Ketua Pembangkang semakin
berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan
Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Kalau dalam istilah peperangan,
Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi
populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.
Malah Anwar jelas nampak tertekan
apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala
usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.
Boleh dikatakan tidak ada
kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan
rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.
Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M
2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program
membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi,
pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU,
golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.
Semuanya mendapat bantuan
kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana
pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.
Pembangkang pula asyik berceramah
siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong
udara.
Mereka gagal untuk membela rakyat
tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus
untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.
Anwar sedar beliau gagal untuk
membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.
Maka apa saja isu yang boleh
memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walau pun
kadangkala jelas remeh temeh.
Oleh itu untuk mengalih
pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk
menjaykan agenda politiknya.
Terkini Anwar cuba menggunakan
senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses
pilihan raya negara ini.
Ketika gagal mengguna Bersih
untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada
kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi
malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.
Senator Xenophon yang tidak
mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus
menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu
ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.
Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan
3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak
di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.
Anwar juga mendalangi tindakan
pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes
Scorpene di Perancis.
Ini pun gagal apabila identiti
sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana
asing.
Pembangkang juga berusaha untuk
mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat
tentangan hebat dari pelbagai pihak.
Malah Pengerusi Himpunan Hijau
yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut
untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.
Anwar juga menafikan tidak
terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah
pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual
karpet itu.
Usaha ini nampaknya gagal kerana
rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari
individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.
Anwar sudah hilang punca untuk
terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.
Pepecahan di antara Pas dan DAP
semakin hari semakin bertambah buruk.
Setiap hari ada saja ahli-ahli
Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin DAP kerana tida
bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.
Jika Pas dan DAP berpecah
daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana
Menteri.
Sekiranya Pas dan DAP masih kekal
dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian
pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.
Anwar dalang sebenar atau tangan
ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh DAP.
Taktik Anwar ialah untuk memecah
belahkan kuasa politik melayu supaya senang DAP dan pengaruh gerakan Kristian
bertapak di Malaysia
Itulah sebabnya itu beliau
bermati-matian mempertahan serta menyokong DAP dalam isu kalimah ALLAH.
No comments:
Post a Comment