Sunday 24 March 2013

Fakta Kereta F1




Fakta Menarik Kereta Formula 1



Kira-kira 80,000 komponen digunakan untuk membina sebuah kereta lumba F1. Semuanya perlu dipasang dengan ketepatan 100 peratus. Seandainya 99.9 peratus sekali pun, ia mengakibatkan kereta itu dipandu di atas litar dengan 80 komponen dipasang salah.

2 


Sebuah enjin F1 menamatkan hayatnya dalam tempoh dua jam perlumbaan. Bandingkan kereta anda yang masih boleh dipandu walaupun sudah berusia 20 tahun.




Ketika pelumba F1 menekan brek, dia mengalami kadar tinggi pemberhentian. Situasinya diibaratkan kereta biasa melanggar dinding pada kelajuan 482.8 km sejam.

4 


Sebuah enjin F1 memiliki kuasa output sehingga 18,000 revolusi per minit (rpm). Ia bermakna omboh (piston) turun naik sebanyak 300 kali sesaat. Kereta biasa hanya 6,000 rpm.

5 


Cakera brek pada kereta F1 boleh menahan kepanasan sehingga 3300 darjah farenhait. Cakera itu diperbuat daripada gentian karbon yang lebih tebal berbanding besi yang memiliki titik kecairan lebih tinggi.



Kereta F1 memiliki lebih satu kilometer kabel yang disambungkan kepada kira-kira 100 sensor dan penggerak (actuators) yang memantau dan mengawal kereta.

7 


Sebuah kereta lumba F1 boleh dipecut dari 0 kepada 160 km sejam dan berhenti balik kepada 0 dalam hanya 4 saat.

8


Sebuah kereta lumba F1 hanya seberat 550 kg.

9 


Komponen cogs atau nisbah gear digantikan selepas setiap perlumbaan.

10 


Kebanyakan tayar kereta lumba diisi dengan nitrogen kerana ia memiliki tekanan yang lebih konsisten berbanding angin biasa.
11 


Berbeza dengan tayar kereta biasa yang boleh bertahan antara 60,000 hingga 100,000 km, tayar F1 hanya direka untuk pergi sejauh 90 hingga 120 km sahaja.

12 


Tayar-tayar kehilangan berat kira-kira 0.5 kg semasa perlumbaan.

13


Kereta lumba F1 boleh diisi minyak pada kadar 12 liter sesaat. Alat yang digunakan itu boleh mengisi tangki kereta biasa dalam tempoh 4 saat.

14 


Krew pit stop mengambil masa 3 saat untuk mengisi minyak dan menukar tayar.


No comments:

Post a Comment