Juara dunia tunjuk belang; Hamilton raih tempat ketiga di
Sepang
Sepang: Edisi ke-15, Grand Prix Malaysia yang berakhir
semalam terus dihiasi pelbagai drama yang menobatkan juara dunia tiga kali,
Sebastian Vettel kemenangan ketiganya di Sepang sekalipun mengundang rasa benci
rakan sepasukannya daripada Red Bull, Mark Webber.
Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton berjaya
menguntumkan senyuman buat penonton tempatan apabila menduduki podium terakhir
perlumbaan yang turut dihiasi keadaan litar basah dan percaturan pasukan.
Drama awal bermula apabila Fernando Alonso - juara Formula
Satu (F1) di Sepang, tahun lalu dari pasukan Ferrari - tersingkir awal apabila
jentera dipandunya mengalami kerosakan pada pusingan kedua selepas berlaku
pelanggaran bersama Vettel.
GP Malaysia yang berakhir, semalam juga mencatat kehadiran
penonton tertinggi di Sepang dengan 123,400 penonton - peningkatan 3,400
mengatasi rekod tahun lalu 120,000 dan 105,000 pada 2011.
Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu adalah Yang
di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Haminah Hamidun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kehadiran beberapa selebriti ternama antaranya model
terkenal, Kimora Lee, bintang drama Housewife, Teri Hatcher, Josh Harnet (Pearl
Houbour) dam penyanyi jazz terkemuka negara, Datuk Shiela Majid di Pit Walk
turut mendapat perhatian lensa kamera tempatan dan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment