Monday, 1 April 2013

Senjata Paling Banyak Membunuh Manusia


Bila anda main games peperangan seperti CS, COD dan MW dan lain-lain, pernah tak anda perasan dan kenal dengan senjata ini. AK-47 merupakan senapang automatik yang paling terkenal di seluruh dunia.

Sehingga ke hari ni kira-kira 75 hingga 100 juta laras senapang ini telah tersebar di seluruh dunia. Tidak diketahui bilangan sebenar yang dihasilkan kerana kos pembuatannya sangat murah dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak di negara Kesatuan Soviet dari zaman dahulu lagi, ada negara-negara di Afrika menghasilkan sendiri senjata AK-47. Tidak hairan lah jika senjata ini menerima gelaran "senjata pemusnah paling dasyat di seluruh dunia". Walaupun hingga kini AK-47 menerima pelbagai pengubahsuaian dan variasi model, tetapi secara keseluruhan AK-47 ini tidak mengalami perubahan drastik pada konsepnya yang asal.



AK-47 digunakan oleh pelbagai golongan, dari pasukan Taliban, tentera di banyak negara seperti China, Vietnam, Afrika, Gerila Tamil Elam, sehingga anggota mafia termasuk pengedar dadah di Amerika Selatan seperti Mexico dan Colombia. AK-47 telah banyak memuntahkan peluru sehingga mengakibatkan 2.5 juta kematian umat manusia diseluruh dunia setiap tahun.

AK-47 sejak dari dulu memang terkenal sebagai sebuah senapang automatik yang sangat mudah dikendalikan. Bentuknya yang sederhana namun ketahanan lasaknya diyakini. Senapang ini cepat memuntahkan banyak peluru setiap saat. Senjata ini juga mudah dikendalikan oleh kanak-kanak dan kebanyakan konflik yang berlaku di seluruh dunia buat masa kini menggunakan senjata AK-47 ini. 

Mudah untuk dikendalikan menyebabkan senapang ini sentiasa menjadi pilihan tentera kanak-kanak untuk digalas di Afrika dan Amerika Selatan. Unicef menentang habis-habisan organisasi atau pertubuhan yang memperalatkan kanak-kanak dalam konflik peperangan seperti yang berlaku di Afrika, Afganistan dan Iraq.





Mikhail Kalashnikov
pencipta senapang AK-47

Kemelut Air Selangor: Fakta, Punca Dan Putar Belit Siapa?

Kemelut Air Selangor: Fakta, Punca Dan Putar Belit Siapa?

Anda sudah lihat klip video di bawah?

