Saturday, 23 March 2013

Anwar Teruk di Permatang Pauh

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kenyataannya untuk tidak mengekalkan lagi kerusi tradisinya di Permatang Pauh dan akan berpindah ke Perak membuktikan pengaruhnya di Permatang Pauh semakin lemah.

Tun Dr Mahathir juga mempunyai pandangan beliau yang tersendiri tentang tindakan Anwar Ibrahim itu. Klik Sini

Penganalisis Politik Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain pula menyifatkan prestasi Anwar di Permatang Pauh teruk seperti artikel di bawah


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari pengundi di Permatang Pauh sudah mula mempertikaikan      sumbangannya kepada Parlimen itu lantaran terlalu sibuk dengan urusan saman menyamannya di mahkamah, kata penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain.
Anwar kini terlibat dengan pelbagai kes mahkamah antaranya saman Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, saman himpunan BERSIH 3.0 dan saman malu terhadap bekas rakan baiknya, Senator Datuk Nallakarupan.
Anwar juga katanya, gerun melihat jentera parti Umno Barisan Nasional (BN) di kawasan itu yang mula bersatu padu dan berusaha berlipat kali ganda turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat.
Justeru Atory berkata, pengumuman Anwar untuk mencuba nasib di negeri Perak atau Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tidak mengejutkan malah ia sudah dijangka dari awal.
"Dari segi tenaga pun, Anwar asyik hendak ke mahkamah berapa puluh kali, dia mana ada masa hendak pergi ke Permatang Pauh, dia punya kes asyik hendak tunda sahaja, dan ini berapa kali dah tunda. 
"Anwar juga asyik ke luar negara, banyak kerja-kerja lain yang dia buat daripada kerja dia di Permatang Pauh. Sokongan rakyat mula perlahan-lahan beralih," katanya kepada Antarapos.
Atory kemudiannya menambah, PKR dan Pakatan Rakyat perlu memikirkan potensi Anwar untuk memenangi kerusi di Perak atau Selangor memandangkan Ketua Pembangkang itu tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat di dua negeri terbabit.
"Kita kena soal adakah Anwar ni calon berkaliber jika hendak bertanding ? Yang keduanya apakah selama ini dia adalah calon yang turun padang? 
"Jadi kalau jadi ahli parlimen tetapi tidak memberi sumbangan (di kawasan itu) pun tidak guna juga, yang ketiganya saya fikir dengan transformasi yang dibuat oleh kerajaan pusat, saya rasa susah juga Anwar hendak menang kali ini, dan saya cakap terus terang selain daripada isu yang dihadapi oleh beliau sendiri (pelbagai skandal dipalitkan kepadanya) sekarang ini juga," katanya lagi.
Atory selain itu tidak menolak Anwar dan Pakatan Rakyat terlalu yakin PKR akan memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan mudah walau siapa pun calon yang diletakkan di kerusi itu.
"Jadi macam Anwar Ibrahim mungkin dia menganggap remeh sahaja sudah tentu kerusi di Permatang Pauh, orang akan memilih PKR, jadi buat apa dia tunggu di situ lebih baik dia pergi dan tentu boleh menang, maknanya kalau dia menang di Perak sudah boleh menang dan tambah dua kerusi," katanya.
Pada Rabu lalu, Anwar berkata beliau berkemungkinan besar akan bertanding di Perak atau Selangor pada PRU13 nanti.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah menimbang permintaan banyak pihak yang mahukan beliau untuk turun menawan kerusi di dua negeri itu.
Namun katanya, peratusan untuk bertanding di Perak adalah lebih besar berbanding di Selangor.


No comments:

Post a Comment