Friday, 12 April 2013

Tarikh-Tarikh Penting PRU 13


PUTRAJAYA, 10 April 2013 – Mesyuarat Khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) telah diadakan di Ibu Pejabat SPR Putrajaya. Sebaik sahaja berakhirnya mesyuarat, kesemua Anggota Panel Suruhanjaya diketuai oleh Pengerusinya Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff telah hadir ke Sidang Media bertempat di Pusat Media PRU Ke-13 bagi mengumumkan keputusan mesyuarat.

pic1
Pengerusi SPR sedang mengumumkan tarikh-tarikh penting pilihan raya
Tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 telah ditetapkan seperti yang berikut:

Tarikh Keluar Writ : 11 APRIL 2013 (Khamis)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 12 APRIL 2013 ( Jumaat) 
Tarikh Penamaan Calon : 20 APRIL 2013 ( Sabtu) 
Tarikh Pengundian Awal : 30 APRIL 2013 ( Selasa) 
Tarikh Mengundi : 05 MEI 2013 (Ahad)

Dalam Sidang Media yang sama Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta arahan pasukan keselamatan bagi memastikan ketenteraman awam terjamin di sepanjang tempoh PRU Ke-13.

pic2
Suasana di Pusat Media PRU-13 semasa Sidang Media SPR
Sumber: SPR

1 comment:

  1. Salam Ukhwah! Salam penuh semangat
    Dalam sibuk2 duk melepak di markas, menampal poster dan berhujah di warong kopi. Sedar tak sedar, baki hari berkempen tinggal beberapa hari aje lagi, dua, tiga hari lagi dah nak mengundi kita semua. Saya pilih mengundi! Hahaha.. Ragam PRU13 ni agak luar biasa, Keputusan PRU13 agak sukar untuk diramal. Memang orang kita suka sangat buat ramalan dan berteka teki benda-benda macam ni.. Siap buat research Koleksi Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 hingga 2008 lagi tu.. Semangat sungguh, macam-macam la Ragam PRU13 dapat kita lihat.. Yang penting, kita turun mengundi 5 Mei nanti. Lagi satu jangan la kita buat kecoh, kasi panas pulak hari mengundi nanti.. Selamat mengundi dari Hootoh Blog Demam PRU13

    ReplyDelete