Penulis yakin, tidak ramai antara kita yang pernah menontonnya kerana kurang berminat dengan penerangan fakta sebenar dan apa yang kita mahu ialah air paip di rumah kita sentiasa menyalurkan air bersih tanpa sebarang gangguan.
Peristiwa awal tahun 2013 lalu di mana lebih 500,000 pengguna terputus bekalan air, penulis yakin ada di kalangan kita yang menyumpah-nyumpah syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, sebukan?
Benarkah segala fakta yang dikatakan Kerajaan Selangor melalui Exco-exconya? Kenapa sehingga ke hari ini masih terdapat tempat-tempat yang terputus bekalan air?
Sebenarnya, segala fakta yang dipaparkan oleh rakaman video tersebut telah berkali-kali disiarkan oleh media di negara ini, termasuk Mynewshub.my.
Kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sering menyalahkan SYABAS dalam hal kekurangan dan gangguan bekalan air di negeri termaju itu. Kalau tidak ada air, teruk SYABAS “dibelasah” siang dan malam oleh para pemimpin politik itu.
Mereka mendakwa SYABAS gagal memberikan khidmat yang baik dan tidak cekap. Paling utama, Khalid sendiri menyalahkan syarikat itu setiap kali berlaku gangguan air kerana tidak boleh mengurus air dengan baik.
Dalam youtube ada sebut “dibawah undang-undang, kerajaan Selangor wajib
1. Memastikan air mentah cukup
2. Memastikan air sungai bersih
3. Membina loji rawatan baru
4. Memastikan air bersih cukup
Tugas Syabas hanya mengagihkan air bersih yang dibeli….. Walaupun kerajaan Selangor cakap, empangan melimpah, lombong banyak, hujan setiap hari, tidak bermakna tidak bermakna air terawat juga melimpah. Rakyat perlukan air bersih bukan air Sg Klang.
Serupa seperti kalau kilang roti (proses air) hanya mampu keluarkan 1,000 buku roti, jadi kedai runcit (agih air) hanya mampu jual 1,000 buka roti saja. Kalau orang (pengguna) yang nak beli roti ada 1,500 orang, mesti ada yang tak dapat nak beli roti walaupun boleh bayarkan.
Dipersalahkan Syabas gagal mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW) di Selangor dan Lembah Klang.
Kononnya kerana itulah rakyat menghadapi gangguan bekalan air setiap hari.
Tapi, tahukah kita bahawa Kerajaan Negeri Selangor yangwajib menyediakan sumber air yang mencukupi?
Khalid juga perlu memastikan sumber air tersebut bersih, membina loji rawatan baru sekiranya diperlukan dan menyediakan bekalan air bersih yang cukup sebelum disalurkan oleh SYABAS. Saya yakin, ramai di kalangan kita yang tidak tahu tentang fakta-fakta ini.
Untuk pengetahuan umum, sumber air di Selangor kini sudah diparas kritikal di mana permintaan yang terlalu tinggi dari para pengguna ekoran pertumbuhan ekonomi dan sosial yang pesat di negeri termaju itu.
Masalahnya, Kerajaan Negeri sehingga kini masih gagal selesai isu kekurangan bekalan air ini. Asyik mengatakan yang Selangor tiada masalah air. Kalau sekarang sudah rasa bahang-bahang krisis air, macam mana 2 tahun lagi?
Apa yang Kerajaan Negeri Selangor buat dan usahakan untuk mengatasi masalah tersebut selain menuding jari pada pihak lain sedangkan tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh mereka?
Paling “misteri”, Khalid enggan membenarkan loji rawatan air baru, Langat 2, dibina di negeri itu meskipun kajian pakar menunjukkan bahawa loji yang menerima sumber air dari Pahang itu sangat diperlukan bagi menampung permintaan bekalan air di Selangor.
Sudahlah Kerajaan Pakatan Rakyat tolak pembinaan loji Langat 2, sumber air baru untuk rakyatnya pun dinafikan dan dengan “muka tembok” mereka tuduh pula projek binaan loji itu diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional (BN). Nak bina loji air pun perlu dipolitikkan juga, kah?
Fakta menunjukkan rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 4,508 juta liter sehari (JLH). Sedangkan jumlah air yang mampu dirawat hanyalah 4,546 JLH dan mempunyai baki 38 JLH sahaja untuk kegunaan di waktu kecemasan.
Jadi dengan 38 JLH itu, apakah ia mencukupi untuk dibekalkan sekiranya berlaku kecemasan? Kalaulah loji Langat 2 dibina, maka ia dijangka mampu menampung kekurangan jumlah air terawat itu, bukan?
Bila ditekan begitu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor beralih topik dan menuduh SYABAS “gagal” mengurangkan kadar peratus NRW. Padahal, fakta dan rekod menjelaskan bahawa syarikat itu berjaya mengurangkan kadar NRW sebanyak 11 peratus selepas beroperasi selama dua tahun!
Kerajaan pimpinan Khalid itu mendakwa pengurangan NRW sebanyak 10 peratus mampu menjimatkan air sebanyak 500 JLH. Kalau sejak 2008 lagi dibekukan CAPEX SYABAS, bukankah ini seperti menafikan hak rakyat kepada air terawat? Berapa banyak air terawat telah Khalid bazirkan melalui NRW selama 5 tahun pemerintahannya?
CAPEX sangat penting untuk sesebuah syarikat konsesi air yang memerlukan jumlah modal yang besar, khususnya untuk menyelenggara operasi industri air terutamanya mengurangkan kadar NRW di negeri maju seperti Selangor.
Kos untuk kurangkan kadar peratus NRW adalah RM7.2 bilion, manakala kos untuk membina loji Langat 2 hanya berjumlah RM6.3 bilion. Takkanlah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak tahu membezakan kos mana yang lebih tinggi dan membazir wang rakyat?
Mungkin malu kerana “putar belit” mereka berjaya dihidu, kerajaan pimpinan Khalid itu tetap menyalahkan SYABAS walaupun mereka tidak punya alasan yang kukuh. Kononnya SYABAS tidak cekap menguruskan penyaluran bekalan air.
Apabila modal SYABAS dibekukan, sudah tentu operasi syarikat itu akan terjejas. Dan sekiranya operasi syarikat itu terjejas maka tidak hairanlah jika rakyat Selangor dan Lembah Klang yang menjadi mangsa “sabotaj” itu, bukan?
“Letih” diasak kritikan atas ketidakcekapannya menguruskan kemelut air Selangor, Khalid “menyebokkan diri”dengan penstrukturan semula air di Selangor. Padahal tindakan itu bukannya mampu mengatasi masalah gangguan bekalan air pun!
Padanlah ratusan ribu rakyat Selangor bangkit marah dan bertindak menyaman Khalid serta Kerajaan Negeri Selangor sejak akhir-akhir ini. Mungkin mereka sudah serik dengan Menteri Besar yang dikatakan lebih banyak “berceramah politik” berbanding menyelesaikan masalah rakyat.

