Thursday 4 April 2013

Hyndai & Kia Memang Bermasalah


Hyundai, Kia panggil semula 1.9 juta kenderaan di AS


WASHINGTON: Pengeluar automotif Hyundai dan Kia memanggil semula hampir 1.9 juta kenderaannya di Amerika Syarikat (AS) kerana menghadapi masalah lampu brek ketiga dan sistem beg udara, demikian menurut pihak berkuasa AS ketika mengumumkan perkara itu di sini, hari ini. 

Pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan, berkata bagi pemanggilan semula akibat daripada masalah lampu brek ketiga, ia membabitkan kenderaan Hyundai serta Kia untuk model yang dikeluarkan antara tahun 2007 dan 2011. 



Menurut Hyundai, antara model yang terbabit adalah Accent, Tucson, Elantra, Santa Fe, Veracruz, Genesis Coupe dan Sonata yang dikeluarkan sepanjang tempoh itu. 

Sementara itu, bagi Kia Motors Corp, antara model yang dipanggil semula adalah antara tahun 2007 hingga 2010 iaitu bagi Rondo serta Sportage; Sorento (model 2007 hingga 2011), Sedona (2007), Soul (model 2010 hingga 2011 dan Optima (2011). - AFP

No comments:

Post a Comment