Monday 1 April 2013

Senjata Paling Banyak Membunuh Manusia


Bila anda main games peperangan seperti CS, COD dan MW dan lain-lain, pernah tak anda perasan dan kenal dengan senjata ini. AK-47 merupakan senapang automatik yang paling terkenal di seluruh dunia.

Sehingga ke hari ni kira-kira 75 hingga 100 juta laras senapang ini telah tersebar di seluruh dunia. Tidak diketahui bilangan sebenar yang dihasilkan kerana kos pembuatannya sangat murah dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak di negara Kesatuan Soviet dari zaman dahulu lagi, ada negara-negara di Afrika menghasilkan sendiri senjata AK-47. Tidak hairan lah jika senjata ini menerima gelaran "senjata pemusnah paling dasyat di seluruh dunia". Walaupun hingga kini AK-47 menerima pelbagai pengubahsuaian dan variasi model, tetapi secara keseluruhan AK-47 ini tidak mengalami perubahan drastik pada konsepnya yang asal.



AK-47 digunakan oleh pelbagai golongan, dari pasukan Taliban, tentera di banyak negara seperti China, Vietnam, Afrika, Gerila Tamil Elam, sehingga anggota mafia termasuk pengedar dadah di Amerika Selatan seperti Mexico dan Colombia. AK-47 telah banyak memuntahkan peluru sehingga mengakibatkan 2.5 juta kematian umat manusia diseluruh dunia setiap tahun.

AK-47 sejak dari dulu memang terkenal sebagai sebuah senapang automatik yang sangat mudah dikendalikan. Bentuknya yang sederhana namun ketahanan lasaknya diyakini. Senapang ini cepat memuntahkan banyak peluru setiap saat. Senjata ini juga mudah dikendalikan oleh kanak-kanak dan kebanyakan konflik yang berlaku di seluruh dunia buat masa kini menggunakan senjata AK-47 ini. 

Mudah untuk dikendalikan menyebabkan senapang ini sentiasa menjadi pilihan tentera kanak-kanak untuk digalas di Afrika dan Amerika Selatan. Unicef menentang habis-habisan organisasi atau pertubuhan yang memperalatkan kanak-kanak dalam konflik peperangan seperti yang berlaku di Afrika, Afganistan dan Iraq.





Mikhail Kalashnikov
pencipta senapang AK-47

No comments:

Post a Comment