Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

PRU-13: Senarai Penuh Calon BN Negeri Kedah


ALOR SETAR 16 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman itu dibuat di Wisma Persekutuan Anak Bukit di sini kira-kira pukul 11 pagi.
Senarai calon berkenaan ialah:

P4 LANGKAWI - Datuk Nawawi Ahmad
N1. AYER HANGAT - Mohd. Rawi Abdul Hamid
N2. KUAH - Nor Saidi Nayan (baharu)
P5 JERLUN - Datuk Othman Aziz
N3 KOTA SIPUTEH - Datuk Abu Hassan Sharif
N4 AYER HITAM - Datuk Mukhriz Tun Mahathir
P7 PADANG TERAP - Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 KUALA NERANG - Badrol Hisham Hashim (baharu)
N8 PEDU - Kama Noriah Ibrahim (Baharu)
P8 POKOK SENA - Datuk Shahlan Ismail (baharu)
N9 BUKIT LADA - Datuk Ahmad Lebai Sudin
N10 BUKIT PINANG - Mokhtar Mohd. Nor (baharu)
N11 DERGA - Dr. Cheah Soon Hai
P9 ALOR SETAR - Datuk Seri Chor Chee Heung
N12 BAKAR BATA - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah
N13 KOTA DARULAMAN - Loh Gim Hui (baharu)
N14 ALOR MENGKUDU - Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (baharu)
P10 KUALA KEDAH - Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid (baharu)
N15 ANAK BUKIT - Datuk Hashim Yahya
N16 KUBANG ROTAN - Datuk Latt Shariman Abdullah (baharu)
N17 PENGKALAN KUNDOR - Noor Hasita Mat Isa (baharu)
P11 PENDANG - Datuk Othman Abdul
N18 TOKAI - Najmudin Darus (baharu)
N19 SUNGAI TIANG - Datuk Suraya Yaacob
P12 JERAI - Datuk Seri Jamil Khir (baharu)
N20 SUNGAI LIMAU - Fadzilah Mohd. Ali. (baharu)
N21 GUAR CHEMPEDAK - Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail (baharu)
N22 GURUN - Dr. Leong Yong Kong (baharu)
P13 SIK - Dr. Mansor Abdul Rahman (baharu)
N23 BELANTEK - Datuk Mohd. Tajudin Abdullah
N24 JENERI - Mahadzir Abdul Hamid (baharu)
P14 MERBOK - Prof Dr. Ismail Daud (baharu)
N25 BUKIT SELAMBAU - M. L. Maran (baharu)
N26 TANJONG DAWAI - Datuk Tajul Urus Mat Zain
P15 SUNGAI PETANI - Shamsul Anuar Ismail (baharu)
N27 PANTAI MERDEKA - Ali Yahya (baharu)
N28 BAKAR ARANG - Lee Yean Wang (baharu)
N29 SIDAM - Bee Sieong Heng (baharu)
P16 BALING - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
N30 BAYU - Datuk Azmi Che Husain
N31 KUPANG - Harun Abdul Aziz (baharu)
N32 KUALA KETIL - Mohd. Khairul Abdullah (baharu)
P17 PADANG SERAI - Datuk Heng Seai Kie
N33 MERBAU PULAS - Datuk Marlia Abdul Latif (baharu)
N34 LUNAS - S. Ananthan
P18 KULIM/BANDAR BAHARU - Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
N35 KULIM - Chua Thiong Gee (baharu)
N36 BANDAR BAHARU - Nor Sabrina Mohd Noor (baharu)
P6 KUBANG PASU - Datuk Johari Baharom
N5 BUKIT KAYU HITAM - Datuk Ahmad Zaini Jaafar
N6 JITRA - Aminuddin Omar (baharu)
- UTUSAN ONLINE

Saturday, 6 April 2013

Kalah menang pilihan rakyat kena terima


Pembubaran Parlimen telah diumumkan Rabu lepas. Macam biasa, menjelang pilihan raya umum banyaklah janji dan ikrar dibuat, projek diumumkan dan sagu hati dibagi. 

Boleh kata semua pihak yang bertanding akan buat janji dan bagi habuan. Yang berbeza hanyalah cara dan sebesar mana sagu hati yang dibagi. Yang berkuasa tentulah bagi lebih banyak daripada yang tak berkuasa atau yang kurang kuasa. Tapi bagi tetap bagi. Biasalah tu. 

Tapi amalan bagi sagu hati dan janji projek ni jarang dibuat di negara-negara maju sebab majoriti rakyat mereka senang dan tinggi pula pelajaran. Jadi susahlah sikit nak guna kaedah macam itu. Insya-Allah, kalau kita kerja kuat, kerja pintar, telus, tak menipu dan tak rasuah, negara kita pun boleh maju macam Jepun, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Eropah. 

Kita kena ingat dan amalkan balik nasihat pemimpin-pemimpin kita masa lalu supaya kita bekerja kuat sampai boleh berdikari. Bila kita berjaya dan berdikari, barulah kita boleh tegur dan kritik pemimpin. Tapi kalau kita tak boleh berdikari apatah lagi kalau kita bergantung kepada orang lain, kita tentulah tak boleh tegur atau kritik orang itu. Silap-silap kena buang kerja atau kena tarik balik projek. 

Undi untuk kebaikan 

Sistem pilihan raya di negara-negara maju cukup canggih dan demokratik sampai ada negara yang rakyatnya keluar mengundi dua atau tiga tahun sekali. Setiap empat atau lima tahun mereka keluar mengundi pilih kerajaan. Tapi di sesetengah negara, mereka keluar mengundi dalam pungutan suara boleh kata setiap tahun. 

Mereka juga mengundi dalam pilihan raya kerajaan tempatan. Kita pun pada awal merdeka ada pilihan raya kerajaan tempatan tapi dimansuhkan. 

Di negara macam Switzerland, mereka buat pungutan suara kadang-kadang sampai dua kali setahun. Tak macam pilihan raya umum di mana kita pilih wakil, dalam pungutan suara kita undi isu. Misalnya, pada 3 Mac lalu rakyat Switzerland mengundi dalam pungutan suara untuk sekat gaji eksekutif sektor swasta. Dekat 68% setuju bagi kuasa kepada pemegang saham untuk sekat gaji eksekutif yang melampau-lampau. 

Orang Swiss dah meluat dengan eksekutif atasan sektor swasta yang tuntut atau dibagi gaji, dividen dan pampasan beratus juta ringgit walaupun syarikat mereka tak maju dan pekerja kena buang. 

Sebelum itu, pada 2009, mereka mengundi untuk sekat masjid daripada mendirikan menara. Setahun kemudian mereka mengundi untuk buang negeri orang asing yang lakukan jenayah, tak kira membunuh atau tipu tuntutan insurans. Mereka mengundi untuk kebaikan negara mereka. 

Tapi Kunta Kinte sedih pasal di negara kita ada orang yang nampaknya sanggup buat kerja yang boleh ancam keselamatan negara dan rakyat jelata semata-mata kerana kemaruk kuasa. 

Jauhi malapetaka 13 Mei 

Macam mana pun Kunta Kinte gembira dan taruh harapan tinggi yang pilihan raya umum kita tak lama lagi berjalan dalam keadaan aman, teratur dan bertamadun. 

Kunta Kinte gembira dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, masa umum bubar Parlimen yang kerajaan akan hormati kehendak pengundi dan jamin peralihan kuasa yang lancar sekiranya terjadi perubahan. 

Kenyataan Perdana Menteri itu disambut baik oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Dia mengalu-alukan jaminan Najib dan berjanji akan patuhi pilihan rakyat jelata sekali pun Pakatan Rakyat gagal rampas Putrajaya. 

Macam kata pepatah, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang cakapnya. Jadi marilah sama-sama kita berdoa dan berharap agar pemimpin-pemimpin kita, tak kira daripada belah mana, akan kotakan apa yang mereka kata. 

