'Fatwa Nik Aziz gimik politik'
Kuala Lumpur: Fatwa yang sering dikeluarkan Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini semakin hilang kredibiliti dan tidak lebih daripada sekadar momokan politik semata-mata.
Ia termasuk kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas itu ketika menyampaikan ceramah perdana di Kampung Jambu, Kota Bharu, Rabu lalu, yang mendakwa solat orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, menyifatkan kenyataan itu mengelirukan dan amat tidak wajar diungkapkan oleh pemimpin PAS.
Hati-hati keluar kenyataan
"Selaras dengan keyakinan dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita tidak berhak untuk campur tangan menentukan sama ada sembahyang seseorang itu mendapat pahala atau tidak" katanya.
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, pula berkata, Nik Aziz bersikap takbur dan bertindak seperti Firaun kerana menghakimi pahala seseorang.
"Berdasarkan ilmu tasauf, bukan pahala daripada amal ibadat yang menentukan seseorang itu masuk syurga sebaliknya rahmat Allah SWT, yang menentukan sama ada kita menjadi ahli syurga atau tidak.
"Beliau perlu berhati-hati dengan kenyataan dikeluarkan dan bermuhasabah diri supaya tidak tergelincir serta jangan takbur," katanya.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata fatwa atau pendapat sedemikian mungkin relevan dan dapat digunakan sebagai hujah politik di zaman awal penubuhan PAS, tetapi bukan di zaman sekarang.
Sekongkol dengan DAP
Katanya, PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR yang secara jelas menunjukkan kedua-dua rakan sekutu itu menolak pelaksanaan Islam secara terbuka dan secara bongkak mengulangi penentangan mereka terhadap Islam.
"Saya bersimpati dengan beliau atas kedudukan dan status sebagai Tok Guru yang selama ini menjadi idola ahli sertan penyokong PAS. Kini status itu semakin hari semakin malap. Saya tidak mahu melihat suasana sedemikian berterusan hingga memadamkan kehebatan beliau yang pernah ditunjukkan di dalam karier politiknya selama ini," katanya.
Hasan berkata, dunia sistem pengaliran maklumat yang semakin berkembang menjadikan masyarakat kini lebih terdedah kepada maklumat dan ilmu Islam yang lebih mendalam dan tidak hairanlah pendapat Nik Aziz hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik saja.
"Kalau solat UMNO tidak mendapat pahala, adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang secara jelas menerima dan mempertahankan dua rakan politik khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total," katanya.

No comments:
Post a Comment