Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata bukan satu berita yang mengejutkan apabila DAP meletakkan penasihatnya, Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana parti itu sudah lama mengintai peluang untuk menembusi Johor, negeri yang berjiran dengan Singapura, asas bermulanya PAP.
Menurut Tunku Aziz kekuatan ekonomi Johor merupakan tarikan utama DAP mahu membina tapak yang kukuh di negeri itu.
“Ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita lihat pada perjalanan politik Kit Siang, ini adalah strategi beliau.
“DAP sudah lama sasarkan Johor sejak sekian lama. Mereka rasa Johor sangat penting dari segi pembangunan ekonomi yang stabil dan sebagainya. Kekuatan DAP adalah sokongan dari masyarakat Cina di bandar,” katanya kepada Antarapos.
Pada majlis ulang tahun DAP ke-47, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, sebagai satu jalan keluar perbalahan di antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Ketua PKR negeri, Chua Jui Meng untuk merebut kerusi parlimen itu.
Dalam konteks kerjasama Pakatan, Tunku Aziz berkata DAP dan PKR merupakan dua kompenan paling penting, berbanding dengan Pas yang dianggap kurang penting.
Dalam konteks kerjasama Pakatan, Tunku Aziz berkata DAP dan PKR merupakan dua kompenan paling penting, berbanding dengan Pas yang dianggap kurang penting.
Menurutnya, Pas hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP semata-mata untuk memperolehi undi daripada masyarakat luar bandar.
Ini terbukti katanya apabila Anwar belum mengumumkan siapakah calon PAS di Johor walaupun Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebelum ini pernah membayangkan mahu pulang bertanding ke negeri kelahirannya itu.
“Pas, walaupun mereka tidak mahu mengaku, tapi mereka sebenarnya adalah peranan yang kurang penting di dalam Pakatan.
“Pas sedar kekuatan mereka tidak boleh masuk dalam urban (bandar). Tanpa DAP, mereka tidak dapat menjadi satu parti di peringkat nasional. Mereka hanya akan dapat menawan pengundi di Kelantan dan mungkin di Kedah sahaja,” katanya.
Sumber: AIDC
Sumber: AIDC
No comments:
Post a Comment