KUALA LUMPUR 2 April - Ahli Majlis Tertinggi PAS hari ini sebulat suara bersetuju menamakan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad sebagai calon PAS bagi menggantikan Datuk Taib Azamudden Md Taib di Parlimen Baling
Keputusan tersebut diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ekoran Taib Azamudden mengalami masalah kesihatan dan terpaksa berundur dari bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
"Ustaz Taib mengalami masalah kesihatan jadi beliau tidak ditandingkan semula," katanya dalam sidang media di Pajabat Agung PAS di sini, hari ini.
Turut dicalonkan, Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi bagi mewakili PAS di Parlimen Titiwangsa.
Pencalonan Zamri di Titiwangsa bagi menggantikan penyandang kerusi parlimen tersebut Allahyarhamah Dr Lo' Lo' yang meninggal dunia pada 2011 akibat kanser.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi akan bertanding di Parlimen Temerloh.
Sumber: KLPOS
No comments:
Post a Comment