Wednesday 27 March 2013

5 Pantai Paling Bahaya Di Dunia


Kawasan pantai sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingankan percutian aman damai dan jauh dari kesibukkan kota. Iyalah lebih-lebih lagi apabila kawasan pantai itu mepunyai pasir putih dan air laut hijau kebiruan. Namun tahukah anda terdapat beberapa pantai yang tidak selamat untuk dilawati?

Berikut merupakan 5 pantai yang paling bahaya di dunia.

1. Pantai Gulf, California


Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih kan? Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan pulau ini. Ini kerana pulau ini sebenarnya adalah habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.


2. Pantai Amazon, Amerika Selatan


Pantai ini merupakan habitat haiwan pemangsa yang berbahaya seperti piranha. Jangan sekali-sekali cuba berenang di sini ketika musim kemarau kerana anda berpotensi menjadi mangsa ikan piranha yang kelaparan.


3. Pantai Bolinas, California


Pantai ini merupakan syurga bagi peluncur. Walaubagaimanapun, para peluncur harus mengambil langkah berhati-hati kerana terdapat banyak ikan yu di pantai ini. Para peluncur dinasihatkan untuk tidak turun ke pantai pada waktu malam dan memakai sebarang perhiasan yang berkilat. Wanita yang sedang uzur juga tidak digalakan mandi di kawasan pantai ini.


4. Pantai Hanakapiai, Hawaii


Pantai ini mungkin kelihatan seperti sebuah tempat riadah yang menyeronokkan kerana kecantikan pasir dan lautnya. Namun pada hakikatnya banyak nyawa yang terkorban di pantai ini akibat ombak pantai dan arus yang kuat.


5. Pantai Pulau Shired, Florida


Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai yang tercemar di negara tersebut. Sekiranya anda mandi di situ, kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi kulit, meningitis, hepatitis dan masalah perut.

Sumber - myaxander.blogspot.com

No comments:

Post a Comment