Thursday 28 March 2013

Pakatan Rakyat Dapat Sijil Halal!!!



CHEGUBARD dan kuncu-kuncunya mula gelisah bila cadangan untuk mengharamkan UMNO melalui penubuhan sebuah NGO, terdedah kepada umum sebelum NGO tersebut dilancarkan pun.  NGO tersebut bakal dikenali sebagai Gabungan Haramkan UMNO.

Yang penulis katakan terdedah ialah pendekatan yang bakal digunakan untuk menjayakan matlamat tersebut (mengharamkan UMNO). Ironinya, perkara itu didedahkan sendiri oleh sebuah portal pembangkang, cari sajalah di Internet, penulis tak mahu nak beri publisiti percuma.

Ringkasnya, si badak air ini sedang berangan nak mengulangi semula peristiwa pengharaman UMNO pada 1988, tapi dia terlupa bahawa situasi pada ketika itu dan sekarang adalah jauh berbeza.  Selain dia tu sendiri tidak ada locus standi untuk bawa perkara ini ke mahkamah, pasal dia bukan ahli UMNO.

Tapi mengetahui pembangkang, adalah akalnya nanti tu.

Ahli UMNO bagaimanapun usah bimbang.  Sekarang, setiap cawangan perlu berdaftar sendiri dengan Pendaftar Pertubuhan, bukan macam dulu, semua pun dibawah tangungan UMNO selaku badan induk.

Jadi kalau anak haram ini jumpa cawangan yang bermasalah itupun, cawangan tersebut sahajalah yang diharamkan, UMNO tidak.

Selain dari itu, calon-calon UMNO dalam pilihanraya umum akan datang, bertanding atas tiket BN.. Kalau UMNO diharamkan sekali pun, ia tidak menjejaskan kedudukan BN sebagai kerajaan persekutuan mahupun negeri.

Maka itu penulis yakin bahawa usaha ini akan jadi satu lagi usaha yang sia-sia, dan penulis tidak berminat lagi untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenainya.

Yang penulis lebih utamakan sekarang ialah membawa rakyat menilai pendekatan yang sedang digunakan pembangkang sekarang demi untuk mengatasi UMNO dengan cara kotor macam ini.  Mentang-mentang lawyer pembelit ramai dalam Pakatan, bukan main lagi ya.

Tak dapat cara pilihanraya, dia nak guna cara kotor macam ini pulak. Samalah macam kes saman Anwar ke atas seorang blogger, tak dapat tuannya, ex bini pun diseretnya sekali.

Kalau UMNO yang buat macam ini, dikatakannya politik tidak bertamadun, yang dia tu bertamadun sangatlah agaknya?

Nasihat penulis, daripada badak air ini buang masa untuk mengharamkan UMNO, adalah lebih baik dia cari jalan bagaimana nak menghalalkan Pakatan Rakyat tu.

5 tahun dah sejak ditubuhkan Anwar Ibrahim, sampai sekarang Pakatan Rakyat ini masih tidak berdaftar, nak bertanding dalam pilihanraya pun terpaksa guna lambang parti komponen masing-masing.

No comments:

Post a Comment