Najib bergambar bersama pemandu teksi pada Majlis Janji
Ditepati – Pemberian Lesen Teksi Individu, di Putrajaya, semalam.
1,000 terima lesen individu, SPAD lancar baucar TR1MA
|
Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian
lesen teksi kepada 1,000 individu terpilih sempena Majlis Janji Ditepati –
Pemberian Lesen Teksi Individu di sini, semalam.
Perdana Menteri turut umum pemberian geran RM5,000 kepada
individu terbabit menerusi Yayasan Rakyat 1Malaysia di bawah naungan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), khusus bagi membeli PROTON Exora sebagai teksi baru.
“Dengan adanya geran ini, 1,000 pemilik lesen teksi
berkenaan hanya perlu bayar RM59,000 untuk membeli seunit PROTON Exora
berbanding nilai sebenar RM64,000.
“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan
baucar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) 2.0 bernilai RM520 bagi membolehkan lebih
76,000 pemandu teksi di seluruh negara menukarkan keempat-empat tayar kenderaan
masing-masing,” katanya.
Hadir sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Seri Dr Rais Yatim; Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua
Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal.
Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih
10,000 pemandu teksi dan kereta sewa dari seluruh negara yang berhimpun di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Bai’ah kepada kerajaan
Perdana Menteri kemudian menyerahkan 200 lesen individu
kepada pemandu teksi bajet terpilih, manakala bakinya akan diagihkan SPAD.
Beliau berkata, pemilik teksi terbabit juga akan dibenarkan
untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2.
“Pengumuman ini adalah satu lagi janji ditepati kerajaan.
Apa yang saya janji... saya janjikan pemandu teksi bahawa lesen akan datang
akan diberikan kepada individu.
“Kita tidak nafikan, syarikat juga memberi pekerjaan kepada
pemandu kita, tetapi saya tahu ada yang mengeksploitasi pemandu teksi
seakan-akan sistem perhambaan zaman moden,” katanya.
Sebagai balasan, Perdana Menteri meminta pemandu teksi yang
menerima geran itu supaya memberikan bai’ah kepada kerajaan untuk menjadi
pemandu bersopan, amanah dan jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya.
Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment