Thursday 11 April 2013

Senarai Calon PAS di Negeri Sembilan


Pas umum senarai calon di Negeri Sembilan

JEMPOL 11 April - Pas Negeri Sembilan mendahului rakan parti dalam pakatan pembangkang apabila mengumumkan kesemua calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman itu dibuat oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani dalam satu majlis di cawangan Pas Bukit Kerdas, Batu Kikir dekat sini malam tadi.

Dengan pengumuman itu bermakna Pas akan bertanding di 12 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga daripada lapan kerusi Parlimen.

Berikut adalah senarai calon Pas di Negeri Sembilan:

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

* Mohamad Taufek Abd. Ghani (Pesuruhjaya Pas negeri) - Paroi
* Nor Anif Selamat - Sungai Lui
* Dr. Rosli Yaakop - Klawang
* Abd. Rahman Ramli - Serting
* Zulkefly Mohamad Omar - Lenggeng
* Zaharuddin Othman - Senaling
* Nor Azman Mohamad - Johol
* Kamarol Ridzuan Mohd. Zain - Chembong
* Mohd. Noor Yassin - Gemencheh
* Ramli Ismail - Bagan Pinang
* Ghazali Mohd. Shom - Kota
* Mohd Khairil Anuar Wafa (Ketua Pemuda Pas negeri) - Labu

PARLIMEN:

* Wan Aishah Wan Ariffin - Jempol
* Zakaria Khalim - Tampin
* Aiman Athirah Al-Jundi - Jelebu

Untuk rekod, pada pilihan raya umum lalu, Pas hanya memenangi satu kerusi DUN daripada 13 calon yang dipertandingkan menerusi Mohd. Taufek di Paroi manakala tiga kerusi Parlimen pula semuanya tewas. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment