Thursday 28 March 2013

Video Kebenaran Peristiwa Memali Yang PAS Cuba Sorokkan

PAS sebelum ini menggunakan insiden Memali sebagai modal politik mereka.

Mereka menuduh kononnya Kerajaan zalim dan kejam terhadap orang Kampung di Memali.

Hakikatnya, PASlah menjadi dalang di sebalik peristiwa Memali.

Video di bawah adalah pengakuan bapa kepada arwah Ustaz Ibrahim Libya yang tidak menyalahkan Kerajaan ke atas tindakan yang terpaksa diambil untuk menangani kes Memali.


Menurut bapa arwah, Ustaz Ibrahim Libya mengajar agama dengan betul sehinggalah seorang pemimpin PAS dari Alor Setar menghasut arwah untuk menentang Kerajaan.

Jika PAS mahu menafikan penglibatan mereka, kenapa amanat Haji Hadi ditampal di kampung Memali. Bukan sahaja amanat Haji Hadi, turut ditergantung di dinding adalah gambar ulama Syiah dari Iran dan juga gambar Muammar Gadafi semasa muda.

Namun hari ini semuanya sudah berubah. Malaun-malaun yang menggunakan isu Memali untuk mendapat sokongan rakyat kini menjawat jawatan penting dalam PAS. Dan mereka ini juga yang mengkhianati balu-balu peristiwa Memali dengan selewengkan tabung Memali.


Tak rasa berdosa ke makan harta anak yatim?


No comments:

Post a Comment