Tuesday 9 April 2013

Husam Di Putrajaya PRU13


AIDCNews – 09/04/13 – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media hari ini mengumumkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bertanding di Putrajaya.
Selain Husam, lapor Sinar Harian, tokoh-tokoh Pas lain bertanding di kawasan luar bandar atau tempat masing-masing iaitu; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, dua orang Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena, Kedah) dan Salahuddin Ayub (Pulai, Johor).
Presiden PAS Abdul Hadi pula kekal bertanding di parlimen Marang, Terengganu, lapor Antarapos.
Menurut wikipedia, Husam Musa berasal dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan. Mula menceburi bidang politik dengan menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999). Menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987) dan Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999)
Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. YDP PAS Kawasan Kubang Kerian. Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 – sekarang).
Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 – 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 – 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.
Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 – 08).

Sumber: AIDC

No comments:

Post a Comment