Sumber: MyNewsHub

Pesawat Tidak Boleh Terbang Kerana Penumpang Gemuk



Kerana seluruh penumpang pesawat berbadan gemuk membuat pesawat ini tidak boleh terbang lerana kelebihan berat maksimum yang diangkut pesawat.

Ada sebuah kejadian unik pada pesawat easyJet dengan tujuan penerbangan dari Liverpool ke Geneva pesawat ini tidak boleh terbang kerana kelebihan berat, namun kelebihan berat yang dialami pesawat bukan dari barang yang dibawa melainkan dari penumpang pesawat yang hampir seluruhnya berbadan gemuk.

Setidaknya pesawat easyJet  kelebihan beban 300 kg hal ini membuat pesawat kesulitan untuk terbang dan bila pilot tetap menerbangkan pesawat boleh saja pesawat ini akan mengalami kecelakaan penerbangan.

Agar pesawat tetap boleh terbang akhirnya pilot meminta beberapa penumpang pesawat yang memiliki badan gemuk untuk turun tentunya pilot akan mebayar mereka dengan wang 100 Poundsterling, namun sepertinya imbalan wang 100 Poundsterling tadi  kurang para penumapang pesawat tidak ada yang mahu turun mereka mahu turun jika wang ganti rugi yang diberikan sebesar 200 Poundsterling per Orang.

Agar penerbangan tetap berjalan maka Petugas syarikat berusaha mengumpulkan wang dengan mengelilingi kabin hingga jumlahnya cukup agar empat lelaki mahu turun. Sejumlah penumpang juga ikut membantu mengeluarkan wang dari sakunya.

Akhirnya  4 orang penumpang berbadan gemuk mau turun mereka dipindahkan ke Birmingham dan menempatkan pada penerbangan ke Geneva yang tiba di London pada pukul 14.30 waktu setempat.

Sementara itu, easyJet mengatakan dalam sebuah pernyataan: “easyJet dapat mengkonfirmasi bahwa penerbangan EZY7279 dari Liverpool – Geneva melebihi batas aturan berat badan kerana proporsi yang sangat tinggi dari penumpang laki-laki dan kelebihan bagasi”.

“Relawan diminta untuk turun dan easyJet menawarkan biaya kompensasi 100 Poundsterling dan penerbangan alternatif. Empat relawan datang dan penerbangan tak lama kemudian berangkat”.

“Sejauh ini kami tidak membuat aturan lain di antara penumpang. easyJet mempunya kebijakan untuk menangani situasi ini. Sehingga penumpang tidak perlu mengambil tindakan semacam itu”.

Video:Pengakuan Dua Pelacur Muda Yang Mengaibkan Pas Kelantan





Semalam kita dikejutkan dengan laporan muka depan NST tentang kisah yang berlaku di negeri yang Pas banggakan sebagai serambi Mekah. Versi online boleh dibaca di sini



Selama tiga hari wartawan berkenaan melakukan misi khasnya bagi mengorek keluar bau-bau busuk yang berselindung disebalik jubah dan ketayap orang-orang Pas Kelantan . Akhirnya keluarlah habis dari kisah disko kepada pil kuda hinggalah kepada pelacuran. Pakej yang semua lengkap ada di bumi yang Pas agung-agungkan dibawah pemerintahan seorang tok guru. 



Sana sini Pas pergi kelentong orang tentang bagaimana syumulnya islam dibawah pemerintahan Pas Kelantan. Nak tipu orang Pas yang dapat pitis ladang rakyat RM 200 sebulan bolehlah.....Nak tipu kami....hi...hi...hi....minta maaf lah. 



Tuan,puan, saudara,saudari yang dihormati sekalian.....



Ewahhhhhh.....hari ini rasa nak berceramah pula.....



Masuk tahun ini sudah 23 tahun Pas memerintah Kelantan dan 23 tahun juga Nik Aziz menjadi MB Kelantan. Opssss....tempoh Nik Aziz jadi MB sudah melebihi tempoh Tun M jadi PM. Tak nak letak jawatan ke ? Dulu kalut sangat nak suruh Tun M letak jawatan. 



Asal sebut Kelantan orang ingat Pas.....asal ingat Pas orang ingat Nik Aziz.....Asal ingat Nik Aziz orang ingat ulama.....Asal ingat ulama orang ingat alim.....yang sebenarnya orang tak tahu. Orang alim tak memfitnah, tetapi Kelantan lubuk segala fitnah. Sebab apa Kelantan lubuk ? Sebab Pas kuat....di mana ada Pas di situ ada fitnah. Lagi kuat Pas di sesuatu tempat lagi kuatlah fitnah di tempat itu. 



Tempoh 23 tahun bukanlah suatu tempoh yang pendek. Ianya sama dengan satu generasi. Jika seorang bayi itu dilahirkan ketika Pas mula-mula memerintah Kelantan, maka hari ini bayi itu telah berusia 23 tahun dan dia sudah boleh dapat anak. Itulah saya nak gambarkan kepada anda betapa lamanya 23 tahun. 



Pas kata Umno tolak islam habis punah ranah rakyat dan negara. Berilah peluang kepada Pas perintah dan Pas akan ubah segala-galanya serta akan meletakkan islam di tempat yang sebenar. Hari ini dah 23 tahun apa islam yang Pas buat yang boleh dibanggakan di Kelantan ? Stadium islam kah ? 



Jom layan video ini....


Laporan NST semalam serta video diatas telah menjawab segala-galanya. Saya tak perlu ulas panjang lagi.Selama 23 tahun beb.....bukan 5 tahun, bukan 10 tahun tapi 23 tahun. Kalau 23 tahun pun masih gagal itulah maknanya Pas sebuah parti yang gagal. Yang mereka tahu hanya temberang. Sepatutnya dibawah pimpinan ulama selama 23 tahun hari ini semua lokap-lokap polis di negeri Kelantan dah kosong. Kerana semua rakyatnya telah diterap dengan nilai-nilai islam oleh Pas. 

Tun M dalam tempoh 22 tahun macam-macam kejayaan yang berjaya dilakukannya. Manakala Nik Aziz dah 23 tahun nak banteras maksiat pun tak boleh. Lagi nak bercakap Pas nak ganti Umno , Pas lebih baik dari Umno, Pas lebih islam daripada Umno ? 

Mungkin ada yang kata nak ubah sikap dan pemikiran manusia bukannya senang. Siapa yang kata susah ? Nak ubah sikap puak-puak Pas mungkinlah susah. Tun M boleh boleh ubah orang melayu daripada bodoh kepada cerdik. Dulu doktor melayu berapa kerat sangat. Tapi zaman Tun beliau berjaya buat melayu jadi cerdik dan kini bilangan doktor melayu dah tidak terbilang banyaknya. 

Jika dalam tempoh 23 tahun itu Nik Aziz gagal membangun ekonomi atau pembangunan negeri kerana alasan kesempitan wang ,tapi sekurang-kurangnya boleh membangunkan modal insan dan berjaya minitik beratkan rakyat tentang jenayah,keimanan,kebersihan dan lain-lain perkara sesuai dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Tetapi hari ini slogan hanya tinggal slogan. Kes anak luar nikah masih lagi berlambak di Kelantan. Juara HIV di Malaysia negeri mana ? 

Tempoh 22 tahun digunakan sebaik mungkin oleh seorang manusia yang Pas gelar kafir,kuku besi,zalim,mahafiraun untuk membangunkan negara ini daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian,daripada sebuah negara mundur kepada sebuah negara maju,daripada sebuah negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang dikenali di seantero dunia.

