2. Beliau yang terkenal dengan katak lompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain, cuba mensensasikan aksi lompat beliau ke Gelang Patah, Johor dengan 'mencabar' Tun Dr Mahathir Mohamad.
3. Penganalisis politik tentu amat faham dengan hala tuju modus operandi Lim Kit Siang DAP 'mencabar' Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M is a world class leader not Kit Siang |
5. Tanpa publisiti yang agak sensasi, Kit Siang DAP akan tenggelam begitu sahaja di Gelang Patah, satu kawasan yang agak luas dan tidak mungkin akan dapat diterokai oleh bapa Lim Guan Eng DAP ke setiap penjuru kawasan Parlimen itu.
6. Tambahan pula, Lim Kit Siang DAP tidak mempunyai jasa dan sumbangan di Gelang Patah sebelum ini jika dibandingkan dengan ahli Parlimen BN sekarang.
Tun M in United Nations |
8. Veteran tua DAP itu tahu, dengan hanya 'mencuit mencabar negarawan' yang jauh lebih banyak jasa dan sumbangan daripadanya itu akan wujud polemik topik politik di dalam media.
9. Selepas ini media sudah tentu akan mendapatkan pula respons Tun Dr Mahathir dan kemudiannya respons balas Kit Siang DAP atau pun anak beliau, Lim Guan Eng DAP dan sebagainya.
10. Maka dalam beberapa hari itu, media akan memainkan isu murahan Kit Siang DAP itu yang juga akan dibaca oleh pengundi-pengundi di Gelang Patah.
Tun M with world leader |
13. Tambahan pula, MiM percaya veteran tua DAP itu sudah masak dan beliau tahu Tun Dr Mahathir akan menolak mentah-mentah dan sebaliknya akan memperli Kit Siang DAP.
Tun M with Aung San Suu Kyi |
15. Maka selepas itu akan timbul fitnah dan tohmahan kononnya Tun Dr Mahathir tidak berani dan sebagainya.
16. Padahal, jika beliau masih kemuntah darah ingin jawatan seperti Kit Siang dan Nik Aziz, Tun Dr Mahathir tidak perlu meletakkan jawatan semasa tahap tertinggi beliau menjadi Perdana Menteri.
17. Seperti yang MiM katakan, motif 'cabar' hanya satu sahaja iaitu untuk mendapat publisiti percuma dan cepat daripada pihak media sama ada media perdana mahu pun media pro-pembangkang supaya Kit Siang 'sensasi' di Gelang Patah, Johor.
18. Maka kerana itu, MiM sarankan agar para media tidak memberi publisiti percuma kepada Kit Siang DAP dan pengundi-pengundi Gelang Patah tidak terpedaya dengan permainan politik pembangkang.
19. Realitinya, kita mesti memilih berdasarkan kepada jasa, sumbangan dan visi calon tersebut dan bukannya yang hanya pandai melompat dari satu parlimen ke parlimen lain.
Sumber: novandri
No comments:
Post a Comment