Kita minta Allah Taala jauhkan malapetaka macam tragedi 13 Mei 1969 sebab bila gajah dengan gajah berperang yang mati terpijak adalah kancil. Yang susah rakyat jelata. Pemimpin dijaga dan dikawal polis. Orang kaya boleh lari ke luar negara. Yang tinggal adalah rakyat jelata yang tak dikawal dan tak boleh lari ke mana-mana. 

Tangkap dan sumbat 

Yang bertanding pilihan raya tu kenalah hormat undang-undang dan peraturan. Kalau tak hormat atau tak percaya undang-undang jangan bertanding. Boleh boikot macam berlaku di banyak negara. 

Tapi kalau bertanding, menang atau kalah kena terima hakikat. Kalau tak puas hati, boleh buat petisyen atau bawa ke mahkamah. Jangan bila menang, pilihan raya telus tapi bila kalah, pilihan raya tipu. 

Kunta Kinte kutuk sesiapa saja yang bawa kes pilihan raya ke jalan raya. Minta maaflah kalau Kunta Kinte kata, orang macam itu kita tangkap dan sumbat dalam penjara saja. Habis cerita. Wallahualam. 

Sumber: Berita Harian

Thursday, 4 April 2013

Ayuh Rakyat Kedah "Save Kedah"


Barisan Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi "Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.
Meniti saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.
PAS Kedah Bergolak
Umum sudah maklum tentang konflik berpanjangan antara MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi. Menghampiri PRU-13, puak-puak penyokong dilihat melobi untuk memastikan pengaruh mereka masih kuat dan difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang tetap bertegas untuk bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh antara puak penyokong kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN umpamanya di Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan Kuala Kedah. Perkembangan semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian berlakunya sabotaj dan protes sesama ahli PAS di Kedah.
PKR, DAP Tunjuk Hebat
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan lagak kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi negatif dari Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR adalah tidak sah. Ini kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP Kedah. Begitu juga, di DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama PKR dan DAP bertindih tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak akan teragak-agak untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru antara DAP-PKR-BN.
PKR Buat Masalah Lagi
Jentera PAS dan DAP di Kedah sudah 'lali' dengan kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya, PKR Kedah tidak banyak membantu pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar umbi sebagai lemah dalam aspek jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan calon dan merebut kerusi di Kedah, kelompok mereka adalah yang terawal. Pada ketika, DAP Kedah masih menunggu kata putus pimpinan tertinggi, begitu juga kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar, datang Anwar Ibrahim dengan yakin melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi yang menjadi rebutan.Tidak cukup dengan penyebaran di media maya tentang pergaduhan antara penyokong calon PAS dan PKR di kawasan Alor Semadom.
Kemelut meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah seharusnya dijadikan iktibar rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat wajar menilai ;
1) Apa makna 'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun isu pertelagahan melibatkan pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh cukup kritikal membelenggu 'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran berdepan pelbagai isu, hendak membahagi kerusi pun cukup lemah.
2) Kenapa teruja mereka berebut? Masing-masing sedang selesa dengan pengaruh dan mahu bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama mereka. Akibatnya, lebih elok berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang sedang alpa dalam kuasa seeloknya diberikan pengajaran.
Sahabat di Kedah,
5 tahun tempoh panjang sudah melalaikan pimpinan dan jentera PR Kedah di pundak kuasa dan pengaruh.
5 tahun tempoh panjang sudah mematangkan rakyat penduduk Kedah melakukan penilaian sebaik-baiknya.
5 tahun mendatang, demi masa hadapan pada sebuah negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN semestinya Pilihan Rakyat Kedah.
Dedikasi buat PR Kedah, Terima Kasih kerana 'konflik kalian' membantu menjayakan Misi "Save Kedah" !
Oleh:hulubalangKANAN

Wednesday, 27 March 2013

PAS Kedah Bakal Di Kenakan Tindakan Mahkmah

Penipuan Pembinaan 12 Masjid, PAS Kedah Bakal Di Kenakan Tindakan mahkmah- Badrul Hisham Hashim




Alor Setar 25/03 - Di Sebabkan inginkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera, Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim hari ini telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .

Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.

Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.

Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.