Tuesday 23 April 2013

Analisa video seks Anwar Ibrahim

Beza Pemimpin Barisan Nasional Dengan Pembangkang

Pemimpin BN mendokong rakyat yang sakit ke hospital, naik kereta sendiri.


Pemimpin PAS kena dokong rakyat sebab nak pegang jawatan sampai mati.


*Fikir-fikirkan.

Sumber: MyMassa

Usah lupa apa pembangkang telah lakukan...


SEMUA pengundi sudah dimaklumkan siapa lawan siapa dalam merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing. Selepas penamaan calon sebelah pagi Sabtu lalu, maka bermula secara rasmi kempen parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perang kempen calon berlarutan selama 15 hari dengan penamatnya pada 5 Mei ini. Pelbagai strategi dan pendekatan perang akan digunakan untuk memenangi hati pengundi.

Namun perkara yang paling dibimbangi ialah penggunaan strategi halus dan taktik kotor untuk memperdaya fikiran dan keputusan pengundi. Watak dan sikap itu boleh dilihat apabila calon-calon yang sebelum ini mengetuai tunjuk perasaan dan mendakwa serangan di Lahad Datu, Sabah awal Mac lalu sebagai konspirasi UMNO, mahukan kempen berjalan dengan bersih.

Calon, penyokong dan jentera pilihan raya parti-parti politik akan memancing undi dengan apa cara pun. Kalau taktik itu boleh meyakinkan pengundi dan menolak calon lawan, maka cara itulah akan digunakan.

Antaranya kata seorang rakan yang juga Timbalan Presiden Kelab Belia Nusantara, Abu Bakar Jalal, dalam ceramah-ceramah pakatan selepas penamaan calon baru-baru ini, mereka dilihat terus memainkan isu-isu pendidikan dengan mengatakan dasar pendidikan negara kerap berubah-ubah.

“Tindakan Menteri Pelajaran itu berdasarkan maklum balas orang ramai yang telah dijalankan melalui road show Pelan Pembangunan Pendidikan Negara di seluruh negara tahun lepas serta penerimaan memorandum beberapa NGO dan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Bukannya tindakan sesuka hati atau melulu.

“Ramai tokoh pembangkang yang terpelajar dan daripada kalangan profesional berkelulusan dari universiti dalam mahupun luar negara juga adalah bukti keberkesanan dasar pendidikan negara sejak merdeka," kata Abu Bakar yang juga penganalisis hubungan antarabangsa dan sejarah itu.

Selain daripada isu pendidikan, parti pembangkang juga berusaha mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan BN. Menjelang hari pengundian, cuba tanya pengundi, siapa yang tidak menerima risalah dan surat cinta daripada Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ramai yang sudah menerima kiriman surat mengandungi propaganda bahan kempen PKR dan Pas yang dipos ke rumah- rumah.

Dengan tema “Siapa sebenarnya pemimpin rakyat?" antara Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak, risalah itu cuba mengetengah kehebatan diri Anwar - baik tentang latar belakang mereka berdua, dasar ekonomi, rasuah dan hubungan antarabangsa. Apa yang dijanjikan dan dilaksanakan oleh Najib kepada rakyat Malaysia langsung dinafikan, yang didedahkan hanya fitnah.

Memang pilihan yang lebih baik untuk rakyat sudah jelas iaitu bukan Anwar.

Begitu juga dengan surat yang ditandatangani oleh Nik Aziz. Kepada pengundi, mesej ayat-ayat merayu oleh Tok Guru itu dan dakwaan kerajaan BN yang dipimpin Najib semua tak betul. Tindak-tanduk yang kerajaan ambil menzalimi rakyat. Itu sahaja gambaran yang diberi supaya pengundi percaya.

Tanpa rasa malu Nik Aziz mengajak pengundi melihat Kelantan yang sudah 23 tahun di bawah Pas. Entah dari mana pengiktirafan diterima yang mengatakan Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang negeri yang berprestasi cemerlang.

Di atas fakta mana Nik Aziz mengatakan hak rakyat dirampas, keselamatan rakyat terancam angkara jenayah yang menular, tekanan hidup yang memuncak dan pemberian hak kerakyatan secara berleluasa. Memang senang buat tuduhan dan fitnah kerana mahu orang percaya pada kata-katanya.

Dengan slogan “Ini kalilah" Nik Aziz minta pengundi menyumbang kepada misi Pas untuk melakukan perubahan di Putrajaya. Entah berapa banyak “Ini kalilah" Pas Kelantan hendak pengundi menyokongnya setelah lebih dua dekad memerintah negeri itu. Kalau ada perubahan di negeri yang dipimpin Nik Aziz itu pun bukan usaha Pas tetapi bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Catatan pada kain-kain rentang kempen pilihan raya pembangkang pun menggunakan taktik memujuk yang menyeru pengundi mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberi oleh BN tetapi undi beri kepada mereka.

Tanpa rasa muka tebal, apa sahaja pemberian atas nama 1Malaysia mahu dikautnya tetapi janji-janji pembangkang sendiri kepada pengundi tidak pula dipedulikan sama ada hendak ditunaikan ataupun tidak.

Hakikatnya pengundi tahun 2008 dengan pengundi 2013 adalah orang yang sama ditipu oleh pembangkang dan ditambah pengundi baharu. Apa pun, pengundi lama telah menerima pengajaran dan pengundi baharu dapat melihat sendiri corak pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang.

Pengundi sudah celik. Mereka boleh melihat dan berfikir dengan sebijak-bijaknya tentang kebenaran berdasarkan fakta.

Jadi tunggulah 5 Mei ini.

Perangkap pluralisme agama


SAMBUNGAN wawancara wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dengan Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA yang menjelaskan lebih lanjut tentang agenda Ketua Pembangkang dan pakatan rakyat dan masa depan Islam dan Melayu jika mereka tersilap memilih calon pada pilihan raya kali ini.
UTUSAN: Sebagai Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia, apa pandangan saudara mengenai senario umat Melayu dan politik? Dan apakah maslahah dan kebijaksanaan dari sudut Fikah dan Maqasid Syariah, pendirian yang patut diambil supaya umat Melayu tidak terpinggir?

ISMAIL: Keadaan umat Melayu sekarang ini, bahkan dari dulu lagi memang ada perbezaan dari segi pendekatan politik oleh dua parti besar orang Melayu. Mereka berbeza hanya dari segi pendekatan tetapi tidak berbeza dari segi inti dan matlamat politik.

Tetapi sekarang ini, terdapat parti-parti politik orang Melayu yang telah menghancurkan inti dan matlamat perjuangan politik bermaruah mereka.

Dan ada pula parti politik Melayu yang baru wujud yang tidak mempunyai cita-cita untuk memartabatkan Islam dan Melayu kerana terperangkap dalam gelung Zionis dan agenda memurtadkan orang Islam dengan fahaman liberalisme-pluralisme agama.

Atas nama reformasi dan perubahan, mereka sebenarnya mahu merubah agama Islam menjadi seperti Reformed Jews.

Hakikatnya mereka menjadi ejen pemusnah agama dan bangsa sebab itu ada kalangan golongan ini membenarkan orang Melayu Islam boleh murtad. Dalam kes Lina Joy, mereka berkata itu adalah hak dia.

Ada parti politik yang berjenama Islam pula, sanggup bersekongkol dengan parti politik yang terang-terang menentang Islam, menentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia sebagai agama negara. Tidakkah ia pelik?

Parti politik Melayu-Islam wajar kembali segera kepada Maqasid Syara iaitu memelihara negara dan Dinul Islam. Dalam teori dan doktrin politik Islam Sunni, kuasa politik digunakan untuk memelihara agama, perpaduan ummah dan negara. Maka untuk mencapai maksud dan cita-cita ini, pendirian yang patut diambil oleh parti politik orang Melayu ialah menghayati doktrin politik Islam Sunni.

Ahli teori politik Islam menerangkan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin, melalui kuasa politik, memelihara ajaran Islam itu, melalui pengurusan yang baik dan berkesan, supaya ajaran Islam tidak rosak dan ummah selamat daripada berpecah.

Sebab itu Khalifah pertama Abu Bakar RA, menggempur golongan anarkis yang mahu merosakkan kestabilan negara. Baginda Abu Bakar RA menggunakan kuasa politik mempertahankan kesatuan dan keutuhan negara. Perpecahan kalangan ummah Islam dan dalam konteks kita di Malaysia ini, berpunca daripada pelbagai faktor.

Seperti saya katakan, dahulu orang Melayu ada berpecah dalam politik tetapi bukan perpecahan dari segi inti tetapi sekarang perpecahan ini berpunca daripada fahaman yang kontra Sunah seperti dalam tubuh Pas, ada akidah Syiah, liberalisme agama, tajsim dan sebagainya. Ini yang membuat masyarakat berpecah. Maka apa yang wajib dibuat sekarang ialah kembali kepada wacana Sunni dalam semua perkara: akidah, syariat, akhlak, ilmu, epistemologi termasuklah dalam politik.

Mengapa saudara agak kritikal dengan kepimpinan Pas terutama dalam soal perpaduan ummah? Apakah secara ideologi gagasan negara Islam, faham sosialis, sekular dan faham liberalisme dan pluralisme agama boleh menjadi gandingan untuk membina negara Malaysia?

ISMAIL: Ya, beberapa rakan karib saya dan saya, memang rapat dengan pimpinan Pas terutama dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Ramai yang tidak tahu, Ustaz Fadhil mempunyai pandangan politik yang tajam dan berpandangan jauh. Ia amat prihatin mengenai perpaduan ummah, sebab itu beliau sudi hadir dalam majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga turut hadir Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir.

Beberapa hari sebelum program tersebut dibuat, beliau bertanya pendapat kami dan kami menyatakan persetujuan. Demikian juga dalam isu kerajaan perpaduan. Semasa hayat beliau, kami sering bertukar pandangan dan kami bersetuju dengan gagasan tersebut dan menariknya beliau turut bersetuju.

Gagasan ini, saya difahamkan turut dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama Pas sekarang ini. Tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana dikatakan kena ‘veto’ oleh seseorang daripada majlis tersebut. Ini yang saya tidak faham kerana kalaulah ini syura Islam, maka wajar dipegang dan dipatuhi dan dari perspektif demokrasi pun, satu tidak boleh membatalkan majoriti.

Secara ideologi, memang tidak ada keserasian bahkan ada pertembungan antara Islam dengan ideologi sosialis, sekular dan liberalisme dan ‘pluralisme agama’ yang ada dalam pakatan pembangkang.

Dalam PKR misalnya, semua unsur tersebut ada. Ada penganut pluralisme agama, ada sosialisme dan ada sekular totok. Malah dalam Pas sendiri ada ideologi dan akidah pluralisme agama. Ada fahaman syiah, liberal dan sunah.

Jika pakatan pembangkang dapat kuasa membentuk negara, saya pasti mereka tidak akan dapat bertahan lama kerana masing-masing fahaman akan berkeras mahu melaksanakan fahaman masing-masing.

Dan dengan mengenali PKR dan DAP yang cukup licik dan dominan pada masa ini, suara Pas akan tenggelam. Jika Pas masih mahu bersama pakatan rakyat, mereka perlu menyesuaikan diri dengan ideologi PKR dan DAP.

Ini tidak mustahil, kerana sekarang pun mereka sanggup bekerjasama dalam konsep tahaluf sekular dan suara ulama sunni sudah tenggelam pun dalam Pas. Dan suara liberal dan kontra sunni semakin lantang.

Apakah saudara melihat masyarakat harus membuat pilihan yang bijak supaya Malaysia terus membangun dan Islam menjadi faktor penting dalam pembangunan Malaysia?

ISMAIL: Demi kelangsungan umat dan untuk menjayakan agenda Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti yang terdapat dalam teori politik Islam Sunni - bukan Khawarij atau Syiah atau lainnya - Imam al-Ghazzali pernah berkata, kuasa politik itu amat penting.

Kuasa politik bertujuan memelihara agama yakni Islam, tanpa menganiaya dan berlaku zalim kepada penganut agama bukan Islam. Ini dilarang. Perlembagaan pun menjamin perkara itu.

Masyarakat Islam tidak boleh memilih pemimpin yang berfahaman songsang agama seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan syiah. Ini akan merosakkan ajaran Islam kerana mereka mengubah ajaran akidah dan syariat serta akhlak Islam.

Betapa tidak, mereka mewajarkan orang Islam boleh murtad dan membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa orang bukan Islam itu menukarkan agama mereka kepada Islam seperti kata Khalid Jaafar, tokoh penting PKR.

Syiah pula menolak hadis yang diriwayat oleh ahli sunah dan menolak segala fatwa ahli sunah. Jika parti politik yang berfahaman liberalisme-pluralisme agama dan syiah ini berkuasa, maka akan terhapuslah ajaran Islam yang sebenar.

Oleh yang demikian, adalah wajib syarie bagi masyarakat Islam, tidak memilih orang yang berfahaman liberalisme dan pluralisme agama serta berfahaman syiah menjadi pemimpin mereka atas maslahah agama.

Jika golongan liberalis-pluralis agama berkuasa, maka agenda Islam akan terbantut, malah akan terhapus, kerana fahaman agama mereka ialah semua agama sama sahaja dan Islam tidak boleh diberi keistimewaan.

Jika masih mahu memakai jenama Islam mereka akan pakai nama Islam liberal-plural seperti di Indonesia. Buku-buku Islam liberal Indonesia dah banyak diulang cetak oleh IKD sebuah organisasi yang memberi promosi kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia dan ada kaitan dengan tokoh politik pakatan pembangkang.

Mereka menerbitkan buku-buku seperti pluralisme agama, kahwin campur antara Muslim dan bukan Muslim yang isinya menyatakan, orang Islam boleh berkahwin dengan orang bukan Islam dan banyak lagi ajaran yang bercanggah dengan Islam Sunni. Maka pilihan yang ada pada masyarakat Islam ialah memilih pemimpin dan kumpulan politik yang membela Sunnah Waljamaah dan menolak golongan liberalis-pluralisme agama.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh, pernah buat kenyataan terbuka, menolak fahaman pluralisme agama tapi saya tak dengar ada kenyataan macam itu oleh Anwar dan kawan-kawannya. Jakim pula buat banyak aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman masyarakat kepada Islam Sunni dan tidak dihalang oleh kerajaan bahkan menjadi agenda kerajaan.

Contoh paling klasik ialah polisi kerajaan sekarang, membantu pusat pendidikan Islam pondok yang selama ini terpinggir bahkan akan diwujudkan Universiti al-Quran.

Polisi kerajaan yang seperti inilah yang diharapkan oleh masyarakat Islam, bukan polisi yang mahu memesong dan merosakkan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan syiah itu. Maka pilihan masyarakat Islam ialah menyokong kepimpinan yang membela Sunah Waljamaah. Tidak selainnya. Ini menepati Maqasid Syara iaitu hifzuddin atau memelihara agama Islam.

Transformasi atasi reformasi

Najib Tun Razak melihat gambar bapanya, Allahyarham Tun Razak yang dipamerkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang selepas dirasmikannya di Kuantan, baru-baru ini. UTC akan menyediakan pelbagai agensi kerajaan dan kedai bagi memudahkan penduduk bandar berurusan. - BERNAMA


PADA penghujung 1998 laungan reformasi yang lebih bermaksud gulingkan Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan kerajaan yang akan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi jalan-jalan utama terutama di ibu negara. Namun laungan berbaur retorik dan hanya memperjuangkan kepentingan individu itu gagal menggugat keyakinan rakyat apabila BN terus mengekalkan kuasa, malah mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) 1999.

Bermula daripada pemecatan Anwar daripada UMNO, laungan reformasi tidak pernah berhenti. Laungan itu bergema dan terus bergema yang sekali-sekala membawa kepada rusuhan jalanan hingga mengganggu ketenteraman dan merosakkan harta benda, namun itu semua tidak mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada BN.

Pada 2003 Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan pucuk pimpinan itu seolah-olah mengukuhkan lagi kedudukan BN apabila mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004. Namun momentum itu gagal dikekalkan oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tsunami politik 2008 itu menyaksikan BN kehilangan tiga lagi negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta kehilangan Perak selama 11 bulan. Tsunami itu juga secara tidak langsung memaksa Abdullah mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan negara.

Ramai yang berpendapat Najib mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, BN dan seterusnya negara pada masa yang salah. Pada mereka, Najib berhadapan dengan beban yang cukup berat kerana menerajui UMNO dan BN ketika parti itu berada dalam keadaan cukup lemah dan ketika laungan reformasi semakin lantang.

Sewaktu Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam, ramai yang berpendapat beliau bakal tenggelam di badai tsunami reformasi. Tetapi ramalan itu nyata meleset apabila sejak hari pertama menduduki kerusi Perdana Menteri, Najib telah merangka pelbagai program dengan rakyat didahulukan. Najib tidak duduk diam. Dia membawa pelbagai penambahbaikan dan bermacam perubahan positif. Istilah transformasi yang sering beliau gunakan sejak menerajui negara pada 2009 nyata meninggalkan kesan yang cukup besar kepada rakyat. Nyata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, transformasi yang dibawa oleh Najib telah mengatasi reformasi jalanan Anwar yang adakalanya menyebabkan rakyat bimbang dan ketakutan.

“Reformasi Anwar terus menjadi tanda tanya apabila ‘reform’ yang dia lakukan hanya pada situasi sosial rakyat Malaysia.

“Anwar hanya pandai untuk ‘reform’ budaya Malaysia daripada aman ke demonstrasi jalanan," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Mohd. Razlan Rafii.

Satu lagi ‘reform’ yang dibawa oleh Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat katanya adalah budaya penafian dan dolak-dalik apabila sesuatu isu itu tidak memihak kepada mereka.

“Budaya ini jelas apabila kejadian video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pas baru-baru ini terus dinafikan tanpa usul periksa," katanya.

Transformasi Najib itu juga jelas pada PRU-13 ini apabila mengetengahkan calon-calon muda dan baru yang komited untuk terus membela nasib rakyat.

“Sebanyak 33 peratus Parlimen keseluruhannya adalah muka baru. Begitu juga Dewan Undangan Negeri (DUN) 49 peratus menampilkan muka baru. Sebanyak 90 peratus calon di Wilayah Persekutuan, 80 peratus di Selangor, 65 peratus di Pulau Pinang, dan 30 peratus di Kedah juga merupakan muka baru," kata Mohd, Razlan.

Ini jelas menunjukkan transformasi yang dijanjikan oleh Najib adalah menyeluruh termasuk dalam saf kepimpinan dan barisan calon wakil rakyatnya.

Kata Mohd. Razlan, situasi itu berbeza dengan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Anwar yang terus bergantung harap kepada muka-muka lama yang telah terbukti gagal membawa pembaharuan kepada rakyat.

“Mereka terus mengekalkan legasi dinasour apabila mengekalkan Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Razak dan ramai lagi yang sudah tua serta tidak boleh bekerja" katanya.

Sehubungan itu rakyat perlu menilai antara transformasi yang dibawa oleh Najib yang hasilnya sudah boleh dirasai berbanding reformasi Anwar yang lebih banyak mengundang masalah berbanding kebaikan. Buktinya, reformasi yang dijanjikan melalui manifesto pakatan pembangkang pada PRU-12 terutama di Selangor gagal di laksanakan.

Ketika Najib menunaikan satu demi satu janjinya kepada rakyat, penduduk-penduduk di negeri di bawah pentadbiran pakatan tidak berdaftar PKR, Pas dan DAP terus gundah gulana hingga ada yang tampil menyaman kerajaan negeri bagi menuntut apa yang telah dijanjikan.

Persediaan BN untuk PRU-13 juga jauh berbeza dengan 2008 apabila Najib terus bekerja tanpa mengenal lelah demi mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat. Dr. Mahathir sendiri mengakui Najib bekerja lebih keras daripada apa yang beliau lakukan ketika menjadi Perdana Menteri. Semua itu demi memastikan transformasi yang dijanjikan dapat dinikmati rakyat.

Apa yang dilaungkan oleh Najib itu bukan satu retorik kerana sepanjang empat tahun beliau mengambil alih teraju pemerintahan negara sudah banyak perubahan yang memanfaatkan rakyat telah dilakukan.

Yang paling penting, dalam setiap program transformasi itu, tidak ada sesiapa yang terpinggir atau diketepikan. Setiap program yang dilaksanakan membabitkan setiap peringkat rakyat sama ada yang miskin, tua dan muda, malah yang di bandar serta luar bandar tanpa mengira latar belakang kaum dan fahaman politik.

Bagi rakyat yang berfikiran waras dan matang, mereka tentu dapat melihat dengan jelas transformasi yang dibawakan Najib dalam tempoh empat tahun menjadi Perdana Menteri - jauh mengatasi reformasi retorik puak pakatan.

Imam Madinah iktiraf BN

Imam Madinah iktiraf BN
Muhyiddin bersalaman dengan Imam Masjid Al-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, semalam. - Foto Sairien Nafis

Kuala Lumpur: Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair mengiktiraf usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di negara ini yang dilihat selari dengan tuntutan agama. 

Malah, beliau kagum dengan usaha kerajaan menerusi institusi agama yang mengimarahkan rumah ibadat, khususnya masjid demi mendekatkan umat Islam dengan amal salih. 

Pandangan itu disuarakannya kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama pegawai masjid dan surau, ahli jawatankuasa masjid, pendakwah dan pendidik Wilayah Persekutuan, di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini semalam. 

Penghormatan kepada negara Muhyiddin berkata, kehadiran Al-Syeikh Solah pada majlis itu penghormatan kepada umat Islam negara ini, sekali gus menggambarkan keprihatinannya dan Kerajaan Arab Saudi terhadap usaha BN meningkatkan syiar Islam yang menjadi teras perpaduan ummah. 

Sambil menyatakan rasa bertuah dengan pertemuan itu, Muhyiddin berkata, sebagai parti politik terbesar orang Melayu dan umat Islam, UMNO menjadikan matlamat untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai prinsip perjuangan parti. 

Terus istiqamah 

Alhamdulillah dengan sikap pemimpin negara yang istiqamah mempertahankan kesucian Islam, walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk gerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan tuntutan kebebasan beragama, kedudukan Islam di negara kita terus terpelihara, katanya dalam ucapan di hadapan lebih 5,000 hadirin. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan Islam sebagai agama istimewa yang dianggap nikmat kepada umat Islam di negara ini tidak datang bergolek, sebaliknya hasil perjuangan pemimpin terdahulu. 

Sehubungan itu, pendakwah yang berperanan menerusi pelbagai institusi Islam tidak boleh leka kerana cabaran terhadap kedudukan Islam datang dalam pelbagai bentuk termasuk melalui penyelewengan akidah atau kecelaruan pemikiran, sekali gus meruntuhkan akhlak umat Islam. 

Institusi pendakwah 

Kerajaan menyediakan pelbagai institusi bagi membantu pendakwah melaksanakan dakwah dengan lebih sempurna, antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam negeri dan Yayasan Dakwah Islam yang bukan saja membiayai, malah menyediakan pelbagai bentuk sokongan. 

Bagi menegakkan dan menyebarkan syiar Islam, kerajaan membangunkan institusi pendidikan Islam, bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) negeri, mengambil guru agama berkhidmat dalam kerajaan dan latihan secukupnya dalam pendidikan Islam, katanya. 

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan sagu hati Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM377,500 kepada 755 imam, bilal, noja dan pendakwah di Wilayah Persekutuan. 

Sumber: Berita Harian

PRU-13: Kebolehan Ismail bertutur Tamil tarik perhatian


SUNGAI PETANI 23 April - Kebolehan berbahasa Tamil yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok, Prof. Dr. Ismail Daut memudahkannya meraih sokongan semasa berkempen dan sesi pengenalan calon di kawasan komuniti masyarakat India di Jalan Kuala Ketil, dekat sini malam tadi.

Ismail yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, beliau menggunakan kebolehan berbahasa Tamil untuk meraih undi dan menjelaskan kebaikan mengundi BN.

"Masyarakat India kini yakin untuk memilih BN sebagai parti memerintah berdasarkan kepada sambutan dan sumbangan parti itu dalam menjaga kebajikan mereka selama ini," katanya.

Ismail memberitahu, beliau dilahirkan dan membesar dalam kawasan persekitaran komuniti India di Ladang Abu Bakar Estate, Bukit Selambau.

"Saya berasal dari keluarga miskin. Bapa saya merupakan penoreh getah, jadi saya tahu benar kesusahan terutama mereka yang tinggal di kawasan ladang," katanya.

Sementara itu, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maran berkata, masyarakat India amat mengagumi ketokohan Ismail.

"Selain boleh bertutur bahasa Tamil dengan baik, Dr. Ismail dapat mewujudkan semangat kekitaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat India," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Hanya 30 hadir ceramah PKR, DAP pula 50 orang



HANYA beberapa penyokong pakatan pembangkang hadir mendengar ceramah politik anjuran Parti Keadilan Rakyat di Sungai Chenaam Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN

NIBONG TEBAL 23 April - Mungkin bosan dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang gemar menabur janji dan memburukkan orang lain berbanding bercerita tentang kebaikan yang boleh ditawarkan, menyebabkan ceramah anjuran parti itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Buktinya, dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sungai Chenaam di sini malam tadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang.

Walaupun dengan kehadiran Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, ia masih belum cukup untuk menarik kehadiran orang ramai.

Sementara itu di Kampung Sri Penchala, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Selangor pula, DAP menghadapi masalah sama apabila ceramah calon Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hanya dihadiri kira-kira 50 orang penyokong tegar parti itu.

Lip Eng seolah-olah sudah kering modal untuk berceramah apabila sepanjang 45 minit ceramah tersebut dia hanya menghentam Barisan Nasional dan tidak ada satu perkara pun menyentuh tentang perjuangan parti untuk mensejahterakan rakyat. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Dr. Juanda undi BN kerana konsisten tegakkan Islam

KUALA LUMPUR 23 April - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.

Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.

Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam.

"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.

"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Friday 19 April 2013

PRU-13: Selepas 23 tahun, Pas baru nak bina rumah untuk rakyat Kelantan


KOTA BHARU 19 April - Selepas 23 tahun memerintah tanpa membina rumah rakyat terutama kepada penduduk miskin dan berpendapatan sederhana di Kota Bharu, Kerajaan Pas Kelantan malam tadi akhirnya 'mencipta sejarah' apabila menyatakan hasrat untuk membina sebanyak 420 unit rumah kos sederhana kepada penduduk daerah Kota Bharu.

Ironinya, pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan itu dibuat ketika berceramah di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab di sini yang menjadi tapak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat pada 15 Mac lalu.

Dalam usaha beliau untuk mengaburi mata penduduk Kota Bharu dan menagih sokongan politik, Takiyuddin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini berkata, rumah tersebut dibina di tebing Sungai Kelantan atas arahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, rumah yang akan dibina di kawasan seluas 2.2 hektar oleh Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (SCDC) itu menelan kos sebanyak RM160,000 seunit tetapi akan dijual pada harga RM70,000 sahaja kepada rakyat yang berkemampuan selepas Kerajaan Pas Kelantan menanggung subsidi sebanyak RM90,000.

"Saya nak cakap sebagai balasan kepada dia kata tok guru ni tak pandai memerintah, tak pandai buat pembangunan untuk rakyat terutamanya rakyat miskin pada hal dia tahu rakyat Kelantan tahu tok guru walaupun tiada duit cari juga, bagi belaka walaupun sikit.

"Dan hari ini saya nak umum satu benda yang akan dibuat dalam kawasan Parlimen Kota Bharu, benda sama juga mereka (Kerajaan Pusat) nak buat rumah, tapi cuba tengok sama ke tidak dengan yang dia itu.

"Kerajaan ada tanah seluas 2.2 hektar terletak di bandar Kota Bharu, iaitu kalau tuan pergi ke tebing sungai ada Tambatan D'Raja, ada pejabat Kastam di belakang itu ada padang pasir, itu tanah kerajaan.

"Apabila tanah kerajaan, kerajaan minta agensi kerajaan iaitu SCDC untuk bangunkan tanah itu oleh kerana tanah itu nampak hodoh sangat orang pergi tengok tak comel kerajaan arahkan SCDC cantikan tebing itu, kita panggil woterfront," katanya.

Sejak 30 Mac lalu, Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan beberapa projek pecah tanah di seluruh negeri yang mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa dilakukan semata-mata mahu memancing undi bagi meraih kemenangan pada PRU-13 ini.

Projek pecah tanah itu bermula di Bukit Merbau, Pasir Puteh apabila Nik Abdul Aziz melancarkan pembinaan sebuah stadium bertaraf olimpik membabitkan kos RM320 juta.

Selepas itu, pada 8 April lalu, Nik Abdul Aziz bersama barisan Exconya turut melancarkan satu lagi projek pecah tanah di Gua Musang iaitu pembinaan bangunan Majlis Daerah Kuala Krai dengan kos RM6 juta.

Tiga hari selepas itu, Timbalan beliau, Datuk Ahmad Yakob pula melancarkan sebuah projek mega iaitu pembinaan Bandar Chintawangsa di Kuala Krai yang turut melibatkan pembinaan apartmen yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam lawatan ke negeri ini bulan lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah yang akan dibina berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Pas Selangor umum calon


SHAH ALAM 19 April - Pakatan pembangkang di Selangor mengumumkan kesemua calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sempena majlis pelancaran manifesto mereka di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Bagaimanapun, kepincangan jelas terpancar apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara tidak diumumkan calonnya ekoran kerusi itu dijangka ditandingi oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi DUN Semenyih semakin pasti melibatkan pertandingan tiga penjuru apabila PKR meletakkan calonnya di situ sedangkan PSM menuntut kerusi DUN itu ditandingi oleh Setiausaha Agung parti itu, S. Arulchelvam.

Dalam majlis pada malam ini, Pas mengumumkan secara rasmi barisan calonnya selepas sebelum ini sekutunya telah berbuat demikian lebih awal.

Berikut adalah barisan calon Pas yang akan bertanding di Selangor:

N. 01- DUN Sungai Air Tawar: Wahid Rais

N. 02 - DUN Sabak: Sallehen Mukhyi

P. 093 - Parlimen Sungai Besar: Mohamed Salleh Husin

N.03 - DUN Sungai Panjang: Mohd. Fadzlin Taslimin

N.05 - DUN Hulu Bernam: Muhamad Idris Ahmad

P.095 Parlimen Tanjong Karang: Mohamad Rashdi Deraman

N. 08 DUN Sungai Burung: Mohamad Judi Sarjo

P. 096 Parlimen Kuala Selangor: Dr. Dzulkefly Ahmad (penyandang)

N12 DUN Jeram: Muhmmad Rashid Muhdmad Kassim

N. 15 Taman Templer: Zaidy Abdul Talib

N. 17 Gombak Setia: Hasbullah Mohd. Ridzwan

N.18 DUN Hulu Kelang: Saari Sungib (penyandang)

N.20 DUN Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz (penyandang)

N.21 DUN Cempaka: Iskandar Abdul Samad (penyandang)

P. 101 Hulu Langat: Che Rosli Che Mat (penyandang)

N23 DUN Dusun Tua: Razaly Hassan

N26 DUN Bangi: Mohd. Shafie Ngah

N29 Seri Serdang: Noor Hanim Ismail

N.38 DUN Paya Jaras: Mohd. Khairuddin Othman

P.108 Parlimen Shah Alam: Khalid Abdul Samad (penyandang)

N42 DUN Meru: Dr. Abdul Rani Osman (penyandang)

N.45 Selat Kelang: Dr. Halimah Ali (penyandang)

P. 111 Kota Raja: Dr. Siti Mariah Mahmud (penyandang)

N. 51 Sijangkang: Dr. Ahmad Yunus Hairi (penyandang)

N. 53 Morib: Hasnul Baharuddin

P113 Parlimen Sepang: Mohamed Hanipa Maidin

N54 Tanjong Sepat: Mohd. Haslin Hassan:

- UTUSAN ONLINE

PRU-13: Pas, PKR dan DAP parti anak beranak


KOTA BHARU 19 April - Pas kini sudah sebaris dengan sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP iaitu parti 'anak-beranak' yang mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme terutamanya dalam soal pemilihan calon pilihan raya.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, perkara ini terbukti dengan keputusan Pas Kelantan yang mencalonkan anak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau mendakwa, semua orang tahu Nik Abdul Aziz sudah lanjut usia dan entah berapa lama lagi akan mampu bertahan, justeru itu, beliau awal-awal lagi mempertaruhkan anaknya demi memastikan ada keturunan mereka kekal dalam jawatan politik.

