Tuesday, 2 April 2013

PENCEMARAN AIR YANG KRONIK DI CHINA


Tahukah anda 16 dari 20 bandar paling tercemar di dunia sekarang terletak di China. Bandar Linfen di China sebagai contoh mempunyai kualiti udara yang sangat teruk dimana menghirup udaranya adalah bersamaan menghisap 20 batang rokok sehari. Fuuu. Pencemaran yang teruk di China berlaku kerana pergantungan China kepada arang batu untuk menghasilkan tenaga elektrik dan pemantauan yang tidak serius oleh kerajaan. Apa yang berlaku di China sekarang adalah sama seperti yang berlaku di England ketika permulaan Revolusi Industri awal kurun ke-19. Pernah suatu ketika jika anda berjalan di Kota London, anda hanya mempunyai had pemandangan sejauh 16 kaki kerana jerebu. Air sungai Thames pula memejal dan berbau busuk kerana dipenuhi sisa najis manusia. 

Sungguhpun jarak masa diantara revolusi industri dan kebangkitan China sebagai"kilang dunia" adalah 200 tahun, adalah sangat mengejutkan masalah pencemaran yang sama masih berlaku. Ini menunjukkan manusia akan terus melakukan kesilapan dan merosakkan alam sekitar sungguhpun mereka mengaku mereka "lebih maju" dan"bertamadun" dari leluhur mereka. Sad!

Thanks @mx510 for the tip




Sumber: blogserius

No comments:

Post a Comment