Tuesday 19 March 2013

Krisis Azizan-Phahrolrazi Gugat Semangat Pas



SEMANGAT juang politik dalam kalangan ahli Pas Kedah ketika ini dikatakan berada di paras paling rendah akibat masalah dalaman parti itu.

Pergeseran antara penyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi semakin sukar dibendung biarpun pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12 boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketika Barisan Nasional (BN) semakin mengukuhkan jenteranya, ahli dan pemimpin Pas Kedah yang ‘tak sebulu’ pula bercakaran sesama sendiri seolah-olah Pas Kedah sudah tewas sebelum ia dikalahkan dalam pilihan raya.

Azizan pula cuba dijatuhkan oleh ahli Pas sendiri sebelum ia dijatuhkan oleh tangan-tangan pengundi PRU-13.
Desas-desus pula kuat mengatakan Pas negeri akan meletakkan Phahrolrazi di kerusi kubu kuat UMNO seperti Jerlun bagi memastikan beliau dikalahkan dan seterusnya pengaruh politiknya dilemahkan atau kerjaya politiknya dikuburkan.

No comments:

Post a Comment