Monday 1 April 2013

Video:Pengakuan Dua Pelacur Muda Yang Mengaibkan Pas Kelantan





Semalam kita dikejutkan dengan laporan muka depan NST tentang kisah yang berlaku di negeri yang Pas banggakan sebagai serambi Mekah. Versi online boleh dibaca di sini



Selama tiga hari wartawan berkenaan melakukan misi khasnya bagi mengorek keluar bau-bau busuk yang berselindung disebalik jubah dan ketayap orang-orang Pas Kelantan . Akhirnya keluarlah habis dari kisah disko kepada pil kuda hinggalah kepada pelacuran. Pakej yang semua lengkap ada di bumi yang Pas agung-agungkan dibawah pemerintahan seorang tok guru. 



Sana sini Pas pergi kelentong orang tentang bagaimana syumulnya islam dibawah pemerintahan Pas Kelantan. Nak tipu orang Pas yang dapat pitis ladang rakyat RM 200 sebulan bolehlah.....Nak tipu kami....hi...hi...hi....minta maaf lah. 



Tuan,puan, saudara,saudari yang dihormati sekalian.....



Ewahhhhhh.....hari ini rasa nak berceramah pula.....



Masuk tahun ini sudah 23 tahun Pas memerintah Kelantan dan 23 tahun juga Nik Aziz menjadi MB Kelantan. Opssss....tempoh Nik Aziz jadi MB sudah melebihi tempoh Tun M jadi PM. Tak nak letak jawatan ke ? Dulu kalut sangat nak suruh Tun M letak jawatan. 



Asal sebut Kelantan orang ingat Pas.....asal ingat Pas orang ingat Nik Aziz.....Asal ingat Nik Aziz orang ingat ulama.....Asal ingat ulama orang ingat alim.....yang sebenarnya orang tak tahu. Orang alim tak memfitnah, tetapi Kelantan lubuk segala fitnah. Sebab apa Kelantan lubuk ? Sebab Pas kuat....di mana ada Pas di situ ada fitnah. Lagi kuat Pas di sesuatu tempat lagi kuatlah fitnah di tempat itu. 



Tempoh 23 tahun bukanlah suatu tempoh yang pendek. Ianya sama dengan satu generasi. Jika seorang bayi itu dilahirkan ketika Pas mula-mula memerintah Kelantan, maka hari ini bayi itu telah berusia 23 tahun dan dia sudah boleh dapat anak. Itulah saya nak gambarkan kepada anda betapa lamanya 23 tahun. 



Pas kata Umno tolak islam habis punah ranah rakyat dan negara. Berilah peluang kepada Pas perintah dan Pas akan ubah segala-galanya serta akan meletakkan islam di tempat yang sebenar. Hari ini dah 23 tahun apa islam yang Pas buat yang boleh dibanggakan di Kelantan ? Stadium islam kah ? 



Jom layan video ini....


Laporan NST semalam serta video diatas telah menjawab segala-galanya. Saya tak perlu ulas panjang lagi.Selama 23 tahun beb.....bukan 5 tahun, bukan 10 tahun tapi 23 tahun. Kalau 23 tahun pun masih gagal itulah maknanya Pas sebuah parti yang gagal. Yang mereka tahu hanya temberang. Sepatutnya dibawah pimpinan ulama selama 23 tahun hari ini semua lokap-lokap polis di negeri Kelantan dah kosong. Kerana semua rakyatnya telah diterap dengan nilai-nilai islam oleh Pas. 

Tun M dalam tempoh 22 tahun macam-macam kejayaan yang berjaya dilakukannya. Manakala Nik Aziz dah 23 tahun nak banteras maksiat pun tak boleh. Lagi nak bercakap Pas nak ganti Umno , Pas lebih baik dari Umno, Pas lebih islam daripada Umno ? 

Mungkin ada yang kata nak ubah sikap dan pemikiran manusia bukannya senang. Siapa yang kata susah ? Nak ubah sikap puak-puak Pas mungkinlah susah. Tun M boleh boleh ubah orang melayu daripada bodoh kepada cerdik. Dulu doktor melayu berapa kerat sangat. Tapi zaman Tun beliau berjaya buat melayu jadi cerdik dan kini bilangan doktor melayu dah tidak terbilang banyaknya. 

Jika dalam tempoh 23 tahun itu Nik Aziz gagal membangun ekonomi atau pembangunan negeri kerana alasan kesempitan wang ,tapi sekurang-kurangnya boleh membangunkan modal insan dan berjaya minitik beratkan rakyat tentang jenayah,keimanan,kebersihan dan lain-lain perkara sesuai dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Tetapi hari ini slogan hanya tinggal slogan. Kes anak luar nikah masih lagi berlambak di Kelantan. Juara HIV di Malaysia negeri mana ? 

Tempoh 22 tahun digunakan sebaik mungkin oleh seorang manusia yang Pas gelar kafir,kuku besi,zalim,mahafiraun untuk membangunkan negara ini daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian,daripada sebuah negara mundur kepada sebuah negara maju,daripada sebuah negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang dikenali di seantero dunia.

Tetapi 20 tahun PAS perintah Kelantan apa yang Nik Aziz berjaya tukar Kelantan ? 

Opsssss....maafkan saya....terlupa....Nik Aziz kata dia berjaya majukan Kelantan sebab Kelantan ada Tesco dan Parkson. Kalau tak percaya boleh lihat di sini

Cukuplah rakyat Kelantan. Cukup ! Selepas 5 tahun, bagi lagi 5 tahun dan bagi lagi 5 tahun. Kini dah 23 tahun, tak kan nak beri 5 tahun lagi kot ? Semua bukti kegagalan dah terbentang depan mata. Nak bagi peluang lagi apanya ? Syurga neraka bukan mereka yang tentukan. Semuanya kerja Allah. Bersama kepimpinan ulama, bersama kepimpinan tok guru, yang sedap mereka juga. Kamu nak mandi pun takde air. Jambatan dah 17 tahun letak batu asas. Tanah dapat kepada cina DAP Perak. Sudah sampai masanya untuk anda ucapkan Good Bye To Pas....

Sumber: mForum4

No comments:

Post a Comment