Anda sudah lihat klip video di bawah?
Penulis yakin, tidak ramai antara kita yang pernah menontonnya kerana kurang berminat dengan penerangan fakta sebenar dan apa yang kita mahu ialah air paip di rumah kita sentiasa menyalurkan air bersih tanpa sebarang gangguan.
Peristiwa awal tahun 2013 lalu di mana lebih 500,000 pengguna terputus bekalan air, penulis yakin ada di kalangan kita yang menyumpah-nyumpah syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, sebukan?
Benarkah segala fakta yang dikatakan Kerajaan Selangor melalui Exco-exconya? Kenapa sehingga ke hari ini masih terdapat tempat-tempat yang terputus bekalan air?
Sebenarnya, segala fakta yang dipaparkan oleh rakaman video tersebut telah berkali-kali disiarkan oleh media di negara ini, termasuk Mynewshub.my.
Kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sering menyalahkan SYABAS dalam hal kekurangan dan gangguan bekalan air di negeri termaju itu. Kalau tidak ada air, teruk SYABAS “dibelasah” siang dan malam oleh para pemimpin politik itu.
Mereka mendakwa SYABAS gagal memberikan khidmat yang baik dan tidak cekap. Paling utama, Khalid sendiri menyalahkan syarikat itu setiap kali berlaku gangguan air kerana tidak boleh mengurus air dengan baik.
Dalam youtube ada sebut “dibawah undang-undang, kerajaan Selangor wajib
1. Memastikan air mentah cukup
2. Memastikan air sungai bersih
3. Membina loji rawatan baru
4. Memastikan air bersih cukup
Tugas Syabas hanya mengagihkan air bersih yang dibeli….. Walaupun kerajaan Selangor cakap, empangan melimpah, lombong banyak, hujan setiap hari, tidak bermakna tidak bermakna air terawat juga melimpah. Rakyat perlukan air bersih bukan air Sg Klang.
Serupa seperti kalau kilang roti (proses air) hanya mampu keluarkan 1,000 buku roti, jadi kedai runcit (agih air) hanya mampu jual 1,000 buka roti saja. Kalau orang (pengguna) yang nak beli roti ada 1,500 orang, mesti ada yang tak dapat nak beli roti walaupun boleh bayarkan.
Dipersalahkan Syabas gagal mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW) di Selangor dan Lembah Klang.
Kononnya kerana itulah rakyat menghadapi gangguan bekalan air setiap hari.
Tapi, tahukah kita bahawa Kerajaan Negeri Selangor yangwajib menyediakan sumber air yang mencukupi?
Khalid juga perlu memastikan sumber air tersebut bersih, membina loji rawatan baru sekiranya diperlukan dan menyediakan bekalan air bersih yang cukup sebelum disalurkan oleh SYABAS. Saya yakin, ramai di kalangan kita yang tidak tahu tentang fakta-fakta ini.
Untuk pengetahuan umum, sumber air di Selangor kini sudah diparas kritikal di mana permintaan yang terlalu tinggi dari para pengguna ekoran pertumbuhan ekonomi dan sosial yang pesat di negeri termaju itu.
Masalahnya, Kerajaan Negeri sehingga kini masih gagal selesai isu kekurangan bekalan air ini. Asyik mengatakan yang Selangor tiada masalah air. Kalau sekarang sudah rasa bahang-bahang krisis air, macam mana 2 tahun lagi?
Apa yang Kerajaan Negeri Selangor buat dan usahakan untuk mengatasi masalah tersebut selain menuding jari pada pihak lain sedangkan tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh mereka?
Paling “misteri”, Khalid enggan membenarkan loji rawatan air baru, Langat 2, dibina di negeri itu meskipun kajian pakar menunjukkan bahawa loji yang menerima sumber air dari Pahang itu sangat diperlukan bagi menampung permintaan bekalan air di Selangor.
Sudahlah Kerajaan Pakatan Rakyat tolak pembinaan loji Langat 2, sumber air baru untuk rakyatnya pun dinafikan dan dengan “muka tembok” mereka tuduh pula projek binaan loji itu diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional (BN). Nak bina loji air pun perlu dipolitikkan juga, kah?
Fakta menunjukkan rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 4,508 juta liter sehari (JLH). Sedangkan jumlah air yang mampu dirawat hanyalah 4,546 JLH dan mempunyai baki 38 JLH sahaja untuk kegunaan di waktu kecemasan.
Jadi dengan 38 JLH itu, apakah ia mencukupi untuk dibekalkan sekiranya berlaku kecemasan? Kalaulah loji Langat 2 dibina, maka ia dijangka mampu menampung kekurangan jumlah air terawat itu, bukan?
Bila ditekan begitu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor beralih topik dan menuduh SYABAS “gagal” mengurangkan kadar peratus NRW. Padahal, fakta dan rekod menjelaskan bahawa syarikat itu berjaya mengurangkan kadar NRW sebanyak 11 peratus selepas beroperasi selama dua tahun!
Kerajaan pimpinan Khalid itu mendakwa pengurangan NRW sebanyak 10 peratus mampu menjimatkan air sebanyak 500 JLH. Kalau sejak 2008 lagi dibekukan CAPEX SYABAS, bukankah ini seperti menafikan hak rakyat kepada air terawat? Berapa banyak air terawat telah Khalid bazirkan melalui NRW selama 5 tahun pemerintahannya?
CAPEX sangat penting untuk sesebuah syarikat konsesi air yang memerlukan jumlah modal yang besar, khususnya untuk menyelenggara operasi industri air terutamanya mengurangkan kadar NRW di negeri maju seperti Selangor.
Kos untuk kurangkan kadar peratus NRW adalah RM7.2 bilion, manakala kos untuk membina loji Langat 2 hanya berjumlah RM6.3 bilion. Takkanlah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak tahu membezakan kos mana yang lebih tinggi dan membazir wang rakyat?
Mungkin malu kerana “putar belit” mereka berjaya dihidu, kerajaan pimpinan Khalid itu tetap menyalahkan SYABAS walaupun mereka tidak punya alasan yang kukuh. Kononnya SYABAS tidak cekap menguruskan penyaluran bekalan air.
Apabila modal SYABAS dibekukan, sudah tentu operasi syarikat itu akan terjejas. Dan sekiranya operasi syarikat itu terjejas maka tidak hairanlah jika rakyat Selangor dan Lembah Klang yang menjadi mangsa “sabotaj” itu, bukan?
“Letih” diasak kritikan atas ketidakcekapannya menguruskan kemelut air Selangor, Khalid “menyebokkan diri”dengan penstrukturan semula air di Selangor. Padahal tindakan itu bukannya mampu mengatasi masalah gangguan bekalan air pun!
Padanlah ratusan ribu rakyat Selangor bangkit marah dan bertindak menyaman Khalid serta Kerajaan Negeri Selangor sejak akhir-akhir ini. Mungkin mereka sudah serik dengan Menteri Besar yang dikatakan lebih banyak “berceramah politik” berbanding menyelesaikan masalah rakyat.
Sumber: MyNewsHub
Sumber: MyNewsHub
No comments:
Post a Comment