Percayakah anda di zaman materialistik sekarang ini, semua
orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun
kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam
kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup.
Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan,
manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak,
melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini
juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang
tidak boleh dibeli dengan duit:
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu.
Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan
mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk
menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang
dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga
dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia
tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh
tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit
memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah,
memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan
rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah
kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak
boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah
yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk
anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang
untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian
pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk
mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi
aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak
adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar.
Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari
rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk
berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit,
tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat,
anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk
membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam
suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli
ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya
pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan
menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja
keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju
sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau
membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda
lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang
boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik.
Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan
bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan
cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan
menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan
penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi
mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang
menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Sumber: Cari Gold
No comments:
Post a Comment