Saturday 16 March 2013

Sumber Kewangan Pilihanraya PKR dibiayai Yahudi???


Duit pilihanraya PKR dibiayai kepala Yahudi dalam CIA

Posted by The Unspinners at 3/08/2012


Anwar Ibrahim ada meminta wang dari CIA. Demikian pendedahan yang dibuat oleh AIDC.com berikut:

Anwar Ibrahim ada menulis kepada Pendedahan Surat – Surat Anwar Kepada Yahudi : Carl Gershmen – Presiden NED

Dalam pendedahan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yahudi, berikut disertakan bukti surat kedua, ditulis kepada NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocondi Amerika Syarikat (AS).





Surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.

AIA adalah singkatan kepada ‘Anwar Ibrahim & Associate’, sebuah syarikat milik Ketua Umum PKR itu yang berpengkalan di AS, beralamat 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170.

Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, AS.

Dalam surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Carl Gershman yang menjemputnyaberucap di the Westminster Address at the Library of Congress bersempena dengan sambutan 25 tahun pentadbiran Ronald Reagan.

Anwar juga turut memohon kepada Gershman agar dapat membantu pilihanraya umum ke-12 di Malaysia dan beliau telah menyediakan proposal Malaysian Center for Electoral Integrity’s (MCIE).

Dalam majlis anjuran NED yang dihadiri Anwar itu, yayasan topeng CIA itu turut menderma dokumen-dokumen kepada Perpustakaan Kongres AS berkaitan dengan sejarah penubuhannya hingga ke peringkat operasi di seluruh dunia.

NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983, kata William Blum dalam tulisan bertajuk “NE and Project Democracy

Teruskan di AIDC sini

Dalam lain artikel AIDC, bekas Setiausaha Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mengesahkan dakwaan tersebut.

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan ternyata benar apabila ia diakui sendiri beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan.

Malah mereka mendakwa, bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, perkara itu telah lama berlaku dan beliau sendiri pernah melalui pengalaman dididik dengan doktrin demokrasi ala AS yang menjunjung tinggi nilai kebebasan bersuara dan kesamarataan dalam masyarakat.

Baca sepenuhnya sini

Sehari sebelum itu, AIDC telah menyiarkan surat oleh Anwar kepada George Soros, penyangak matawang yang menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997.98. Baca sepenuhnya di sini,

No comments:

Post a Comment