Katanya, budaya kronisme dan nepotisme yang mula diamalkan Pas itu membuktikan mereka kini sudah tidak ada beza lagi dengan PKR dan DAP yang sedia maklum sudah sekian lama mengamalkannya.

"Kalau kita lihat DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen, anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti. Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat.

"PKR pula, penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen manakala Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus kekal menjadi presiden parti. Ini parti anak beranak bukan parti rakyat. Nama sahaja Parti Keadilan Rakyat, tetapi sebenarnya parti anak beranak. Ini bukti yang patut rakyat nilai, termasuk di Kelantan sendiri," katanya pada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Mohd. Fatmi diminta mengulas mengenai pengumuman calon Pas dan PKR untuk menghadapi PRU-13 yang dilakukan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di Machang semalam.

Kombinasi kedua-dua parti itu dalam PRU-13 ini menampilkan 16 muka baharu dan yang paling mendapat tumpuan adalah pencalonan Nik Abduh anak kepada Menteri Besar dan Musyidul Am Pas.

Tambah Mohd. Fatmi yang juga merupakan calon BN Parlimen Kota Bharu, budaya begini tidak pernah berlaku pada BN yang apabila pemimpin masih berjawatan mempertaruhkan anak mereka untuk bertanding pada pilihan raya.

"Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mereka memegang jawatan itu tidak ada seorang pun anak mereka menjadi wakil rakyat.

"Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah mempertaruhkan anak untuk bertanding pada pilihan raya. Ini bezanya BN dan Pakatan Pembangkang," katanya. - UTUSAN ONLINE

1466 Borang Parlimen dan 2533 Borang DUN Dijual


Jumlah Jualan Borang Penamaan Calon
1. Bagi maksud Hari Penamaan Calon, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menjual Kertas Penamaan Calon, Borang 4 untuk Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Borang 4A untuk Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN).
2. Selepas pembubaran parlimen sehingga hari ini 18 April 2013, sebanyak 1466 borang yang telah dijual berdasarkan kepada Bahagian Parlimen dan sebanyak 2533 borang berdasarkan kepada Bahagian DUN bagi Parti Politik. Manakala bagi calon bebas, sebanyak 301 borang yang telah dijual berdasarkan kepada Bahagian Parlimen dan sebanyak 696 borang berdasarkan kepada Bahagian DUN.
3. Jadual lengkap jumlah keseluruhan jualan borang penamaan calon ialah seperti yang berikut:
d1
Sumber: SPR

Thursday 18 April 2013

Info: Proses Pengundian Dalam Pilihanraya


Sebelum pergi mengundi, pastikan anda telah menyemak lokasi mengundi anda. Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau di portal khas www.pru13.gov.my. Anda juga boleh telefon 03 8885 6565 atau SMS sahaja dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KP (cth 870112143382) dan hantarkan ke 15888.
Bawa dokumen pengenalan diri yang dibenarkan dan pastikan juga anda tidak memakai sebarang lambang parti. Pastikan juga tiada tanda pada jari supaya mudah dicalitkan dengan dakwat kekal. Datanglah awal ke pusat mengundi yang dibuka seawal 8:00 pagi dan ditutup pada jam 5:00 petang. Jarak 50 meter daripada pusat mengundi adalah kawasan larangan. Hanya pengundi, anggota keselamatan, petugas pilihan raya dan mereka yang diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki kawasan tersebut.
Anda akan lihat beberapa orang berpakaian seragam. Mereka adalah petugas SPR. Mereka akan membantu para pengundi menunjukkan lokasi tempat mengundi termasuk membantu mereka yang uzur atau kurang upaya. Anda juga akan melihat beberapa khemah didirikan di situ beserta petugas-petugas SPR. Ini adalah tempat semakan daftar pemilih. Pengundi boleh mendapatkan maklumat saluran tempat mengundinya di sini. Selepas mendapatkan slip nombor saluran, anda boleh terus pergi ke saluran tempat mengundi anda.


Apabila anda sampai, pastikan tunggu giliran anda dan jangan terburu-buru. Sila matikan/perlahankan telefon bimbit dan jangan berbuat bising. Dengar dan patuhlah kepada arahan polis yang bertugas. Di luar tempat mengundi pula ada ditampal poster 7 langkah pengundian dan poster dakwat kekal untuk panduan pengundi. Penggunaan dakwat kekal adalah wajib. Kertas undi tidak akan dikeluarkan sekiranya pengundi enggan jarinya dicalitkan dengan dakwat kekal.
Beginilah kedudukan dalam tempat mengundi. Selain pengundi dan petugas pilihan raya, ejen calon turut hadir untuk menyaksikan proses pengundian yang dijalankan. Tempat mengundi diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap proses pengundian dan pengiraan undi yang dijalankan dalam salurannya.Ketua Tempat Mengundi dibantu oleh kerani-kerani pengundian. Seorang untuk proses semakan daftar pemilih, seorang untuk mencalit dakwat kekal, seorang mengeluarkan kertas undi dan seorang lagi membantu pengundi memasukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.
Turut hadir dalam Tempat Mengundi adalah Ejen Tempat Mengundi. Ejen Tempat Mengundi adalah ahli parti politik yang dilantik oleh calon untuk memerhatikan proses pengundian yang berjalan dalam tempat mengundi. Tugas ejen-ejen calon adalah memastikan proses yang dilaksanakan adalah telus dan berlandaskan prosedur dan undang-undang pilihan raya yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak berpuas hati, ejen boleh mengemukakan bantahan bertulis kepada Ketua Tempat Mengundi. Walau bagaimanapun, ejen tidak boleh mengganggu proses pengundian yang dijalankan. Apabila sampai giliran anda, polis yang bertugas akan membenarkan anda masuk. Mula-mula, berikan kad pengenalan dan slip nombor saluran kepada Kerani Pengundian Pertama. Kerani akan menyemak nama anda dalam daftar pemilih.
Seterusnya, kerani akan membandingkan gambar pada kad pengenalan dengan wajah anda bagi memastikan bahawa anda pemilik sah kad pengenalan tersebut. Kerani kemudiannya akan meminta agar anda mempamerkan kedua-dua belah tangan anda. Tujuannya adalah bagi memastikan tiada tanda dakwat kekal terdapat pada jari. Sekiranya terdapat tanda dakwat kekal, ini bermakna kertas undi telah dikeluarkan kepada pengundi tersebut. Namun sekiranya tiada sebarang tanda ditemui, bermaksud pengundi belum diberikan kertas undi.
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa memastikan jari anda bersih daripada sebarang tanda. Setelah tangan dan jari diperiksa, kerani pengundian pertama akan meminta anda bergerak ke hadapan kerani kedua untuk proses penandaan dakwat kekal.
Sila letakkan jari telunjuk tangan kiri anda di atas pad yang disediakan. Calitan adalah dari atas ruas sehinggalah bawah kuku. Bagi pengundi yang tiada jari telunjuk tangan kiri, dakwat akan dicalitkan di atas mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya pengundi tiada tangan kiri, calitan akan dibuat di atas jari telunjuk tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk tangan kanan, calitan akan dibuat di atas mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada kedua-dua belah tangan, calitan akan dibuat di atas lengan tangan kiri di tempat yang mudah dilihat.
Dalam masa yang sama, Kerani Pengundian Pertama akan meneriakkan nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama anda. Seterusnya menandakan nama anda dalam daftar pemilih. Tujuan beliau meneriakkan nama anda adalah bagi membolehkan ejen calon menandakan nama anda dalam daftar pemilih kepunyaan mereka.
Selesai sahaja proses semakan iaitu penandaan nama dalam daftar pemilih, kerani pengundian akan meneruskan dengan proses seterusnya. Kerani pengundian pertama akan mengembalikan kad pengenalan anda. Anda bolehlah bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua untuk mengambil kertas undi anda. Selepas itu, kerani pengundian ketiga akan menurunkan cap keselamatan ke atas kertas undi. Kertas undi tersebut kemudiannya akan diceraikan daripada buku kertas undi.
Seterusnya kerani pengundian ketiga akan melipatkan kertas undi tersebut sebanyak dua kali dan menyerahkannya kepada anda. Sekiranya terdapat pertandingan untuk Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, anda akan diberikan dua kertas undi yang berlainan warna.
Dalam petak undi ada disediakan pen. Anda masih boleh menandakan kertas undi menggunakan pen anda sendiri. Tandakan 'X' pada ruangan bersebelahan dengan simbol calon yang anda pilih. Tandakan pada satu ruang sahaja. Pastikan tanda tidak keluar daripada ruangan sehingga boleh melewati ruang yang lain. Sekiranya tersalah tanda, undi anda mungkin akan ditolak. Anda juga dilarang berbual atau berbincang dengan pengundi lain. Penggunaan telefon adalah dilarang. Anda juga dilarang mengambil gambar. Semua ini adalah bagi menjaga kerahsiaan undi anda.
Bagi pengundi uzur atau orang kurang upaya (O.K.U), mereka boleh datang ke tempat mengundi bersama 'Orang Yang Dipercayai'. Sebelum dibenarkan membantu OKU tersebut, Orang Yang Dipercayai oleh OKU perlulah mengisi Borang 10 atau Borang akuan identiti. Sekiranya tiada Orang Yang Dipercayai, OKU boleh meminta bantuan Ketua Tempat Mengundi untuk membantunya mengundi.
Orang yang dipercayai oleh O.K.U boleh membantu pengundi O.K.U semasa proses semakan nama, penandaan jari dan pengambilan kertas undi. Seterusnya, orang yang dipercayai boleh membantu O.K.U untuk menandakan kertas undinya di petak undi sebelum membantu O.K.U memasukkan kertas undi yang telah ditandakan ke dalam peti undi yang betul.
Proses memasukkan kertas undi ke dalam peti undi turut berlaku di hadapan Ejen Calon. Pastikan kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi yang betul iaitu kertas undi untuk calon Dewan Undangan Negeri dalam peti undi negeri. Selepas itu, beredar keluar daripada tempat mengundi atau saluran melalui pintu keluar yang telah ditetapkan. Segera keluar daripada pusat mengundi. Anda dilarang berkumpul dan berbual-bual dalam pusat mengundi.
Tahniah! Anda telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik.
Sumber: SPR