Tetapi 20 tahun PAS perintah Kelantan apa yang Nik Aziz berjaya tukar Kelantan ? 

Opsssss....maafkan saya....terlupa....Nik Aziz kata dia berjaya majukan Kelantan sebab Kelantan ada Tesco dan Parkson. Kalau tak percaya boleh lihat di sini

Cukuplah rakyat Kelantan. Cukup ! Selepas 5 tahun, bagi lagi 5 tahun dan bagi lagi 5 tahun. Kini dah 23 tahun, tak kan nak beri 5 tahun lagi kot ? Semua bukti kegagalan dah terbentang depan mata. Nak bagi peluang lagi apanya ? Syurga neraka bukan mereka yang tentukan. Semuanya kerja Allah. Bersama kepimpinan ulama, bersama kepimpinan tok guru, yang sedap mereka juga. Kamu nak mandi pun takde air. Jambatan dah 17 tahun letak batu asas. Tanah dapat kepada cina DAP Perak. Sudah sampai masanya untuk anda ucapkan Good Bye To Pas....

Sumber: mForum4

Uqasha Senrose Mengaku Rapat Dengan Pekin (Slash)


Uqasha dan keluarga bersama Pekin di Phuket. Foto diambil daripada Instagram milik Pekin.
PETALING JAYA: Pelakon Uqasha mengakui sedang berkawan rapat dengan aktor kacak Pekin Ibrahim sejak penggambaran membintangi bersama filem Paku Pontianak terbitan Metrowealth Pictures.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berkata, bagaimanapun dia dan Pekin masih lagi mengenal hati budi masing-masing dan belum memikirkan perhubungan yang lebih serius.
"Benar kami berkawan dan sedang mengenal hati budi masing-masing.
"Sehingga kini dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya, tambahan pula dia juga banyak mengajar teknik-teknik lakonan kepada saya," katanya yang dihubungi mStar Online.
Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram milik Pekin, dia sering memuat naik beberapa foto-foto Uqasha serta foto bersama.
Selain itu, Nellydia dan Qi Razali turut menyertai percutian di Phuket.
Malah Pekin turut memuat naik foto dia, Qi Razali serta keluarga adik beradik itu yang bercuti di Phuket, Thailand pada minggu lalu.
Foto-foto tersebut menunjukkan kedua-dua mereka seperti mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain.
Bagaimanapun, ditanya mengenai percutian tersebut, Uqasha enggan memberi komen lanjut namun mengaku bahawa mereka bersama dengan keluarga bercuti ke negara itu.
Sementara itu, Pekin yang dihubungi pada Ahad enggan mengulas tentang perhubungan itu namun mengaku kedua-dua mereka sedang berkawan.
"Maafkan saya kerana tidak mahu memberi komen apa-apa. Kami memang berkawan tetapi saya tidak suka hal (percintaan) seperti ini keluar di media," katanya.
Dalam perkembangan lain mengenai Uqasha, dia kini sudah meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tambang murah Air Asia kerana ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.
Sumber:mStar

Gooi Hsio Leong calon Parlimen Alor Setar manakala Dr. Azman Ismail di Parlimen Kuala Kedah


ALOR SETAR 1 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsio Leong diumumkan menjadi calon Parlimen Alor Setar manakala Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, Dr. Azman Ismail pula menggantikan Datuk Ahmad Kassim di Parlimen Kuala Kedah.

Pengumuman itu dibuat oleh Anwar ketika menyampaikan ceramah di Taman Berjaya dan Bilik Gerakan Parlimen Kuala Kedah di sini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu Hsio Leong juga bertanding mewakili PKR di kerusi yang sama pada namun kalah di tangan Datuk Seri Chor Chee Heung daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 184 undi.

Bagi Parlimen Kuala Kedah, Ahmad pada PRU-12 menang dengan majoriti 7,018 undi mengalahkan Datuk Hashim Jahaya (BN).

Ahmad pula dijangka bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum kali ini. PKR bertanding di tujuh kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang lalu. - UTUSAN ONLINE

PRU-13 Masa terbaik tamatkan karier veteran politik pembangkang - Dr. M


TUN Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan kira-kira 14,000 penduduk pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
KIRA-KIRA 14,000 penduduk mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 1 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.


Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.


"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.


"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.


"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.


Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.


Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.


"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.


"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.


Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd