Wednesday 27 March 2013

Pendrive Zana Apophis Dari Batu Meteor...



Percaya atau tidak, pendrive ini diperbuat daripada batu Metor.

Mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya apa yang istimewanya dengan pendrive ni? Apa yang membuatkannya istimewa adalah bahan yang digunakan untuk menciptanya. 

Pada bahagian luar pendrive ini, korang akan dapati ia disaluti dengan bekas seperti ukiran kayu dan unik berbanding kayu yang digunakan untuk produk rekaan Zana yang lain..

Ini kerana, kayu yang digunakan untuk membuat bahagian luar pendrive ini diambil daripada sejenis Afrika yang berusia lebih daripada 200 tahun dan dilapisi dengan emas 18 karat atau perak bergantung kepada citarasa anda dan jumlah wang yang ingin anda laburkan.

Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang astronomi, anda mungkin biasa terdengar mengenai nama Apophis iaitu sebuah asteroid yang diramalkan akan menghentam Bumi pada masa kan datang. Punca sebenar pendrive ini dinamakan sebagai Apophis adalah kerana di dalam pendrive ini, terkandung cebisan asteroid tersebut yang berusia 4.5 billion tahun. Cebisan asteroid tersebut tiada kena mengena dengan fungsi pendrive berkenaan dan hanya lebih kepada unsur hiasan semata-mata.

Selain daripada bekas dan bahan yang digunakan, pendrive Apophis ini mempunyai kapasiti sebanyak 64GB dan 190MB/s kelajuan bacaan,

Sudah bersedia untuk dijual, harga bagi sebuah pendrive Apophis berserta lapisan emas berharga US$1,900 dan yang dilapisi dengan lapisan perak berharga US$1,130.

Kedua-dua versi pendrive ini mempunyai jaminan seumur hidup. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk kehilangan sesuatu yang berharga.





No comments:

Post a Comment