Wednesday 3 April 2013

Al Capone Gangster Itali-Amerika Sekitar 20an – 30an



Siapa yang minat nak tahu pasal Al Capone, boleh tengok semula filem Untouchables. Boleh cari DVDnya. Tak pun boleh juga dow…..errrm…ehem. Dalam filem tersebut, Robert De Niro memegang watak sebagai Al Capone. Memang brutal habis filem tersebut dan paling pentingnya karakter Al Capone itu sendiri yang cukup dikenali sebagai penjenayah yang amal kejam dan brutal.


Satu lagi filem Godfather yang mana Mario Puzo memegang watak sebagai Al Capone. Kalau dekat laman-laman review filem di luar negara sana, inilah filem paling gangster sehingga ke hari ini. Itu kata mereka. Pendapat kami memang terbaik. Dah…dah kami bukan nak cerita pasal filem.


Gambar senjata api yang cukup terkenal dikalangan mafia sekitar tahun 30-40 an. Thompson Submachine Gun ‘Tommy Gun’ namanya.
  • Ya…..Al Capone merupakan gangster terkenal Itali-Amerika sekitar tahun 1920 dan 1930-an
  • Menjelang akhir tahun 1920-an, Biro Siasatan Persekutuan telah meletakkan Capone pada senarai “Most Wanted”
  • Kejatuhan Al Capone bermula pada tahun 1931 apabila beliau didakwa dan akhirnya Al Capone berjaya disabitkan bersalah oleh kerajaan persekutuan di atas jenayah pengelakan cukai pendapatan padahal berapa ramai yang mati disebabkan kekejaman Al Capone
Al Capone ini jugalah di antara yang mula-mula mendapat idea mengenai money laundring. (Penjahat yang bijak mengambil peluang haram)




Gambar isteri Al Capone, Mae Capone.


Hotel Lexington yang terletak di Chicago. Apa kena mengena gambar ini dengan Al Capone? Inilah dia HQ Al Capone dahulu. (Siapa yang tengok filem Untouchables, macam sama sahaja kan hotel ini dalam filem? Ker sama tetepi tak serupa? Gambar hotel ini diambil pada tahun 1986. Sekarang kalau pergi, tak hilang menyembah bumi, dah roboh dah pun.


Ini pula gambar rumah Al Capone. Rumah ini dibeli semasa beliau berumur 20 an yang terletak di sekitar Florida. Selepas beliau keluar Alcatraz, Al Capone tinggal di rumah ini sampai mati. Mesti ada yang tertanya-tanya apa dia Alcatraz itu? Nah inilah gambar Alcatraz (dahulu, merupakan penjara yang terletak di San Fransisco, Florida, USA).


Semasa melawat Al Capone di Alcatraz, isterinya akan menutup muka dengan mink coat setiap kali ada jurugambar yang mahu mengambil gambarnya.

Al Capone aka al scarface Capone, selepas sahaja beliau keluar daripada penjara kebanyakan keluarga besar mafia tidak mahu menyokongnya disebabkan perlakuannya yang dianggap mereka terlampau ganas. Sampai macam itu sekali. Akhirnya, selepas beberapa lama Al Capone mati disebabkan penyakit sypillis.

No comments:

Post a Comment