Wednesday 20 March 2013

Amanat Hadi-Memali: Modal pemimpin PAS buat duit




Petikan dari Kedahan 69ers

Pelbagai masalah berlaku akibat daripada AMANAT HAJI HADI 1981 itu. Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri-negeri yang paling teruk menyaksikan perpecahan umat Islam akibat amanat berkenaan.

Dan kemuncak daripada kehangatan tersebut, maka pada 19 November 1985, berlakulah Tragedi Memali yang meragut nyawa 14 orang serta mencederakan berpuluh-puluh orang yang lain. Setahun sebelum itu, seorang petugas PAS mati dalam pergaduhan berdarah dengan penyokong-penyokong UMNO di FELDA Lubuk Merbau.

Seluruh negara tersentak dengan kejadian tersebut yang berlaku di sebuah kawasan terpencil di negeri Kedah yang turut popular dengan kemiskinan serta kadar keciciran yang sangat teruk.

Para pemimpin dan penyokong PAS menyalahkan sepenuhnya Kerajaan Barisan Nasional serta PDRM. Tidak sedikit pun mereka menyentuh tentang AMANAT HAJI HADI yang telah mendorong Ibrahim Libya dan para penyokongnya melakukan pemberontakan. Tahun demi tahun, PAS MERAYAKAN ULANGTAHUN TRAGEDI tersebut dengan membuat pelbagai aktiviti.

Dari tahun 1986 sehingga tahun 2000, kutipan derma telah dibuat oleh PAS. Berpuluh-puluh juta ringgit telah berjaya dikutip menerusi pelbagai medium, terutama sekali ceramah di pentas-pentas politik yang digerakkan oleh para pemimpin utama parti berkenaan.

Derma masuk Penerangan PAS Kedah dan Pusat serta Harakah   tapi tak sampai ke balu dan anak yatim Memali

Menerusi Badan Penerangan PAS Negeri Kedah, PAS Pusat dan Harakah, kesemua derma-derma berkenaan dikhabarkan akan diserahkan kepada balu-balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga Ibrahim Libya serta para pengikutnya yang telah terkorban kerana terlalu percaya kepada AMANAT HAJI HADI.

Kontroversi telah tercetus apabila Tabung Derma Memali mula dipersoalkan. Para pemimpin PAS terutama pimpinan pusat, kelam-kabut mencari jawapan yang paling sesuai dan paling boleh diterima untuk menutup perkara sebenar.

Balu-balu, anak-anak yatim Memali dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah dijadikan sebagai modal untuk mengutip puluhan juta ringgit, cuba ditekan, diugut, diancam dan dipulaukan bagi membolehkan perkara sebenar yang berlaku, tidak terkeluar dari lingkungan pengetahuan para pemimpin atasan PAS.


AMANAT HAJI HADI adalah mekanisme terbesar yang digunakan oleh PAS untuk mengumpulkan kekayaan buat kepimpinannya.





Dari Tabung Derma Memali sehinggalah kepada penipuan KOHILAL yang telah merugikan puluhan juta ringgit wang pengikut-pengikut PAS yang beranggapan mereka akan masuk syurga kerana menghulurkan derma meskipun sebenarnya mereka telah dimanipulasi dengan sebaik-baiknya oleh AMANAT HAJI HADI demi menyenangkan para pemimpin PAS.

Sumber: The Unspinner

No comments:

Post a Comment