Sinopsis Tanda Putera
Filem Tanda Putera merupakan kisah benar disebalik persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail. Mereka terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.
Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Pandangan Penulis
Sebut sahaja peristiwa 13 Mei 1969, sering kali akan bermain di fikiran kita ialah "rusuhan kaum" atau "pertumpahan darah" yang menjadi titik tolak kepada masalah perpaduan kaum di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peristiwa bersejarah yang telah di visualkan contohnya filem Tanda Putera ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada penonton berhubung dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Kronologi peristiwa hitam ini dilakonkan dengan baik dan berkesan pada setiap adegan dalam filem ini dan mampu mendidik generasi muda untuk memahami sejarah dengan lebih mudah.
Kini, peristiwa bersejarah ini tidak lagi menjadi perkara penting atau panduan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan generasi muda yang masih leka dibuai dengan arus hiburan. Generasi muda harus diingati dengan sejarah dari semasa ke semasa supaya tidak terlupa. Nilai perpaduan yang sangat berharga di dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia ini penting kerana mampu ia memupuk semngat patriotisme dan mampu menjana modal insan yang cintakan keharmonian. Setiap rakyat Malaysia harus mengetahui keamanan yang telah tercipta ini akan terlerai jika tidak di jaga bersama-sama melalui perpaduan di antara kaum di Malaysia ini.
Isu yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak bahawa filem ini akan menimbulkan perpecahan kaum di Malaysia adalah tidak benar kerana penonton perlu mengambil nilai perpaduan antara sebagai salah satu punca keharmion di negara kita dan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai akibat apabila perpaduan antara kaum tidak dipelihara. Jika dilihat pada ruang lingkup yang tertutup maka ia akan tibul isu rasis tetapi jika dilihat pada ruang lingkup yang lebih luas ia dapat pengajaran yang begitu berharga.
Apa yang menarik dalam filem Tanda Putera karya Datuk Paduka Suhami Baba ini, bukan sahaja memaparkan peristiwa sejarah ini malah pengkisahan di sebalik peristiwa yang di dokong oleh dua orang negarawan terulung iaitu Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail yang diarahkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk menyelesaikan tragedi berdarah ini. Kesanggupan Tun Dr. Ismail untuk kembali membantu Tun Abdul Razak sangat menyentuh hati.
Pengorbanan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail begitu bererti dalam mengembalikan kestabilan negara daripada kekecohan yang berlaku sehingga sanggup mengenepikan soal kesihatan diri dan mementingkan keselamatan negara. Apa yang menyedihkan apabila Tun Abdul Razak sanggup merahsiakan penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Inilah jasa dan pengorbanan seorang negarawan yang dikatakan "Tanda Putera".
Kepada sesetengah pihak yang mendakwa filem ini tidak wajar ditonton, apakah ada kebenaran disebalik babak filem Tanda Putera yang menjadi rahsia yang akan terbongkar dan diketahui umum??? Jadi saya sarankan anda menontonnya dengan hati dan minda yang terbuka serta menilainya dari sudut yang berlandaskan nilai murni dan sejarah.
No comments:
Post a Comment