakta

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.  (Lihat berita harakahdaily:
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6
Permit Teksi
Manifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.
Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%). Pada 11 Julai 2009, PM telah umum dasar  untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.
Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?
Dakwaan 7
“Pengkalan” data
Manifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.
Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?
Dakwaan 8
Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Fakta
Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?
Dakwaan 9
Pakej penggajian baru
Manifesto rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji

Fakta
Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.
Kesimpulan

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.


Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Sumber; mykmu

Sunday, 17 March 2013

Tun Musa Hitam Sokong Pembangkang???


Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga? 
Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga.  Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program 'Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini. 
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’. Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya. 
Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.