Wednesday 27 March 2013

David Beckham Terjatuh Ketika Beri Demo Sepakan



Bekas kepten pasukan bola sepak England, David Beckham telah terjatuh ketika menunjukkan demonstrasi kepada sekumpulan pemain bola sepak di China.

David telah tergelincir dan jatuh dengan agak teruk ketika menunjukkan teknik yang menjadi kehebatannya selama ini.

Perkara itu telah mencalarkan kredibilitinya sebagai pemain bola sepak professional.

Masakkan tidak kerana ketika dia menunjukkan kehebatannya itu, dia tidak memakai pakaian sukan, sebaliknya memakai baju kemeja, berseluar slack serta tali leher.

Oleh demikian, David dilaporkan hilang kawalan dan telah jatuh terlentang sebaik mahu menunjukkan demo kepada pemain Wuhan Zall itu.

Sementara itu, bintang bola sepak yang kini berusia 37 tahun itu sedang dalam rangka lawatan ke negara republik tersebut selama 5 hari.

Lawatan rasmi David Beckham yang kini beraksi untuk Paris St Germani lebih kepada hubungan secara diplomatik dan dia telah berjanji untuk membantu menaikkan lagi mutu liga bola sepak di China. 















Sumber: Cari Gold



No comments:

Post a Comment