Saturday 6 April 2013

Wan Azizah Akui Perangai Meliwat Anwar


Rakyat sudah tahu memang Anwar seorang kaki peliwat setelah pelbagai bukti perbuatannya didedahkan sebelum ini. Namun rakyat masih tertunggu pengakuan sebenar dari keluarga yang paling hampir dengannya untuk menceritakan apa yang berlaku.
Rupa-rupanya individu yang hampir dengan Anwar iaitu Wan Azizah sudah pun mendedahkan hal peragai meliwat Anwar dalam surat pengakuannya setebal 18 muka surat kepada Tun Mahathir yang disimpan hingga kini.
wan_azizah_wan_ismail
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.
“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Laporan penuh boleh baca Mingguan Malaysia esok, temubual bersama Tun M.
azizah

No comments:

Post a Comment