Pasport
ialah dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan negara yang
biasanya mengenal pasti pemegangnya sebagai warganegara negara yang
mengeluarkan dokumen itu, dan meminta agar pemegang dibenarkan masuk dan
melalui negara-negara lain.
Pasport-pasport
dikaitkan dengan hak perlindungan undang-undang di luar negeri, dan hak untuk
kembali ke negara kewarganegaraan sendiri. Pasport-pasport biasanya mengandungi
gambar foto, tandatangan, tarikh kelahiran, kewarganegaraan, dan kekadangnya
cara-cara yang lain untuk mengecam identiti seseorang. Banyak negara adalah
dalam proses untuk mengembangkan ciri-ciri biometri dalam pasport mereka supaya
dapat mengesahkan dengan lebih pasti bahawa orang yang menyerahkan pasport
adalah pemegang yang sah.
No comments:
Post a Comment