Wednesday 3 April 2013

Bekas Panglima Berperang di Parlimen JB


PRU-13: PKR pertaruh bekas panglima di Parlimen JB

MD. HASHIM Hussein (kiri sekali) bergambar bersama-sama Anwar Ibrahim selepas nama beliau diumumkan oleh Penasihat PKR itu sebagai calon di Parlimen Johor Bahru pada PRU-13, pada ceramah di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee, Johor Bahru malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


JOHOR BAHRU 3 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding di empat kerusi Parlimen di negeri ini.

Calon-calon berkenaan ialah bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein bagi kerusi Parlimen Johor Bahru dan Datuk Idris Jauzi bagi Parlimen Batu Pahat.
Dua lagi calon yang bakal bertanding ialah Steven Chong bagi Parlimen Tebrau manakala bagi kerusi Parlimen Muar, Mohd. Hizwan Ahmad.

Pengumuman tersebut dibuat Anwar semasa Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee di sini malam ini.

Yang turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Setiusaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Kesemua calon yang diumumkan hadir pada siri ceramah itu kecuali Mohd. Hizwan. 

Bagaimanapun, kelibat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng tidak kelihatan.

Terdahulu, di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang dekat sini, Anwar mengulangi janji-janji manis pakatan pembangkang termasuk penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment