Monday 25 March 2013

DAP Boleh Guna Lambang PAS!!!


DAP kena minta izin Pas dulu - Harun Taib


KUALA TERENGGANU 24 Mac - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) menegaskan DAP perlu meminta izin Pas terlebih dahulu jika calon parti itu termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, DAP juga dikehendaki mendapatkan keizinan daripada PKR sekiranya berhasrat melakukan perkara yang sama.

"Sebenarnya, mereka bebas nak guna lambang Pas atau pun PKR bagi menghadapi PRU-13 tak lama lagi. Itu dia punya pasal.

"Tetapi, mereka kena minta izin kita (Pas) terlebih dahulu dan DAP juga kena minta izin PKR jika ingin menggunakan lambang parti itu (PKR)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Kit Siang bertanding di bawah lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP itu ekoran kesilapan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment